Tuesday, 11 February 2014

Zia Anis - Blog Makanan di Kelantan - Blogger - Blog Makanan di Labuan

Zia Anis - Blog <b>Makanan di</b> Kelantan - Blogger - Blog Makanan di Labuan


Zia Anis - Blog <b>Makanan di</b> Kelantan - Blogger

Posted: 06 Feb 2014 03:36 AM PST

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Rasanya sudah banyak pos mengenai jalan jalan ke luar Negara, dan pos kali ini saya membawa anda nun jauh ke Kelantan…Kalau naik kenderaan seperti bas, kereta memakan masa 8 jam daripada Kuala Lumpur, tapi hanya 45minit sahaja menggunakan pesawat Mas, Air Asia atau Firefly. Banyak orang mengaitkan Kelantan dengan makanan yang pelik, manis dan "sedap/best". Ya, memang kebanyakan makanan orang Kelantan pelik, manis dan sedap (mengikut selera saya). Mungkin ini dipengaruhi oleh factor kedudukannya yang berjiran dengan Thailand…dan juga factor kekreatifan orang Kelantan.

Kuih Muih

Kalau ke Kelantan dan tak singgah di Pasar Siti Khadijah memang tak sah. Dan saya setiap kali balik Kelantan memang akan ke pasar ini. Sebabnya ingin membeli aneka kuih muih. Disini anda boleh juga membeli pelbagai jenis kuih muih yang berbagai bentuk dan warna. Kuih Badak, Kuih Lompat Tikam, Kuih Serabe (Serabai), Kuih Mulong (buah Melaka), Tepong Boko (Talam Santan), Nekbat, Akok kedut (paling sedap), akak pandan, ambon, mihun talam, pulut manis, pulut bakar, Kuih Katon, Buah Tanjong, Tahi Itik, Pulut Seri Kaya, Cik Mek, aneka nasi bungkus dan lain-lain. Memang rasa nak beli semua…huhu..dan harganya adalah bermula daripada 50sen hingga RM2 sahaja…tiada yang lebih daripada harga tersebut. Murah bukan? Dan peniaga nya adalah semua wanita yang akan memulakan perniagaan seawal 8 pagi…jika dah petang macam tu banyak kuih dah habis…

Laksa dan Laksam,

Laksa Kelantan mungkin sedikit berbeza dengan laksa negeri lain…iaitu kuahnya pekat, bersantan, dan bahan utama ikan selayang…dan ianya dimakan dengan laksa khas Kelantan..laksa beras…Dan harga sekilo laksa Cuma RM2-RM3 sahaja. Ada kilang yang membuat laksa dan laksam ini di Beris Bachok. Ianya dimakan dengan belacan, sedikit garam, dan ulam-ulaman seperti bunga kantan, daun kesum, timun, kacang panjang dan daun serai pokok (bukan serai lemongrass yer). Memang sedap menjilat jari dan yang paling saya suka ialah Laksa Maheran Tingkat 1, Pasar Siti Khadijah. Dan laksa ini juga dijadikan hidangan untuk kenduri menyambut menantu, kenduri sambut YB,…dan lain-lain. Manakala  laksam pulak boleh juga dibuat sendiri selain dibeli, iaitu batter yang dikukus, digulung, sejukkan dan dipotong menggunakan gunting..Memang wallah..dan jangan tak tahu laksa dan laksam makanan orang Kelantan tak kira untuk sarapan, minum petang atau makan malam.

Nasi kerabu

Sebut nasi kerabu siapa tak kenal kan..semua kenal terutama rakyat Kelantan yang sebati dengan nasi kerabu sejak kecil. Nasi kerabu juga boleh dimakan tak kira untuk sarapan, lunch atau dinner…memang boleh masuk. Dan nasi kerabu ada pelbagai jenis iaitu nasi kerabu tumis (biru atau kuning), nasi kerabu hitam (tanpa tumis, tapi warnanya biru) dan nasi kerabu siam (banyak cili). Dan dikelantan sememangnya rakyatnya suka makan nasik…nasik dan nasik…jesteru itu setiap 400 meter anda akan temui banyak gerai menjual nasi bungkus untuk sarapan pagi…di pondok2 kecil atau gerai kecil. Harga sebungkus nasi kerabu ialah bermula daripada RM1 hingga RM6 iaitu yang pakej cukup seperti ayam goreng panas, solok lada sebiji, sebiji bawang putih jeruk, kerepok goreng, dan bumbu pelengkapnya. Dan ianya dibungkus dengan kertas berwarna perang tu, sebab bungkus dengan polisterin tak "kick".

Nasi Berlauk

Di Kelantan juga anda akan dihidangkan atau boleh membeli nasi berlauk pagi yang dijual di tepi jalan atau di warung kopi. Nasi berlauk memang kegemaran saya…memang boleh menambah tau terutama jika lauk ikan aye gulai lemak kuning..huhuhu…Selain itu ada juga lauk lain seperti gulai ayam, gulai serati. Di sini juga terdapat nasi Kak Wok, Nasi Tumpang dan Nasi Paku…jangan terkejut kerana nasik bungkus tidak disematkan getah urat tapi disematkan paku….Ya…"real nail" yang buat rumah tu…

Nasi Kukus

Ni satu lagi nasi yang boleh menghilang niat diet..nasi kukus ialah sejenis nasi menggunakan beras siam dan dikukus..tidak ditanak yer..dan dihidangkan bersama ayam goreng berempah panas-panas, kuah kari dan sambal belacan serta 2 hiris timun. Tadaa…memang sedap. Banyak restoran nasi kukus yang terkenal di Kelantan seperti Nasi Kukus Zeeman dan Nasi Kukus Rizal.

Nasi Ulam

Nasi kampong yang dihidangkan bersama ikan singgang, ikan keli goreng, ikan keli gulai daun kesom, budu dan pelbagai ulam-ulaman seperti pegaga, timun, selom, daun serai, terung rebus, dan dll. Memang fuhh…sedap…Alhamdulilah.

Colek

Colek memang terkenal dan makin menjadi-jadi di bulan Ramadhan..biasanya restoran atau warung yang menjual colek akan dipenuhi warga masjid yang pulang terawih dan berlanjutan ke pagi..atau sehingga colek habis…siapa cepat dia dapat. Colek ialah makanan sepeti seafood yang digoreng dan dimakan bersama ayam bakar , sos cili dan timun serta salad.

Rasanya itu sahaja…Melanconglah di dalam Negara, semua ada disini…tapi ingat makan jangan berlebihan…


Cheers,

Zia Anis

<b>Labuan</b> pun ada Kari Kepala Ikan ! | JuadahMalaysia.com

Posted: 01 Dec 2013 06:34 PM PST

Fuh..fuh..sapu habuk sikit. lama sangat tuan blog tak update blog dia nih.. ! ok..ok.. Sila abaikan masalah dia tuh  :roll:

Baru-baru ni daku & mr suami telah 'terbang' ke Pulau Labuan. Tujuan utama kami ke Labuan bukanlah utk cuti2 Malaysia semata tapi lebih kepada urusan kerja. Tak lama pun kami di sana..cuma 3 hari.

map_labuan

-kedudukan Labuan dlm peta Borneo-

Bila dah berada di luar kawasan, maka aktiviti jalan2 cari makan kembali menampakkan sinarnya. Hari pertama sampai di Pulau Bebas Cukai ni, kami bercadang nak menapak ke Kompleks Ujana Kewangan iaitu salah satu kompleks yg famous di Labuan. Pada firasat kami mungkin ada banyak kedai2 makan di situ. Tapi tiba-tiba mr suami bertukar fikiran. Katanya sepanjang menaiki teksi dari airport ke hotel penginapan kami di Dorsett, beliau terpandang sebuah restoran kari kepala ikan, tak jauh dari Hotel Dorsett ni. Hahaha… ingatkan bila dah sampai Labuan, mr suami dpt melupakan seketika makanan kesukaannya iaitu gulai kari, namun jangkaanku meleset. Gulai kari juga yg beliau idam2kan..adeh  :cry:

Usai solat Magrib, kami berjalan kaki utk ke restoran tersebut. Nasib baik restoran tu tak jauh mana…cuma 5 minit. Gambar restoran ni lupa nak ambik. lagipun waktu malam, cahaya juga agak berkurangan membuatkan daku 'malas' nak snap gambar pemandangan. Seingat daku restoran ni namanya Restoran Warisan Kari Kepala Ikan. Ia terletak di Jalan Merdeka.

 20131126_190004_LLS

di pintu masuk restoran, kami dah terpandangkan beraneka seafood yg segar. termasuk udang ni… gebu betulll… pilih la nak masak camner

Antara yang kami order utk mkn malam tu :-

20131126_191350

sup tulang – boleh tahan

20131126_191440

kacang panjang bertelur – tidak mengecewakan

20131126_191609

sotong masak sambal – menu ni yg paling sedap. sambal dia tak pedas dan permintaan kami agar sotong tu tidak dipotong terlalu kecil telah ditunaikan… mmm memang puas makan

20131126_191802

ish.. gambar pecah pulak !! gambar atas ni kami order udang 3 ekor.. masa pilih2 lauk tadi nampak udang ni sangat menyelerakan tapi bila dah di goreng kunyit, rasanya  tak berapa menangkap.. maybe kami perlu order buttermilk prawn utk next visit  :wink:

20131126_191722

last but not lease…  inilah kari kepala ikan yg diidam2 mr suami. dari segi rupa memang dah perfect gulai nih cuma dari segi "rasa" ia agak hambar.. Daku tak pasti apa yg kurang ( mungkin penggunaan rempah kot ). Pada pendapat kami memang gulai kari adalah sedap & terbaik di masak oleh org penang/kedah. Biasa la tu..masing2 tempat ada masakkan kebanggaan mereka.

20131128_095954

Masa kami makan, orang makin ramai memenuhi ruang restoran. nasib baik haritu kami tak perlu tunggu lama selepas membuat pesanan. Dari segi harga, makanan yg di atas ni keseluruhan harga berjumlah RM 80 ++ termasuk 3 pinggan nasi dan minuman. Walaupun sedikit mahal tapi tetap berpatutan dengan seafood-seafood segar yg kami pilih. Selamat Menjamu Selera.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Share

. Bookmark the

.

No comments:

Post a Comment

Post Popular