Thursday, 20 February 2014

Blog Rasmi Jabatan Muzium Malaysia » Blog Archive » Bersantai di ... - Blog Makanan di Labuan

Blog Rasmi Jabatan Muzium Malaysia » Blog Archive » Bersantai <b>di</b> <b>...</b> - Blog Makanan di Labuan


Blog Rasmi Jabatan Muzium Malaysia » Blog Archive » Bersantai <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 12 May 2011 02:11 AM PDT

MUZIUM CHIMNEY....simpan sejarah industri perlombongan arang batu

SELAIN televisyen, radio dan internet, muzium antara medium perantaraan popular digunakan sebagai tempat menyimpan sejarah atau saluran maklumat tepat kepada masyarakat.

Namun, perubahan masa dan arus kemodenan merentasi zaman menyebabkan sesetengah masyarakat semakin meminggirkan muzium yang dianggap tidak penting dan terpaksa keluar untuk mengunjunginya berbanding teknologi sedia ada yang hanya menggunakan hujung jari sebagai sumber rujukan.

Keadaan ini menyebabkan orang ramai semakin kurang mengunjungi muzium, apatah lagi tiada publisiti, terutama bagi menarik minat golongan muda.

Justeru, sebagai alternatif mengajak semula orang ramai mengunjungi muzium, Muzium Negara dengan kerjasama Jabatan Muzium Malaysia Wilayah Labuan mengadakan program Jom Santai bersama media dan Pengusaha Industri Pelancongan Labuan yang diadakan di Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah.

Program yang diadakan tiga hari dua malam itu turut disertai Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Abdul Ghaffar Abdul Tambi, Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia, Datuk Ibrahim Ismail dan wakil media.

Ia diadakan sebagai langkah mewujudkan semula minat masyarakat mengunjungi muzium yang sememangnya tempat peninggalan dan menyimpan sejarah.

RASA....penduduk menunjukkan makanan tradisional masyarakat tempatan kepada Ghaffar (dua dari kanan)

Lawatan ke tiga muzium utama di Labuan iaitu Muzium Marin Labuan, Muzium Chimney dan Muzium Labuan selain Muzium Negara memberi pengalaman dan perspektif berbeza mengenai Wilayah Persekutuan Labuan.

Sebagai contoh, Muzium Labuan yang kaya dengan sejarah dan kebudayaan. Dilengkapi dengan teknik pameran yang pelbagai dan menggabungkan panel grafik teks dan gambar, kiosk maklumat, persembahan cahaya di samping bunyi, pameran sentuh serta sistem audio visual.

Lawatan ke tiga muzium utama di Labuan iaitu Muzium Marin Labuan, Muzium Chimney dan Muzium Labuan selain Muzium Negara memberi pengalaman dan perspektif berbeza mengenai Wilayah Persekutuan Labuan.

Sebagai contoh, Muzium Labuan yang kaya dengan sejarah dan kebudayaan. Dilengkapi dengan teknik pameran yang pelbagai dan menggabungkan panel grafik teks dan gambar, kiosk maklumat, persembahan cahaya di samping bunyi, pameran sentuh serta sistem audio visual.

Pada awal penubuhannya, kakitangan JMA membabitkan tiga pegawai iaitu kurator merangkap Pengarah, Pembantu Muzium dan Jurufoto.

Antara objektif awal penubuhan muzium berkenaan ialah membuat penyelidikan mengenai sejarah Labuan, adat resam, kebudayaan serta flora fauna di perairan Labuan.

Menurut Abdul Ghaffar, muzium adalah institusi penting yang berperanan menyebarkan ilmu pengetahuan kepada orang ramai mengenai sejarah, budaya dan alam semula jadi.

"Senario kehidupan masyarakat masa kini berbeza dengan dulu. Terlalu banyak pilihan tempat mengisi waktu lapang seperti taman tema, kompleks membeli-belah dan pusat permainan video.

"Fenomena ini menjadi cabaran kepada muzium untuk bersaing. Disebabkan faktor itu, usaha konsisten perlu dilaksanakan bagi terus menghidupkan muzium supaya tidak terus sepi di samping memerlukan publisiti.

"Program bersama media seperti ini dilihat sebagai wadah kerana secara tidak langsung melalui media, orang ramai akan tahu mengenai kewujudan muzium yang dapat dijadikan tarikan pengunjung," katanya.

Selepas tamat di Muzium Labuan, rakan media dibawa pula ke Muzium Marin Labuan yang terletak di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Jalan Tanjung Purun. Menariknya, muzium ini satu-satunya muzium bertemakan hidupan laut yang ada di Malaysia.

Ada 14 akuarium dan kolam sentuh yang membolehkan pengunjung merasai pengalaman menyentuh hidupan laut seperti tapak sulaiman, belangkas, siput, udang serta kerang selain lima seksyen dipamerkan mengikut kronologi habitat.

Muzium Marin Labuan turut mempamerkan tulang anak ikan paus Indian Fin Whale berusia 110 tahun yang pernah dipamerkan di Muzium Nasional Singapura sebelum dihantar ke Muzium Negara pada 1972.

LAMA...tulang anak ikan paus Indian Fin berusia 110 tahun

Kumpulan media kemudian dibawa ke Muzium Chimney yang berfungsi sebagai muzium tapak mempamerkan sejarah awal Tanjung Kubong, sejarah perlombongan arang batu sejak 1847 dan sejarah Chimney.

Antara yang diceritakan adalah pembinaan Muzium Chimney bermula 25 Januari 1999 dan siap pada 29 Ogos 2000. Reka bentuk bangunan pula bercirikan sekolah zaman kolonial di Labuan manakala kerja konservasi Menara Chimney bermula Ogos 1997 dan siap sepenuhnya pada Oktober 1999 yang dirasmikan Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman pada 26 Oktober 2002.

Selain muzium, ada juga menara Chimney yang masih dianggap misteri oleh penduduk setempat kerana fungsinya yang belum diketahui hingga kini serta kerja ekskavasi arkeologi.

Menariknya, tiada yuran dikenakan kepada pengunjung untuk memasuki muzium di samping tiada tempoh melawat ditetapkan.

Pengunjung turut bebas mendapatkan maklumat di samping layanan baik daripada pegawai yang ditugaskan memberi bantuan jika diperlukan.

Sementara itu, Ibrahim berharap penyertaan media dalam mempromosikan aktiviti muzium dapat menyalurkan maklumat berguna kepada masyarakat mengenai kepentingan muzium.

"Kita sangat menghargai media yang mengikuti program kali ini kerana peranan mereka bukan saja paling penting, malah sebagai sumber rujukan masyarakat tidak kira sama ada media elektronik mahupun media cetak.

"Diharap program seperti ini dapat membantu menarik semula orang ramai supaya lebih kerap mengunjungi muzium bersama keluarga kerana banyak sejarah dan maklumat berguna perlu diterapkan kepada anak muda yang semakin kurang mengunjungi muzium," katanya sewaktu ditemui media selepas tamat program.

Dalam masa sama, Jabatan Muzium Malaysia akan mengadakan pameran sepanjang tahun ini seperti pameran Orang Asli di Muzium Negara, pameran mamalia Malaysia di Muzium Alam Semula Jadi Putrajaya, pameran Koleksi Lukisan Cina di Galeria Perdana dan beberapa pameran lain.

No comments:

Post a Comment

Post Popular