Wednesday, 5 February 2014

Trip to Labuan – part 2 | MyMekar.com - Blog Makanan di Labuan

Trip to <b>Labuan</b> – part 2 | MyMekar.com - Blog Makanan di Labuan


Trip to <b>Labuan</b> – part 2 | MyMekar.com

Posted: 21 Dec 2013 02:37 AM PST

1. Mawila Restoran

2. Ujana Kewangan

Hari Kedua

Selepas solat zohor, sahabat kami (org Labuan) sedia menjemput kami di Dorsett Hotel. Mereka datang utk membawa kami ke sebuah Restoran makanan laut. Nama tempat tu Restoran Mawila yg terletak di Jln Tanjung Batu, Labuan Town. Kata mereka, tetamu2 yg dtg ke Labuan, pasti akan dibawa makan ke Mawila. Daku pun ada terbaca review drpd blogger yg mengesyorkan utk makan di sini juga. Namun haritu memandangkan daku masih belum biasa dgn sahabat2 mr suami tu, membuatkan daku kekok utk menjamu selera sekaligus mengambil foto spti kebiasaannya (sudahnya gambar kat bawah ni pun ambik dr google). Kerana asyik bersembang dgn mereka membuatkan daku tak dpt nak fokus pd makanan. Sedar2 perut dah kenyang walaupun nasi/lauk tak habis. acamner tu…huhu. Lps habis makan, sahabat kami tadi hantar kami balik hotel semula.

mawila-restaurant-labuan

Sesampai di hotel, mr suami mendapat panggilan telefon dr sahabatnya mengatakan yg mereka baru sebentar tiba ke Labuan. Mereka ni laki bini warga Arab tp dah beberapa bulan duduk di KL. Mereka memilih utk menginap di Palm Beach Resort yg mana resort ni terletak jauh sikit dgn hotel penginapan kami. Mr suami segera dapatkan teksi utk berjumpa mereka di sana (tuan rumah mesti la sambut tetamu dtg..ya dak !). Daku tak ikut sama ke Palm Beach krn daku ada agenda lain..hihi.

Memandangkan dah biasa dengan Pulau Labuan (padahal baru 1x je dtg sini), maka slps peninggalan mr suami, daku berjalan sendirian ke sebuah Kompleks yg berhampiran hotel penginapan kami. Kompleks ni memang menjadi kebanggaan org Labuan. Namanya Ujana Kewangan (Financial Park) atau lebih sedap di sebut UK sahaja.

20131128_095954Di UK ni rupanya ada banyak pintu masuk. Sebelah sini ada kompleks membeli-belah manakala di sebelah sinun ada bangunan pejabat (dalam bangunan ni daku perasan ada Pejabat Pos & MayBank juga).

dutymasuk2 je bangunan UK, terus nampak kedai duty free nih. macam2 ada…Mengikut cerita orang, perfume & coklat  mmg wajib beli di sini sbb harganya murah. Daku sebenarnya tak masuk pun kedai ni..tgk dari luar je..heh. Lagipun daku kan ada 'kampung' di Langkawi, jadi dah biasa sangat membeli brg2 duty free di sana.

20131128_100320pastu, ronda-ronda lagi. Nampak org jual cenderahati spti keychain, fridge magnet, aksesori wanita spti gelang mutiara, t-shirt dll (tp daku xbeli apa2 pon). Kemudian daku masuk Giant & Parkson. Ohh…rupanya ada juga supermarket ni di sini tapi saiz mini aje, brg pun tak banyak. Boleh dikatakan separuh dr bangunan UK ni daku dah ronda. Byk juga kedai2 jualan. Pengunjung pula tak berapa ramai dlm UK membuatkan aktiviti santai daku berjalan lancar. Hampir dua jam berjalan, tiba2 mr suami telefon menyatakan yg beliau dah balik Hotel. Dia pesan beli makanan utk dinner kami malam nanti. Pikir punya pikir akhirnya daku membeli KFC saje sbgai santapan (akibat malas nk cari kedai mkn lain sbb kaki dah teramat penat !)…Bila sampai di bilik, mr suami mengusik daku. Katanya, kita ni dtg jauh2 tp bila nak makan tetap mencari KFC juga. hihi.. Apa2 pun, yg bestnya KFC di sini xde tax tau ! manakala saiz ayamnya tetap sama :wink:

Okeylah…. aktiviti di hari kedua berakhir di sini kerana sebelah malam kami hanya lepak di bilik hotel sahaja. Tunggu penulisan terakhir utk kisah selanjutnya pada episod akan datang.

Trip to Labuan – part 1, klik SINI

Trip to Labuan – part 3, klik SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

. Bookmark the

.

No comments:

Post a Comment

Post Popular