Keenakan Soto Labuan - Blog <b>Makanan di Labuan</b> - Blogger - Blog Makanan di Labuan |
- Keenakan Soto Labuan - Blog <b>Makanan di Labuan</b> - Blogger
- Blog <b>Makanan di Labuan</b>: Billy Info: 10 Bandar/Tempat Paling <b>...</b>
- Blog <b>Makanan di Labuan</b> - Blogger
Keenakan Soto Labuan - Blog <b>Makanan di Labuan</b> - Blogger Posted: 01 Feb 2014 01:07 AM PST ![]() NIK Ahmad Farez Nik Gahazali bersama isterinya, Syarena Mohsin menunjukkan Chicken Chop RSE, salah satu hidangan istimewa di restoran mereka. KELANTAN sememangnya terkenal dengan pelbagai jenis juadah dan masakan yang enak. Justeru itu, bukan mudah untuk memperkenalkan menu baru bagi menembusi pasaran dan selera rakyat di negeri ini. Namun seorang ahli perniagaan, Nik Ahmad Farez Nik Ghazali, 41, mencuba sesuatu yang berbeza dengan 'budaya' makanan masyarakat di negeri ini apabila memperkenalkan Soto Labuan dan Soto Brunei sebagai menu utama di Restoran Sauh Emas, Kota Bharu, Kelantan. Restoran yang terletak di Taman Uda Murni itu dibuka pada Ogos tahun lalu, serentak dengan umat Islam menyambut kedatangan bulan Ramadan. Baginya, 1 Ramadan adalah tarikh yang amat sesuai untuk membuka restoran itu sejajar dengan bulan yang paling mulia di sisi Islam. Biarpun tidak sampai setahun dibuka, restoran itu mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai. Nik Ahmad Farez berkata, percubaan berani memperkenalkan makanan dari Borneo itu dibuat berdasarkan kebolehan isterinya, Syarena Mohsin, 40, yang berasal dari Wilayah Persekutuan Labuan. "Setiap kali mengadakan rumah terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri dan majlis kesyukuran, isteri saya akan memasak kedua-dua jenis masakan ini dan ia mendapat pujian daripada rakan-rakan. "Daripada itu, timbul idea untuk membuka restoran ini, selain faktor keluarga saya yang sememangnya menjalankan bisnes berkaitan makanan," katanya kepada S2. Beliau yang sebelum ini terlibat dalam bidang agensi pelancongan terutama membawa jemaah umrah ke tanah suci Mekah telah mengambil keputusan nekad untuk memberikan sepenuh perhatian terhadap perkembangan restoran tersebut. "Saya tekad untuk kembali ke kampung halaman selepas 22 tahun berada di Kuala Lumpur. Soto Labuan dan Soto Brunei adalah keistimewaan restoran kami yang mungkin tidak ada di restoran lain di bandar ini. "Setakat ini, alhamdulillah. Ia mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai dan ternyata orang di sini boleh menerima makanan dari negeri-negeri lain," ujarnya gembira. Katanya, keistimewaan Soto Labuan adalah ia dihasilkan daripada sup tulang dan menggunakan bihun Labuan yang agak berbeza daripada bihun yang biasa didapati di Kota Bahru. Sementara itu, katanya, Soto Brunei pula dihasilkan daripada sup daging dan bihun Labuan. "Di samping dua menu istimewa ini, kami juga memperkenalkan makanan barat kepada pelanggan iaitu Chicken Chop RSE yang menggunakan ramuan dan rempah istimewa. "Saya amat menitik beratkan kualiti makanan dan cara hidangan. Semua ini adalah hasil pengalaman saya melancong di merata tempat yang saya kutip dan perkenalkan di restoran ini. ![]() |
Blog <b>Makanan di Labuan</b>: Billy Info: 10 Bandar/Tempat Paling <b>...</b> Posted: 01 Feb 2014 03:29 PM PST ![]() |
Blog <b>Makanan di Labuan</b> - Blogger Posted: 22 Jan 2014 11:18 AM PST 1.LAKSA SARAWAK update skit mkn2 kt labuan bg owg senang skit nk dtg labuan 1 lg sarapan y terbaik laksa sarawak..mmg superb nk mkn kene perah limau + sambal kalo x nti x bpe nk menjadi..nk cr laksa ni dekat kedai Raff Restaurant..lokasi aku update later..x pon kol je aku sng..sbb gmbr ada dlm handfon y telah dicuri..upsett 2. SUP AYAM GORENG + SAYAP AYAM photo Credit 2 catzscafe Medan selera labuan btl2 berhadapan dgn Ujana Kewangan kalo ikot gmbr ni aku pon confuse kedai mane y slaloo aku mkn...btw korg tanye la mn ade jual sup ayam goreng. n sayap ayam y sedap 2 mst wane merah pekat skit..kene pandai pilih sbb kt situ mmg ramai y jual sayap ayam... sayap ayam y sedap 2 bkn warne ni k...if korg nmpk die panggang jd warne ni cube try p kedai lain... mkn sayap kene mkn dgn sambal die..smbl owg labuan ni masam dan pedas mmg fav aku ler...hahhaha if makan sup ayam goreng kene perah limau + kicap + sambal...bru superb! nk elak muak kot btw mkn sampai berpeluh ler 3. KETAM BUTTER MILK Lokasi seafud terkenal jauh skit dr bandar..kene ada transport nk dtg sini Anjung ketam Terumbu warisan ketam butter milk Antara 2 kedai 2 korg bleh pilih mane2 je sbb lebih kurang sama rase n hargenye..hehheh btw dtg tmpt org try ler mknn dowg. jgn ler korg asyik nk mkn bende y sm mcm kowg mkn kt tmpt korang k..cnthnye mentang2 org johor..nk cr asam pedas kt labuan...mmg ade tp x kene la dgn asenye...sbb bkn mknan dorg... 4. Puding Kelapa + soft shell crab ni puding kelapa dlm kelapa y sedap gmbr ni sume amik kt google k..sume koleksi gmbr mkn ku dicurini cr puding kelapa n soft shell crab p ler kedai ni..x de jual babi k DONE ENTRY AKU PASAL MAKAN KT LABUAN Hopefully membantu korg...kedai mknan mmg byk tp aku x suggest kn sbb mkn kureng ler utk kte owg semenanjung... ![]() |
You are subscribed to email updates from Makanan di Labuan - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment