Travel My Way: Brunei Part 3 - Blog <b>Makanan di Labuan</b> - Blogger - Blog Makanan di Labuan |
- Travel My Way: Brunei Part 3 - Blog <b>Makanan di Labuan</b> - Blogger
- Blog <b>Makanan di Labuan</b>: Visit Malaysia Year 2014 - wanderlust dj <b>...</b>
- -Malaysian PLU Story-: Melayu-Brunei
- Blog Rasmi Jabatan Muzium Malaysia » Blog Archive » Bersantai <b>di</b> <b>...</b>
- Blog <b>Makanan di Labuan</b>: Billy Info: 10 Bandar/Tempat Paling <b>...</b>
Travel My Way: Brunei Part 3 - Blog <b>Makanan di Labuan</b> - Blogger Posted: 30 Jan 2014 03:23 PM PST NASI LEMAK merupakan makanan yang amat popular di kalangan rakyat Malaysia yang mana asalnya ia merupakan makanan tradisi bagi masyarakat Melayu sejak zaman dulu. Sebenarnya nasi lemak juga telah menjadi kegemaran orang di Singapura, Indonesia dan Brunei. Menu Nasi Lemak pada asalnya disediakan hanya untuk sarapan pagi sahaja tetapi kini ia dihidangkan dan dijual pada waktu petang dan malam. Selain daripada disediakan sendiri dirumah, kini nasi lemak telah di komersilkan di kompleks membeli belah, hotel, pasaraya, restoren, pasar malam, pasar tani, kantin sekolah, penjaja tepi jalan dan banyak lagi lokasi jualan. Pada saya, nasi lemak boleh di huraikan kepada nasi yang dimasak dengan menggunakan santan kelapa iaitu bagi menambah rasa lemaknya dan dimakan dengan beberapa komponen asas nasi lemak iaitu sambal, tiimun, bilis dan telur rebus atau telur goreng. Penting dipastikan semasa masak nasi lemak dimasukkan daun pandan untuk menambah lagi aromanya. Kini nasi lemak kukus mula mendapat permintaan ramai kerana ianya memberikan rasa lebih sedap dimana setiap butir nasi akan kelihatan tidak melekit dan peroi. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai makanan penting di Malaysia iaitu 'Nasi lemak" yang menjadi kegemaran ramai untuk bacaan anda. Beras untuk membuat Nasi Lemak boleh dimasak menggunakan periuk dapur biasa atau periuk elektrik (Lihat foto sebelah). Gunakan beras berkualiti baik seperti beras wangi atau Gred AAA untuk membuat nasi lemak. Beras dibasuh bersih dan dimasukkan kedalam periok bersama air, santan, hirisan halia racik, bawang, garam dan ramuan lain untuk menambah keenakannya. Santan segar adalah pilihan terbaik tetapi kini peniaga komersil menggunakan santan siap dalam kotak. Tanak nasi sehingga masak dan di kacau sebelum diangkat keluar. Nasi lemak mesti menggunakan santan untuk memberi rasa lemak dan bagi menyedapkan lagi kita menggunakan daun pandan untuk mewangikan lagi masakan. Nasi lemak asalnya bukanlah merupakan makanan sarapan harian wajib masyarakat Melayu Malaysia pada umumnya. Amalan pemakanan nasi lemak merupakan satu bentuk bekalan hidangan yang lazimnya dijadikan bungkusan makanan kepada para pesawah, penoreh getah, nelayan, pekerja binaan dan sebagainya. Nasi lemak mempunyai jumlah kalori dan tenaga yang tinggi serta mempunyai komposisi lemak yang tinggi untuk membekalkan tenaga yang lebih bagi bekerja. Kandungan tinggi adalah unsur karbohidrat. Bagaimana pun kini mereka yang bekerja di pejabat pun makan nasi lemak juga. Nasi lemak biasanya dihidangkan dengan telur, timun, ikan bilis goreng, kacang tanah goreng dan sambal. Nasi lemak bungkus merupakan satu kaedah penjualan nasi lemak yang sangat popular masa kini (Lihat foto sebelah). Nasi lemak yang dibungkus lazimnya dijual di Kantin Sekolah, Kantin Pejabat Kerajaan dan swasta, Kilang-kilang dan juga dijual di gerai sementara atau gerai pacak tepi jalan terutama pada pagi cuti umum seperti Hari Ahad. Nasi lemak bungkus tradisional lazimnya menggunakan pelapis daun pisang (untuk menambah aroma nasi) dan pembungkus luar sama ada surat khabar lama atau kertas pembalut khas berwarna coklat atau kertas minyak sahaja. Harga jualannya bergantung kepada kuantiti, kualiti, lokasi, komponen ramuan' lauk dan sebagainya. Paling murah saya dapati cuma RM0.50 sebungkus tetapi lazimnya RM 1.00 - RM 2.00 sahaja. Kalau di pasar malam pula penjualan nasi lemak kini menggunakan pembungkus kotak polistyrene putih dengan kuantiti lebih banyak dan diisi dengan pelbagai ramuan dan lauk pauk. Harganya mengikut jenis lauk yang dipilih. Kini nasi lemak dijual dengan pelbagai lauk untuk dipilih seperti lauk daging, ayam, sotong, udang, limpa, kerang, telur puyoh, pegedil, hati ayam, kentang goreng, hati lembu dan sebagainya. Lauk nasi lemak kini telah dikomersilkan dengan pelbagai jenis lauk pauk dan cara masakkan. Paling popular kini adalah hidangan nasi lemak dengan Ayam Goreng Kampong, Sambal Sotong Kering, Kerang dan lain-lain lagi. Di Ipoh terdapat restoran khusus diberi nama 'Restoren Nasi Lemak Ayam Kampong" yang memang terkenal dengan hidangan ayam kampong goreng sebagai lauk utama untuk tarikan (Sila lihat foto sebelah). Ada penjual nasi lemak yang mampu untuk menghidangkan lebih dari 20 jenis lauk dan dijual diatas van bergerak atau gerai dimana ia dikerumuni ramai pengunjung sehingga panjang barisan menunggu untuk membelinya. Nasi lemak dikatakan tidak begitu sihat untuk dimakan hari-hari kerana tinggi kalori dan lemaknya seperti didakwa oleh pakar pemakanan. Kemterian Kesihatan Malaysia telah meletakkan nasi lemak sebagai satu makanan segera dimana ia telah dikategorikan sebagai satu makanan yang berkalori tinggi, mudah dan siap dihidangkan. Pernah timbul cadangan agar nasi lemak dihadkan jualannya pada dua kali seminggu. Langkah ini diambil sebagai satu usaha kerajaan untuk menangani masalah kegemukkan, obesiti dan diabetes yang semakin meningkat di kalangan rakyat terutama kes kanak-kanak. Semuga artikel ini memberikan info berguna kepada pembaca semua. Wasallam. NASI LEMAK...HIDANGAN KITA... RASA ENAK... MUDAH DISEDIA... ADA DIJUAL...MERATA-RATA... PELBAGAI LAUK...PILIH SAHAJA... By, M Anem, Senior Agronomist, Restoren Nasi Lemak Ayam Kampong, Ipoh, Perak, Malaysia. (19 Rabiulawal 1435H) | ||
Blog <b>Makanan di Labuan</b>: Visit Malaysia Year 2014 - wanderlust dj <b>...</b> Posted: 20 Jan 2014 03:11 PM PST awal tahun haritu aku sepatutnya kena pegi audit di penang...so dah plan dengan sue, alang-alang ke sana, nak jalan-jalan la lepas tu, suruh dia naik penang sekali...tapi last minute tak jadi, sebab jadual aku tak ngam dengan tarikh company dan lead auditor...so bila bagitau sue, dia pun cakap 'takpela...next time la kita pegi...tapi kena make sure pergi tahun ini juga sebab kita nak kena sokong Tahun Melawat Malaysia 2014!'ewah kemain kan...terus lepas tu menderu-deru idea aku mana tempat-tempat menarik dalam Malaysia ini yang boleh dikunjungi tahun ini...so far tempat-tempat menarik yang terpikir di pikiran aku adalah Melaka, Terengganu, Kedah, Penang, Johor dan Sarawak!dan aku jumpa website VMY2014 yang boleh beri kita idea mana nak diterjah di seluruh Malaysia ini...so apa lagi kawan-kawan, mari sama-sama menyokong Visit Malaysia Year 2014 a.k.a Tahun Melawat Malaysia 2014! so sebagai permulaan bagi tahun 2014 ini, aku telah ke Melaka weekend lepas bersama asie dan irma...sepatutnya kenduri kawin adik dayaho adalah agenda utama kami ke Melaka...tapi bila bincang-bincang, terus kenduri kawin tu jadi agenda kecil sahaja!selebihnya kami ambil kesempatan menjadi tourist di Melaka Bandaraya Bersejarah!ecewah!so pagi sabtu, jam 10.30 pagi irma dan asie datang ambil aku kat rumah dan kitorang gerak menuju ke Melaka...sempat dalam kereta makan cekodok cili api mak aku goreng...pastu tak kenyang lagi, kami singgah breakfast di R&R Seremban pula...kemudian barulah kami meneruskan perjalanan terus ke Kg Solok, Duyong, Melaka...sampai di sana jam 1.15 tengahari!apa lagi, lepas jumpa tuan rumah, jumpa member lain, kami terus ke tempat makan!sedapnya nasi minyak dengan kari daging dan ayam masak merah...siap ada tapai lagi..lepas lepak jap...kami pergi jumpa mak pengantin, dapat door gift dan berkat, pastu sempat ambil gambar di pelamin bersama pengantin!dan kami pun gerak meninggalkan kenduri....sampai di kereta, jam menunjukkan pukul 2 petang...check in time adalah 3 petang...so aku call Bayou Lagoon Park Resort, Bukit Katil nak tahu bilik kami dah ready ke...bila diorang cakap dah ready, terus la pecut ke sana!tak jauh pun dari rumah dayaho...aku dah booking through Agoda penginapan ini..ambil studio room sahaja dengan harga RM200.20...kalo walk in, RM320 tau aku call tanya haritu...sampai je, check in...aku minta extra bed, sekali habis daa...ada big group masuk situ habes semua extra bed...so just tambah RM15 untuk entry water theme park dan RM25 untuk breakfast...untuk seorang je la...sebab 2 orang lagi dah include dalam harga bilik...kalo ambil extra bed dan include 2 items tu, harga dia RM70...selesai urusan check in, terus angkut beg naik bilik...sampai je bilik...wah best...besar...dulu pernah ke sini dengan family, aku ambil apartment 3 bilik...now studio room sahaja sebab 3 orang je pun...tapi tetap cantik dan luas!memang bestlah!siap ada pantry lagi...so then kami just lepak dan siap-siap...sempat layan cerita Ketika Gajah Bertasbih...gitu kan...hehehe jam 4 petang, kami pun bergerak keluar...terus menuju ke Perkampungan Hang Tuah yang terletak di Duyong, Melaka...memang dekat la dengan rumah dayaho tadi...masuk je kawasan ni, akan berjumpa dengan Masjid Jamek Laksamana Hang Tuah yang berwarna kuning di tepi jalan...menurut cerita madsah, laki si dayaho...Perigi Hang Tuah yang sebenarnya terletak dalam masjid ini...di kawasan solat perempuan...tapi dah ditutup la...sebabnya taknak orang datang buat aktiviti puja memuja, khurafat semua tu...sebab tu dia buat replika untuk tujuan pelancongan berhampiran kawasan tu!wallahualam! then kami pun terus menuju ke Perigi Hang Tuah di hujung jalan!tempat yang telah diwartakan sebagai Warisan, di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005!sampai di sini, dah tak ramai orang...terus kami bergambar di kawasan perigi tu...kecil je kawasan dia...ada cerita mengenai sejarah Hang Tuah...pastu perigi siap berlecak sebab budak-budak main air!hehehe so apa lagi, kami pun tak lepas peluang bergambar di Perigi Hang Tuah!seriau juga takut terjatuh!dalam wo....air dia hijau je... di sekeliling kawasan perigi tu terdapat banyak kedai menjual cenderahati...tapi aku tak beli apa la...then sempat ambil gambar di Pusat Kebudayaan kat situ...cantik bangunan dia diperbuat dari kayu...klasik la sangat pada aku...tapi sayangnya tak dibuka untuk orang ramai pun..adik jual air depan tu la yang cakap....tapi adik tu suggest aku pergi Muzium Hang Tuah kat belakang kawasan tu!nampak la atap dia dari kawasan perigi ni...adik tu cakap baru dibuka...pada Ogos 2013!patut laa aku macam tak pernah tahu pun ada tempat ini...so kami terus ke muzium mengikut arah signage...dah alang-alang sampai kan... actually, sebelum sampai kawasan perigi ni kita akan nampak dah signage ke Hang Tuah Centre (HTC) di mana terletaknya Muzium Hang Tuah tu...so sampai je di HTC, kami terus mengambil gambar dari luar pagar...kagum dengan kegahan rekabentuk muzium itu!terus masuk menuju ke kaunter tiket...adik tu cakap pukul 5 ke 5.30 petang muzium akan tutup...tengok jam dah 4.30 petang...so cepat-cepat beli tiket berharga RM5 seorang...dan masuk ke muzium dahulu...masa ini, nothing to expect...bajet macam muzium-muzium lain di Malaysia...bergambar sekejap di hadapan muzium, kami pun terus masuk... masuk je dalam tu, tetiba rasa excited dan kagum!semua pameran di dalam muzium itu telah disuntik dengan elemen interaktif yang sangat menarik!bukan lagi tipikal muzium yang aku tahu dan kenal selama ini!penuh dengan perkara-perkara boring...pelbagai skrin interaktif untuk kita bermain, untuk kita sertai dalam menyelami sejarah berkaitan Hang Tuah!gambar-gambar yang dipamerkan dalam bentuk kartun, dalam bentuk yang sangat menarik!penuh dengan warna-warni! terdapat juga tempat untuk belajar silat menerusi skrin layar yang menarik!siap boleh pakai baju silat lagi...tapi kami tak pakai la...tapi try juga la bersilat mengikut tayangan...memang best!selain itu penggunaan laser, membentuk animasi juga banyak digunakan dalam muzium ini...seperti penerangan mengenai keris, perlawanan antara Hang Tuah dan Hang Jebat...haish menarik!sampai leka dibuatnya! di tengah-tengah muzium itu juga terletaknya Teater Hang Tuah yang menayangkan cerita mengenai Hang Tuah di layar besar!memang seronok layan cerita Hang Tuah dalam bentuk kartun ini..menarik!terdapat juga maklumat mengenai pakaian melayu lama dan menariknya, kita boleh ambil gambar dan super imposed dengan pakaian melayu lama tu!hahahaha walaupun tak berapa menjadi gambarnya, tapi seronok je kami melayan menda-menda macam ni...hehehe wah memang seronok sangat kami berada di sini!sampai sejam berlalu, langsung tak terasa!aku rasa semua muzium di Malaysia perlu secara serius, mentransformasikan tipikal muzium kita ada sekarang ini kepada something yang new dan fresh seperti Muzium Hang Tuah ini...memang tak menyesallah bayar RM5 dan spend masa di sini!sesiapa yang ke Melaka tu, aku cadangkan supaya korang ke muzium ini!sangat berbaloi-baloi! =D kami pun keluar dari muzium dengan gembiranya!sempat bergambar bersama Bang Hang Tuah di luar muzium... lepas puas melihat kisah Hang Tuah di dalam muzium, kami pun berjalan sekitar HTC dan melihat 5 buah rumah yang dinamakan sempena Hang Tuah dan sahabatnya!setiap rumah ada aktiviti tersendiri...ada yang dibuat kedai jual cenderamata....ada juga gazebo untuk anak-anak muda bermain muzik tradisional, ada lapangan untuk bersilat...memang menarik...sepanjang di situ, aku jumpa 2 couples sedang ambil post wedding photoshoot!memang cantik!dan kami pun berjalan kembali untuk ke kereta...sekali di pintu pagar dah ada yang menanti...rupanya dah jam 5.30 petang!haha cepat-cepat kami keluar! lepas tu kami pun mula bergerak menuju ke Pantai Klebang!perjalanan memang bergantung kepada Waze sahaja!memang la Waze ke GPS semua ini membuatkan kita malas berfikir dah!hahaha selama ini aku selalu suka ikut gerak hati je kalo berjalan bawak kereta tu...but now, bergantung 100% kepada Waze!terus sampai di Pantai Klebang...kami singgah membeli belacan, cencalok dan makanan tradisional Melaka di tepi jalan...memang banyak kedai menjual makanan-makanan ini...pilih je mana nak...murah-murah pula tu... dah selesai membeli, kami pun terus menuju ke gerai Klebang Original Coconut Shake...kiranya antara perkara wajib cuba kalau ke Melaka ni...aku dulu iba yang ajar minum sini..masa kami sampai, gerai dah nak tutup...kul 6.30 petang diorang dah tutup rupanya...nasib baik sempat beli sorang satu coconut shake dengan harga RM2.50 sahaja...ermmm memang sedappp....lagi kalo masa panas....dengan aiskrim vanilla....air kelapa...ais....pastu isi kelapa tu dia blend...so memberi rasa kesat-kesat dalam setiap sedutan...sedap.... sambil minum, sambil kami menuju ke Melaka Raya pula...bersebelahan dengan Mahkota Medical Centre!kali ini dengan tujuan mencari Restoran Ee Ji Ban!ada apa di sini?haaa di sinilah tempat kami nak makan chicken rice ball!aku pernah tengok KekNis a.k.a Hanis Zalika makan di sini dalam Mad Market, JJCM pun pernah datang..so harus la terujakan nak ke sini!hehehe dah la susah nak jumpa chicken rice ball yang halal di Melaka....sampai je depan kedai, sangat teruja dah!terus masuk...disebabkan bukan masa makan lagi, tak ramai sangat orang dalam kedai...so kami tengok menu, dan terus order 15 biji chicken rice ball (RM0.30/ball)....1/2 mix chicken (RM24)...ada roasted dan steam...lepas tu order small Nyonya Cili Garam Prawn + Squid (RM21)....tak lama tunggu, makanan pun sampai...siap pekerja situ offer ambilkan gambar kami...then dia ajar cara makan...jangan hancurkan nasi tu..just potong 2, dan makan dengan ayam dan sambal...nyummeh...ayam dia sedap sangat!sambal pun sedap...nasi pun unik...cuma prawn dan squid tu, pada aku kuat sangat belacan dan pedas....so aku tak suka sangat...makan ngan nasi putih ok kot...ni nasi ayam kan, macam kureng seswai kat tekak aku laaa...hehehe so total makan adalah RM53.90...irma yang pemurah belanja kami...Alhamdulillah.... dah kenyang, kami berhajat nak berjalan di sekitar A Famosa dan bangunan-bangunan bersejarah di sekitarnya...walaupun dah mula gelap...tapi bajet ada lampu kan...so kami parking di Mahkota Parade...sebelum menuju ke A Famosa, kami ke toilet dalam Mahkota Parade dulu...selesai urusan, keluar je dari toilet, terus aku ke kedai sling bag kat tepi tu..macam menarik jee...untuk bawak travel...hehehe tengah beli, asie cakap kat depan toilet tu ada kedai Sony!alkisah, malam sebelum ke Melaka, hp aku masuk jamban!hohoho sadis!so pergi ke Melaka tanpa hp bernyawa...so sebelum masuk Mahkota Parade aku ada sebut (main-main je sebenarnya), kalo ada laaa kedai Sony dalam ni, memang aku terus je beli hp!haaaa kau...sekali depan mata!terus pergi usha, harga untuk model A, lebih murah RM300 berbanding di Alamnda!wahh tergoda betul!tapi aku sebenarnya dah lama teringin A1...sama je mahal dengan harga kat Alamada pun..pastu tengok juga model lain...ada ultra, ZR dan lain-lain...last sekali, aku buat keputusan nak beli je!itu pun penat aku justify dengan diri sendiri...sangap takde hp ni kan....hohoho terpaksa laaa....walaupun tetiba aku terbayang harga hp sama dengan pergi beberapa kali Seoul..oh...terus takde mood nak sambung cerita.....hahaha ok la nanti aku sambung lagi dalam next entry ye! #emo | ||
-Malaysian PLU Story-: Melayu-Brunei Posted: 12 Feb 2014 04:19 AM PST kali ni aku nak tulis tentang orang Melayu Brunei.. kenapa je tiba-tiba nak tulis hal ni?? sebab waktu aku nak fly dari Kota Kinabalu, Sabah nak gi KLIA, dari atas kapal terbang tu, nampak lah ada banyak kampung yang didirikan di atas air di sekitar KK dari atas.. banyak giler kot.. bila teringat pasal kamung atas air or selalu dipanggil kampung air ni, memang agak sinonim dengan masyarakat melayu Brunei yang suka buat rumah atas air.. okay, siapa mereka yang dipanggil melayu Brunei?? orang melayu Brunei ni macam orang Siam lah.. kenapa? kalau kita cakap orang Siam, tak semestinya mereka orang Thailand, tapi kat Malaysia pun ada gak.. so, sama gak lah dengan melayu Brunei orang kadang-kadang just dipanggil orang Brunei, mereka tak semestinya orang warganegara Brunei je, tapi turut refer masyarakat melayu di sekitarnya seperti di Sarawak, Sabah dan Labuan.. macam aku lah.. aku pun orang melayu Brunei gak.. tapi aku orang Sarawak, Malaysia.. bukan orang warganegara Brunei pun.. even waktu RTM datang kat kampung aku, orang-orang kampung suka sebut "kami ni orang (melayu) brunei.." entah.. tak tahu kenapa orang suka nak tambah perkataan 'brunei' tu.. even kat Sabah pun selalu juga orang cakap macam ni "Kau bangsa apa?" "aku orang Brunei.." tak pun orang cakap macam ni lah "aku orang melayu brunei.." ingat lagi waktu aku pergi muzium di Sabah pun, orang kat muzium tu ada tunjuk sambil cakap, "ini lah contoh pakaian baju pengantin orang (melayu) brunei.." macam nak tekan kan yang perlu nya disebut perkataan Brunei tu gak.. walaupun actually nationality bukan warganegara Brunei pun.. seolah-olah macam satu bangsa lain pula.. macam kat Kalimantan, Indonesia.. ada kaum Banjar.. tapi actually orang Banjar ni pun satu kelompok melayu gak.. kadang-kadang di sebut orang melayu banjar.. tapi kerap disebut sebagai kaum Banjar sahaja.. walaupun actually Banjar tu sebahagian dari melayu.. sama lah orang melayu Brunei.. hanya disebut sebagai kaum Brunei.. tapi actually kaum Brunei tu pun sama masuk dalam golongan Melayu gak.. so, tak kira lah melayu brunei yang tinggal di Brunei, Sarawak, Sabah or Labuan pun, bagi aku ada persamaan yang membuatkan mereka ni unik berbanding melayu lain.. selain dari bahasa pertuturan yang berbeza, iaitu dialek Melayu Brunei (yang aku pun cakap guna bahasa ni.. Melayu Sarawak aku tak pandai sangat, walaupun aku orang Sarawak) orang melayu brunei ni yang aku perasan lah, mereka suka tinggal atas air.. banyak perkampungan mereka didirikan atas air.. even kampung aku pun lebih kurang macam tu.. misalnya cuba tengok kat gambar ni semua.. ini antara perkampungan atas air di Brunei, Sarawak, Sabah dan Labuan yang menjadi tempat tinggal khususnya orang melayu Brunei itu sendiri... so, adalah orang ramai akan rasa amaze bila tengok keadaan macam ni sebab pertama kali tengok kampung macam ni.. tapi bagi aku lah, benda ni dah jadi common untuk aku.. permandang macam ni tak asing bagi aku.. and sangat jarang dilihat ada di Semenanjung (aku rasa takde kot).. aku pun dah biasa pergi tempat-tempat macam.. so, aku sesaje nak share culture orang (melayu) brunei ni.. sebab aku sendiri pun orang (melayu) brunei gak (tapi warganegara Malaysia).. and satu benda lagi yang bagi aku sinonim dengan masyarakat (melayu) brunei ni, tak kira lah orang brunei yang di Brunei, Sarawak, Sabah or Labuan ke, ialah makanan tradisi mereka yang dipanggil sebagai 'ambuyat'.. kiranya ambuyat ni adalah makanan 'signature' orang brunei lah.. apa benda tu sebenarnya? ambuyat ni sebenarnya adalah dari tepung sagu yang dituang dengan air panas, digaul kemudiannya menjadi seakan satu gam yang melekit.. memang melekit kalau terkena kat jari pun jadi rimas.. so, kita orang makan dengan penyepit yang dipanggil 'candas'.. lebih kurang macam chopstick tapi candas ni hanya satu kayu yang dilengkukkan.. tak macam chopstick guna dua batang yang terpisah.. ambuyat ni adalah makanan pengganti nasi.. maksudnya, kalau takde nasi, makan dengan ambuyat.. or ada yang cakap, kalau makan ambuyat, jangan pula makan nasi.. and then disertakan juga dengan 'cecah' yang ada perlbagai jenis.. ada yang masam, pedas, manis dan sebagainya.. then ambuyat yang 'digulung' dengan candas tadi pun dicecahkan pada cecah yang ada.. lalu ditelan terus (bukan gigit/kunyah) bila nak makan.. kalau dah makan ambuyat ni, kita orang makan tak guna sudu atau tangan lagi.. kita orang makan guna candas iaitu (penyepit).. so, kalau nak ambil sayur semua pun guna candas (penyepit).. ikan pun makan dengan candas.. usually makanan yang dihidangkan bersama ambuyat adalah makanan yang senang kita nak makan guna penyepit candas tu.. bukan seperti ayam, misalnya.. sebab susah nak kepit.. kalau nak bayang macam mana keadaannya, bayang macam mana orang cina makan guna chopstick.. tiba-tiba aku post pasal budaya pula kali ni.. hahaha.. ye lah.. lain tempat, lain budaya.. so, aku pun nak share juga budaya orang aku sendiri...
| ||
Blog Rasmi Jabatan Muzium Malaysia » Blog Archive » Bersantai <b>di</b> <b>...</b> Posted: 12 May 2011 02:11 AM PDT SELAIN televisyen, radio dan internet, muzium antara medium perantaraan popular digunakan sebagai tempat menyimpan sejarah atau saluran maklumat tepat kepada masyarakat. Namun, perubahan masa dan arus kemodenan merentasi zaman menyebabkan sesetengah masyarakat semakin meminggirkan muzium yang dianggap tidak penting dan terpaksa keluar untuk mengunjunginya berbanding teknologi sedia ada yang hanya menggunakan hujung jari sebagai sumber rujukan. Justeru, sebagai alternatif mengajak semula orang ramai mengunjungi muzium, Muzium Negara dengan kerjasama Jabatan Muzium Malaysia Wilayah Labuan mengadakan program Jom Santai bersama media dan Pengusaha Industri Pelancongan Labuan yang diadakan di Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah. Program yang diadakan tiga hari dua malam itu turut disertai Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Abdul Ghaffar Abdul Tambi, Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia, Datuk Ibrahim Ismail dan wakil media. Ia diadakan sebagai langkah mewujudkan semula minat masyarakat mengunjungi muzium yang sememangnya tempat peninggalan dan menyimpan sejarah. Lawatan ke tiga muzium utama di Labuan iaitu Muzium Marin Labuan, Muzium Chimney dan Muzium Labuan selain Muzium Negara memberi pengalaman dan perspektif berbeza mengenai Wilayah Persekutuan Labuan. Sebagai contoh, Muzium Labuan yang kaya dengan sejarah dan kebudayaan. Dilengkapi dengan teknik pameran yang pelbagai dan menggabungkan panel grafik teks dan gambar, kiosk maklumat, persembahan cahaya di samping bunyi, pameran sentuh serta sistem audio visual. Lawatan ke tiga muzium utama di Labuan iaitu Muzium Marin Labuan, Muzium Chimney dan Muzium Labuan selain Muzium Negara memberi pengalaman dan perspektif berbeza mengenai Wilayah Persekutuan Labuan. Sebagai contoh, Muzium Labuan yang kaya dengan sejarah dan kebudayaan. Dilengkapi dengan teknik pameran yang pelbagai dan menggabungkan panel grafik teks dan gambar, kiosk maklumat, persembahan cahaya di samping bunyi, pameran sentuh serta sistem audio visual. Pada awal penubuhannya, kakitangan JMA membabitkan tiga pegawai iaitu kurator merangkap Pengarah, Pembantu Muzium dan Jurufoto. Antara objektif awal penubuhan muzium berkenaan ialah membuat penyelidikan mengenai sejarah Labuan, adat resam, kebudayaan serta flora fauna di perairan Labuan. Menurut Abdul Ghaffar, muzium adalah institusi penting yang berperanan menyebarkan ilmu pengetahuan kepada orang ramai mengenai sejarah, budaya dan alam semula jadi. "Senario kehidupan masyarakat masa kini berbeza dengan dulu. Terlalu banyak pilihan tempat mengisi waktu lapang seperti taman tema, kompleks membeli-belah dan pusat permainan video. "Fenomena ini menjadi cabaran kepada muzium untuk bersaing. Disebabkan faktor itu, usaha konsisten perlu dilaksanakan bagi terus menghidupkan muzium supaya tidak terus sepi di samping memerlukan publisiti. "Program bersama media seperti ini dilihat sebagai wadah kerana secara tidak langsung melalui media, orang ramai akan tahu mengenai kewujudan muzium yang dapat dijadikan tarikan pengunjung," katanya. Selepas tamat di Muzium Labuan, rakan media dibawa pula ke Muzium Marin Labuan yang terletak di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Jalan Tanjung Purun. Menariknya, muzium ini satu-satunya muzium bertemakan hidupan laut yang ada di Malaysia. Ada 14 akuarium dan kolam sentuh yang membolehkan pengunjung merasai pengalaman menyentuh hidupan laut seperti tapak sulaiman, belangkas, siput, udang serta kerang selain lima seksyen dipamerkan mengikut kronologi habitat. Muzium Marin Labuan turut mempamerkan tulang anak ikan paus Indian Fin Whale berusia 110 tahun yang pernah dipamerkan di Muzium Nasional Singapura sebelum dihantar ke Muzium Negara pada 1972. Kumpulan media kemudian dibawa ke Muzium Chimney yang berfungsi sebagai muzium tapak mempamerkan sejarah awal Tanjung Kubong, sejarah perlombongan arang batu sejak 1847 dan sejarah Chimney. Antara yang diceritakan adalah pembinaan Muzium Chimney bermula 25 Januari 1999 dan siap pada 29 Ogos 2000. Reka bentuk bangunan pula bercirikan sekolah zaman kolonial di Labuan manakala kerja konservasi Menara Chimney bermula Ogos 1997 dan siap sepenuhnya pada Oktober 1999 yang dirasmikan Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman pada 26 Oktober 2002. Selain muzium, ada juga menara Chimney yang masih dianggap misteri oleh penduduk setempat kerana fungsinya yang belum diketahui hingga kini serta kerja ekskavasi arkeologi. Menariknya, tiada yuran dikenakan kepada pengunjung untuk memasuki muzium di samping tiada tempoh melawat ditetapkan. Pengunjung turut bebas mendapatkan maklumat di samping layanan baik daripada pegawai yang ditugaskan memberi bantuan jika diperlukan. Sementara itu, Ibrahim berharap penyertaan media dalam mempromosikan aktiviti muzium dapat menyalurkan maklumat berguna kepada masyarakat mengenai kepentingan muzium. "Kita sangat menghargai media yang mengikuti program kali ini kerana peranan mereka bukan saja paling penting, malah sebagai sumber rujukan masyarakat tidak kira sama ada media elektronik mahupun media cetak. "Diharap program seperti ini dapat membantu menarik semula orang ramai supaya lebih kerap mengunjungi muzium bersama keluarga kerana banyak sejarah dan maklumat berguna perlu diterapkan kepada anak muda yang semakin kurang mengunjungi muzium," katanya sewaktu ditemui media selepas tamat program. Dalam masa sama, Jabatan Muzium Malaysia akan mengadakan pameran sepanjang tahun ini seperti pameran Orang Asli di Muzium Negara, pameran mamalia Malaysia di Muzium Alam Semula Jadi Putrajaya, pameran Koleksi Lukisan Cina di Galeria Perdana dan beberapa pameran lain. | ||
Blog <b>Makanan di Labuan</b>: Billy Info: 10 Bandar/Tempat Paling <b>...</b> Posted: 01 Feb 2014 03:29 PM PST Dipetik daripada kajian yang dilakukan oleh The Malaysian Insider, berikut merupakan 10 tempat/bandar paling mahal di Malaysia dari segi kos sara hidup. 1. Pulau Pinang (bahagian pulau) 2. Bintulu, Sarawak 3. Paka/ Kerteh, Terengganu 4. Miri, Sarawak 5. Kuala Lumpur 6. Kuala Terengganu, Terengganu 7. Kuching, Sarawak 8. Klang 9. Labuan 10. Johor Bahru Perkara yang dikaji pula adalah harga barangan keperluan harian seperti ayam, sayuran seperti sawi dan cili merah, ikan, kadar sewa rumah dan juga keperluan pendapatan minima untuk hidup sempurna. Dengan kadar sewa rumah serta harga rumah yang tinggi dan harga barangan keperluan harian yang agak mahal, seseorang memerlukan gaji sekurang-kurangnya RM4,000 sebulan untuk tinggal di sebelah pulau di Pulau Pinang. Ia dikira paling tinggi berbanding bandar-bandar lain di Malaysia. Turut mengiringi Pulau Pinang adalah bandar perindusrian Bintulu di Sarawak dan Paka di Terengganu. Namun, harga barangan di Pulau Pinang jauh lebih rendah jika mereka tinggal di tanah besar iaitu di Seberang Prai. Mungkin kerana itulah ramai penduduk Pulau Pinang tinggal di tanah besar walaupun bekerja di pulau. Mungkin ini juga menjadi punca kesesakan berlaku setiap hari di jambatan Pulau Pinang dan feri sehingga menyebabkan jambatan kedua terpaksa dibuat untuk disambungkan ke pulau Mutiara itu. Harga sekilo ayam di pasar George Town adalah RM9 berbanding RM7.00 di Kuala Lumpur, RM6.50 di Klang. Kadar sewa rumah juga tinggi di Pulau Pinang. Sebuah rumah teres satu tingkat tiga bilik di Tanjung ToKong disewa dengan kadar RM1,000 sebulan. Namun kadarnya lebih rendah di Batu Kawan atau Nibong Tebal yang boleh diperolehi sekitar RM500 sebulan. Walau kos sara hidup agak rendah di Kuala Terengganu, namun harga barangan keperluan hariannya antara yang tertinggi berbanding bandar-bandar lain di Semenanjung Malaysia. Harga ayam di Kuala Terengganu adalah RM7.50 sekilogram berbanding Kuala Lumpur RM7.00 dan Klang hanya RM6.50. Begitu juga harga ikan, walaupun Terengganu ramai nelayan, tetapi harga ikannya antara yang termahal, mungkin kerana kesegarannya. Harga ikan kembong di pasar Chabang Tiga, Kuala Terengganu adalah antara RM10.00 ke RM15.00 sekilogram bergantung kepada kualiti ikan itu. Namun oleh kerana kos sewa rumah dan jalan raya tanpa tol di Kuala Terengganu, ia menyebabkan kos hidupnya tidaklah terlalu tinggi. Dengan pendapatan RM2,500 sebulan, sebuah keluarga boleh hidup di Kuala Terengganu dengan memiliki sebuah kereta dan rumah sewa. Namun di Paka dan Kerteh yang terletak di daerah Kemaman, kos sara hidupnya agak tinggi. Ini kerana kedua-dua bandar ini menjadi tempat tinggal pekerja industri gas dan petroleum. Ia memberikan kesan pahit kepada penduduk tempatan yang terpaksa bersaing untuk mendapatkan barangan keperluan harian dengan pekerja industri yang mempunyai pendapatan lebih baik berbanding mereka. Keadaan sama berlaku di Sarawak, bandar Bintulu dan Miri yang menjadi pusat industri gas dan petroleum yang menjadikan penduduk bandar ini terpaksa menghadapi kos sara hidup yang tinggi. Harga rumah di kawasan ini naik mendadak di samping harga barangan meningkat dengan ketara. sumber: http://www.themalaysianinsider.com |
You are subscribed to email updates from Makanan tradisional di Labuan - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Pelanggan yang dihormati,
ReplyDeleteKumpulan pendanaan pakar menawarkan pinjaman kepada Individu dan syarikat terutamanya Individu yang mempunyai rancangan perniagaan dan Idea tetapi sukar memulakannya kerana rendah atau kekurangan modal permulaan.
Kami memenuhi keperluan kewangan pelanggan kami dan menolong mereka berjaya dari segi kewangan. Dapatkan modal / pinjaman jangka pendek dan jangka masa segera untuk Memulakan perniagaan anda sendiri dan nikmati faedah menjadi bos anda sendiri.
Kadar faedah rendah 2%
Tempoh 1 hingga 15 tahun
Hubungi kami melalui e-mel: franchisecapitalcorps@gmail.com