Thursday, 30 January 2014

Travel My Way: Brunei Part 3 : Kampung Air Limbongan dan Tamu ... - Blog Makanan di Labuan

Travel My Way: Brunei Part 3 : Kampung Air Limbongan dan Tamu <b>...</b> - Blog Makanan di Labuan


Travel My Way: Brunei Part 3 : Kampung Air Limbongan dan Tamu <b>...</b>

Posted: 27 Jan 2014 03:20 AM PST

Sambungan Dari Brunei Part 2 : Perjalanan Miri ke Bandar Seri Begawan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Kemaafan ku pohon dari rakan2 blogger, followers dan readers.. di atas kelewatan dalam mengeluarkan sambungan entry Brunei ini.. Kesibukan dalam menerokai keindahan alam semula jadi di negara matahari terbit dan juga demam batuk ku yang teruk masuk hari ke-5.. 

Menyebabkan ku hanya memberi masa untuk badan ku berehat.. tanpa mampu mengarang tapi mampu buat blog walking huhuu.. Alhamdulillah hari ini batuk dan demam dah kurang maka aku cuba untuk membuat sambungan entry ini.. kalau tak berpuas hati faham2 la tengah sakit tak boleh nak mengarang dengan baik :D

Antara kampung air di Bandar Seri Begawan..

Okay la jom sambung cerita dari entry yang lepas.. Tidur di tempat mereka yang prihatin pada malam itu memang membuat aku nyenyak hingga kesokan pagi.. selepas waktu subuh dan setelah matahari naik dengan cerah.. ia menandakan waktu pagi yang baik bagi ku..

Faizal mengajak aku breakfast di restoran tempat beliau berkerja.. kali ni kedai dah mula beroperasi.. dan ramai pekerja lain.. for sure kene bayar.. tapi Faizal kata tak apa.. breakfast pun dia belanja.. makan Roti Canai Telur kuah Kari kambing dengan Teh Susu Panas..



Selesai sarapan Faizal menawarkan diri untuk bawa aku melawat kawasan sekitar.. tapi aku rasa cukup la dah menyusahkan dia dari semalam.. dan aku rasa mampu berjalan seorang diri.. dan Faizal suruh aku tinggalkan beg di tempat tido semalam.. tak payah la nak di bawa ke hulu ke hilir..

Tempat yang patut di lawati di sini ialah kampung air.. akan ada ramai pemandu bot kecil pelawa diri untuk menjadi tour guide ke kampung air berdekatan.. Jika anda ingin menggunakan perkhidmatan mereka boleh la menunggu mereka di sebelah Tamu Kianggeh di Sungai Kianggeh..

Keadaan kampung air yang bersih..
Boleh nampak Masjid Omar Ali Saifuddin dari sini..

Titi untuk ke rumah di kampung air ini..
Bot sebagai pengankutan penduduk di kampung air..
Sekolah Rendah (Biru).. Sekolah Menengah (Brown)


Terdapat beberapa keunikan di kampung air ini.. menyebabkan aku teruja berjalan dan bersiar di sekitar kampung air ini.. lengkap dengan surau mahupan masjid.. ada dewan untuk orang ramai berkumpul.. ada juga kedai runcit.. dan sesetengah rumah terlalu cantik dengan hiasaan pokok bunga dalam pasu.. mahupun pokok buah.. seolah seperti kebun.. tak nampak pun macam rumah mereka di atas air..


Jangan sangka rumah mereka kayu semata-mata saja..
Aircond, Tingkap Tinted.. LCD Tv.. ada taman pokok pasu lagi tu..
Bersih dan tenang jer..
Rasa macam nak ketuk pintu nak masuk dalam rumah jer..
Kalau di atas jalan "Bus Stop".. tapi ni Boat Stop la jadi nya hahaa.. :D

Selepas aku jalan-jalan di sekitar kampung air ini.. aku terus ke Tamu Kianggeh.. sebuah pasar pagi.. macam-macam benda rare ada.. termasuk jenis ikan yang aku tak pernah nampak.. dan tak jauh mana pun berjalan kaki dari kampung air ini ke Tamu Kianggeh dalam 25 - 35 minit.. merentasi Masjid Omar Ali Saifuddin..
Selamat Datang Ke Tamu Kianggeh
Ada di antara penduduk datang dengan menaiki bot..
85 % keadaan sungai ini memang bersih.. 

Di Pasar Tamu Kianggeh ini ada sejenis makanan yang aku cari.. ianya sejenis pulut (mungkin) dibalut dengan sejenis daun.. memang famous katanya.. bila baca di blog orang lain memang ada sebut pasal makanan ni tapi lupa pulak nama nya.. dan lebih mengecewakan ialah satu pun makanan special ni tidak ditemui.. terus kempunan hahahaa..
Buah ni aku pun tak pernah jumpa :D
Teringin nak beli tapi payah nak bawa nanti..
Lauk mungkin bermakna ikan kot..
Ikan Salai original dari kampung.. terbaik:D
Ikan Batu Karang

Beras Bandal ??? 

Beras Pusu ???

Jika sesiapa yang tahu makanan yang aku maksudkan itu silalah share nama nyer di comment di bawah yer.. 

Okay Pasar Tamu Kianggeh ni adalah sebuah pasar yang tidaklah besar tapi amat menarik untuk berjalan-jalan.. ada orang kata ia hanya beroperasi di sebelah pagi hingga tengah hari.. ada yang kata sampai lewat petang.. apa pun selain pasar terdapat juga gerai makanan..
Tempat makan yang selesa di gerai makan sekitar Tamu Kianggeh
Harga BD 0.50.. mungkin nasi lemak kot
Nak apa.. mihun atau nasi lemak dan kuih muih semua ada..
Jika datang pada waktu pagi memang meriah dengan makanan  :D
Tepung Pelita versi Brunei..??
Warna dan rasa lain dari yang lain tapi janji sedap dan terbaik.. :D
Ini Tapai kot.. aku rasa la.. nak kata ketupat palas macam tak jer..

Dan di sini adalah satu-satu nya tempat di mana anda boleh jumpa fridge magnet Brunei.. dengan harga yang agak mahal iaitu BD 4.00 hingga BD 6.00 untuk satu.. apa boleh buat dah kata fridge magnet collector beli la satu.. sekadar cukupkan syarat huhuhuu.. Continue Part 4


Anim Agro Technology: NASI LEMAK

Posted: 24 Jan 2014 03:19 PM PST

NASI LEMAK merupakan makanan yang amat popular di kalangan rakyat Malaysia yang mana asalnya ia merupakan makanan tradisi bagi masyarakat Melayu sejak zaman dulu. Sebenarnya nasi lemak juga telah menjadi kegemaran orang di Singapura, Indonesia dan Brunei. Menu Nasi Lemak pada asalnya disediakan hanya untuk sarapan pagi sahaja tetapi kini ia dihidangkan dan dijual pada waktu petang dan malam. Selain daripada disediakan sendiri dirumah, kini nasi lemak telah di komersilkan di kompleks membeli belah, hotel, pasaraya, restoren, pasar malam, pasar tani, kantin sekolah, penjaja tepi jalan dan banyak lagi lokasi jualan. Pada saya, nasi lemak boleh di huraikan kepada nasi yang dimasak dengan menggunakan santan kelapa iaitu bagi menambah rasa lemaknya dan dimakan dengan beberapa komponen asas nasi lemak iaitu sambal, tiimun, bilis dan telur rebus atau telur goreng. Penting dipastikan semasa masak nasi lemak dimasukkan daun pandan untuk menambah lagi aromanya. Kini nasi lemak kukus mula mendapat permintaan ramai kerana ianya memberikan rasa lebih sedap dimana setiap butir nasi akan kelihatan tidak melekit dan peroi. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai makanan penting di Malaysia iaitu 'Nasi lemak" yang menjadi kegemaran ramai untuk bacaan anda.

Beras untuk membuat Nasi Lemak boleh dimasak menggunakan periuk dapur biasa atau periuk elektrik (Lihat foto sebelah). Gunakan beras berkualiti baik seperti beras wangi atau Gred AAA untuk membuat nasi lemak. Beras dibasuh bersih dan dimasukkan kedalam periok bersama air, santan, hirisan halia racik, bawang, garam dan ramuan lain untuk menambah keenakannya. Santan segar adalah pilihan terbaik tetapi kini peniaga komersil menggunakan santan siap dalam kotak. Tanak nasi sehingga masak dan di kacau sebelum diangkat keluar. Nasi lemak mesti menggunakan santan untuk memberi rasa lemak dan bagi menyedapkan lagi kita menggunakan daun pandan untuk mewangikan lagi masakan. Nasi lemak asalnya bukanlah merupakan makanan sarapan harian wajib masyarakat Melayu Malaysia pada umumnya. Amalan pemakanan nasi lemak merupakan satu bentuk bekalan hidangan yang lazimnya dijadikan bungkusan makanan kepada para pesawah, penoreh getah, nelayan, pekerja binaan dan sebagainya. Nasi lemak mempunyai jumlah kalori dan tenaga yang tinggi serta mempunyai komposisi lemak yang tinggi untuk membekalkan tenaga yang lebih bagi bekerja. Kandungan tinggi adalah unsur karbohidrat. Bagaimana pun kini mereka yang bekerja di pejabat pun makan nasi lemak juga. 

Nasi lemak biasanya dihidangkan dengan telur, timun, ikan bilis goreng, kacang tanah goreng dan sambal. Nasi lemak bungkus merupakan satu kaedah penjualan nasi lemak yang sangat popular masa kini (Lihat foto sebelah). Nasi lemak yang dibungkus lazimnya dijual di Kantin Sekolah, Kantin Pejabat Kerajaan dan swasta, Kilang-kilang dan juga dijual di gerai sementara atau gerai pacak tepi jalan terutama pada pagi cuti umum seperti Hari Ahad. Nasi lemak bungkus tradisional lazimnya menggunakan pelapis daun pisang (untuk menambah aroma nasi) dan pembungkus luar sama ada surat khabar lama atau kertas pembalut khas berwarna coklat atau kertas minyak sahaja. Harga jualannya bergantung kepada kuantiti, kualiti, lokasi, komponen ramuan' lauk dan sebagainya. Paling murah saya dapati cuma RM0.50 sebungkus tetapi lazimnya RM 1.00 - RM 2.00 sahaja. Kalau di pasar malam pula penjualan nasi lemak kini menggunakan pembungkus kotak polistyrene putih dengan kuantiti lebih banyak dan diisi dengan pelbagai ramuan dan lauk pauk. Harganya mengikut jenis lauk yang dipilih. Kini nasi lemak dijual dengan pelbagai lauk untuk dipilih seperti lauk daging, ayam, sotong, udang, limpa, kerang, telur puyoh, pegedil, hati ayam, kentang goreng, hati lembu dan sebagainya. 

Lauk nasi lemak kini telah dikomersilkan dengan pelbagai jenis lauk pauk dan cara masakkan. Paling popular kini adalah hidangan nasi lemak dengan Ayam Goreng Kampong, Sambal Sotong Kering, Kerang dan lain-lain lagi. Di Ipoh terdapat restoran khusus diberi nama 'Restoren Nasi Lemak Ayam Kampong" yang memang terkenal dengan hidangan ayam kampong goreng sebagai lauk utama untuk tarikan (Sila lihat foto sebelah). Ada penjual nasi lemak yang mampu untuk menghidangkan lebih dari 20 jenis lauk dan dijual diatas van bergerak atau gerai dimana ia  dikerumuni ramai pengunjung sehingga panjang barisan menunggu untuk membelinya. Nasi lemak dikatakan tidak begitu sihat untuk dimakan hari-hari kerana tinggi kalori dan lemaknya seperti didakwa oleh pakar pemakanan. Kemterian Kesihatan Malaysia telah meletakkan nasi lemak sebagai satu makanan segera dimana ia telah dikategorikan sebagai satu makanan yang berkalori tinggi, mudah dan siap dihidangkan. Pernah timbul cadangan agar nasi lemak dihadkan jualannya pada dua kali seminggu. Langkah ini diambil sebagai satu usaha kerajaan untuk menangani masalah kegemukkan, obesiti dan diabetes yang semakin meningkat di kalangan rakyat terutama kes kanak-kanak. Semuga artikel ini memberikan info berguna kepada pembaca semua. Wasallam.

NASI LEMAK...HIDANGAN KITA...

RASA ENAK... MUDAH DISEDIA...

ADA DIJUAL...MERATA-RATA...

PELBAGAI LAUK...PILIH SAHAJA...

By,

M Anem,

Senior Agronomist,

Restoren Nasi Lemak Ayam Kampong,

Ipoh, Perak,

Malaysia.

(19 Rabiulawal 1435H)

No comments:

Post a Comment

Post Popular