Monday, 20 January 2014

PERCUTIAN DI WP LABUAN 26 OKT HINGGA 29 OKT 2013 Day ... - Blog Makanan di Labuan

PERCUTIAN <b>DI</b> WP <b>LABUAN</b> 26 OKT HINGGA 29 OKT 2013 Day <b>...</b> - Blog Makanan di Labuan


PERCUTIAN <b>DI</b> WP <b>LABUAN</b> 26 OKT HINGGA 29 OKT 2013 Day <b>...</b>

Posted: 03 Nov 2013 06:03 AM PST

Trip ke Labuan telah diransang oleh penemuan seseorang yang telah menjadi adik angkat saya ketika bersekolah di STF.  Perhubungan yang telah terputus sejak lebih 4 dekad dahulu telah dapat disambung semula apabila Norasiah ditemui di FB dengan nama Nur Bayu (nama glamour -penyebab lewat ditemui).  Setelah membuat perancangan bersama-sama adik saya, Paridah dan suaminya Addnan, maka pada 26 Okt  saya dan suami, abang Md Shah pun berlepas ke Labuan dengan penerbangan Air Asia dengan hajat menemui Norasiah di samping menghabiskan masa 4 hari 3 malam menerokai pulau Labuan yang saya belum pernah jejaki.

Kami menaiki kereta pada jam 3 pagi 26 Okt.  Bimbang jugak kalau-kalau tidak terjaga awal lalu mungkin ketinggalan flight.  Kesannya pulak tidur kami kurang lena, terjaga setiap jam dan akhirnya bangun dan bersiap-siap seawal dua pagi! Perjalanan mengikut jalan lama ke Seremban memang selesa sebab jalan lengang sebelum kami memasuki highway di Senawang.  Keadaan lalu lintas juga sangat selesa di lebuhraya.  Seperti biasa kami keluar di tol Nilai dan sampai di LCCT jam 5 pagi. Setelah "parking" di Bay C, kami berjalan ke Balai Perlepasan.  Parking di Bay C ini adalah lebih murah berbanding Bay A iaitu RM33.00 sehari sahaja.

Kami terus menguruskan "drop-bag" di kaunter Air Asia sebelum lebih ramai penumpang tiba.  Kami solat subuh (jam 5.40pg) di surau di tempat menunggu Balai Perlepasan setelah minum pagi di cafe berhampiran.  Minum kopi sahaja (RM6.00×3 – kopi +RM4.00 – air mineral) dengan roti dan kuih bahulu yang dibawa oleh Paridah (hahahaha)

Kami boarding jam 6.55pg dan masuk melalui aisle 102 iaitu laluan paling hujung bersebelahan dengan tempat parking RM16.00.  Dalam penerbangan kami telah menikmati makanan yang telah dipesan on-line; nasi lemak, nasi Bukhara.  Cuaca bagus sehingga kami mendarat di Labuan jam 10.00 pagi

Sampai sahaja di Balai Ketibaan,  abang Md Shah terus ke kaunter Rent-a-car Mann dan dapat menyewa kereta Honda LE 3205 pada kadar RM90.00 sehari.  Selesai mengambil bagasi kami ke kereta sewa dan terus memandu ke Bandar mencari Beta Serviced Apartment,  terletak di Ujana Kewangan Labuan, tempat penginapan yang telah di booking lebih awal.

Kami telah sampai ke Apartment tanpa banyak masalah tetapi tidak boleh check-in lagi sebab bilik belum siap.  Lalu kami keluar semula dan sampai ke kawasan tidak jauh dari pantai  berhampiran Kompleks Sukan dan Muzium Marin Labuan.  Kami makan tengahari di gerai berhampiran dengan soto Labuan (tanpa sambal lada api) dan Nan makan nasi lauk ayam.   Rasanya okey juga dan cuma  RM19.00 sahaja. Lebih kurang jam 1.00tgh kami ke hotel semula untuk daftar masuk.

Aparment kami ini dua bilik lengkap dengan bilik air masing2, ada dapur yang lengkap dengan peralatan (kalau teringin nak masak), sebuah tandas lagi di ruang tamu; ruang tamunya pula sangat luas ada tv, setee, meja makan dan sebuah balkoni yang mengadap kawasan kediaman dan kompleks Ujana Kewangan Labuan bersebelahan.  Apartment ini di tingkat lima.  Ada kolam renang dan di tingkat bawah ialah shopping-mall yang terkenal di kalangan warga Labuan.  Kami dapat potongan harga untuk apartment ini sebagai pesara kerajaan, cuma RM215 semalam.

Jam 4.00 petang setelah solat dan rehat kami keluar lagi.  Mula2 kami ke shopping-mall di bawah.  Sepintas lalu harga jualan lebih kurang sahaja seperti di Semenanjung.  Kami telah membeli produk terkenal Sabah/Labuan iaitu mutiara dan sedikit produk kristal, tanda sudah sampai ke Labuan hahaha. Kami juga beli sedikit makanan kering, nescafe 3-in-1, magi, cokelat dll.

Kami meneruskan penjelajahan kami di Pulau Labuan berpandukan peta yang diperoleh di kaunter hotel (tetapi kurang membantu sebab tidak jelas pandu-arahnya).  Pulau Labuan ini sebenarnya lebih kecil daripada Pulau Langkawi, Cuma 91.4km persegi sahaja (35.38 batu persegi) sedangkan Langkawi 478.5km persegi (184.7 batu persegi).  Sekejap sahaja memandu kami sudah sampai ke tempat paling utara iaitu Pantai Manikar dan Chimney.  Keadaan pantai lengang, dan tiada peniaga di tepi-tepi jalan seperti Langkawi atau P.Dickson. Kami tengok dari dalam kereta sahaja.  Dalam perjalanan ke selatan semula, tiba-tiba kami sampai ke suatu tempat makan yang diberi nama Anjung Ikan Bakar Lubuk Temiang.  Kami berhenti di situ dan memutuskan untuk dinner di tempat makan yang dibina atas air!  Kami telah order Ikan Pari Bakar, Udang masak 3 rasa, ketam masak kuning (rupanya orang Labuan pandai masak kito!), Ikan Putih sambal, baby kalian ikan masin dan jus oren dan epal. Di sisi servisnya sangat efisyen, masakan pun sedap!  Dinner malam ini ialah RM99.00.

Selesai makan kami terus balik ke hotel dan malamnya kami tidur awal kerana kepenatan bergerak sejak jam 3 pagi tadi!!!

 

………bersambung….

No comments:

Post a Comment

Post Popular