Keenakan Soto Labuan - Blog <b>Makanan di Labuan</b> - Blogger - Blog Makanan di Labuan |
- Keenakan Soto Labuan - Blog <b>Makanan di Labuan</b> - Blogger
- La-TaHZaN: KL - Labuan - KK - Blog <b>Makanan di Labuan</b> - Blogger
- La-TaHZaN: KL - Labuan - KK - Blog <b>Makanan di Labuan</b> - Blogger
- Blog <b>Makanan di Labuan</b> - Blogger
- Visit Malaysia Year 2014 - Blog <b>Makanan di Labuan</b> - Blogger
- Maka Terimalaaaaaahhhhhh - Blog <b>Makanan di Labuan</b> - Blogger
Keenakan Soto Labuan - Blog <b>Makanan di Labuan</b> - Blogger Posted: 06 Feb 2014 01:34 AM PST NIK Ahmad Farez Nik Gahazali bersama isterinya, Syarena Mohsin menunjukkan Chicken Chop RSE, salah satu hidangan istimewa di restoran mereka. KELANTAN sememangnya terkenal dengan pelbagai jenis juadah dan masakan yang enak. Justeru itu, bukan mudah untuk memperkenalkan menu baru bagi menembusi pasaran dan selera rakyat di negeri ini. Namun seorang ahli perniagaan, Nik Ahmad Farez Nik Ghazali, 41, mencuba sesuatu yang berbeza dengan 'budaya' makanan masyarakat di negeri ini apabila memperkenalkan Soto Labuan dan Soto Brunei sebagai menu utama di Restoran Sauh Emas, Kota Bharu, Kelantan. Restoran yang terletak di Taman Uda Murni itu dibuka pada Ogos tahun lalu, serentak dengan umat Islam menyambut kedatangan bulan Ramadan. Baginya, 1 Ramadan adalah tarikh yang amat sesuai untuk membuka restoran itu sejajar dengan bulan yang paling mulia di sisi Islam. Biarpun tidak sampai setahun dibuka, restoran itu mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai. Nik Ahmad Farez berkata, percubaan berani memperkenalkan makanan dari Borneo itu dibuat berdasarkan kebolehan isterinya, Syarena Mohsin, 40, yang berasal dari Wilayah Persekutuan Labuan. "Setiap kali mengadakan rumah terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri dan majlis kesyukuran, isteri saya akan memasak kedua-dua jenis masakan ini dan ia mendapat pujian daripada rakan-rakan. "Daripada itu, timbul idea untuk membuka restoran ini, selain faktor keluarga saya yang sememangnya menjalankan bisnes berkaitan makanan," katanya kepada S2. Beliau yang sebelum ini terlibat dalam bidang agensi pelancongan terutama membawa jemaah umrah ke tanah suci Mekah telah mengambil keputusan nekad untuk memberikan sepenuh perhatian terhadap perkembangan restoran tersebut. "Saya tekad untuk kembali ke kampung halaman selepas 22 tahun berada di Kuala Lumpur. Soto Labuan dan Soto Brunei adalah keistimewaan restoran kami yang mungkin tidak ada di restoran lain di bandar ini. "Setakat ini, alhamdulillah. Ia mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai dan ternyata orang di sini boleh menerima makanan dari negeri-negeri lain," ujarnya gembira. Katanya, keistimewaan Soto Labuan adalah ia dihasilkan daripada sup tulang dan menggunakan bihun Labuan yang agak berbeza daripada bihun yang biasa didapati di Kota Bahru. Sementara itu, katanya, Soto Brunei pula dihasilkan daripada sup daging dan bihun Labuan. "Di samping dua menu istimewa ini, kami juga memperkenalkan makanan barat kepada pelanggan iaitu Chicken Chop RSE yang menggunakan ramuan dan rempah istimewa. "Saya amat menitik beratkan kualiti makanan dan cara hidangan. Semua ini adalah hasil pengalaman saya melancong di merata tempat yang saya kutip dan perkenalkan di restoran ini. |
La-TaHZaN: KL - Labuan - KK - Blog <b>Makanan di Labuan</b> - Blogger Posted: 09 Feb 2014 11:13 AM PST first time ke labuan. tentunya sangat teruja, tp ada masalah sikit pula bila flight delayed. sepatutnya naik belon pukul 11.50 tapi pukul 1 baru naik. penerbangan kl - labuan menaiki boeing 737 mengambil masa selama 2 jam 30 minit. kami dijamu nasi beryani, em x selera makan sgt. layan air je. sampai di labuan. wah. comel je airport, tp jgn x percaya ia international airport. keluar airport terus jumpe orang pd kg sg labu. incik muzaide, marni & din. hallo... dapat jumpe sekali owner kereta sewa kami, reen. destinasi pertama - homestay tp x boleh chk in lagi, sebab owner homestay ni dj labuan fm. incik tgh on air, jadi kami terus ke pd kg sg labu dulu. kawasan pd di tepi pantai. wah... agak panas ye di sini, tp ada wifi. seronok sikit la kan. hehehe. selesai perbincangan serba ringkas. kami kembali ke homestay dah chk in. rumah incik dj besar jua, bilik kami di bahagian depan sebelah kanan rumah beliau (pandangan dari jalan utama). bilik agak besar, boleh memuatkan 7-8 orang, ada air cond, ada air sejuk dan panas. cuma tiada water heater. kalau mandi, sgt sejuk. brrr... selesai cerita pasal homestay, kita cerita pasal makan. makanan pertama kami cuba di sini ialah ketam butter milk. bunyi pelik, apa kata kita cuba. lokasi makan kami adalah di anjung ketam, tanjung aru. minimum order di sini ialah 300 gm. jadi kami makan ketam & udang masak steam. sebab kat sini style dia ada 4 kedai ala2 medan selera gitu kan. tp kite order makanan di kedai kite makan saja. ok la jua makanan, cuma servis lambat sikit. mungkin kita dtg awal sgt kut - around 5 lebih. habis makan, rehat dan prepare utk training esok. training kami ternyata perkara biasa sahaja. maklumlah dah pakar. hee. 7 orang peserta, macam2 karenah. gelak saja. hahaha. mkn tgh hari pertama. kfc saje. em, ke bandar labuan. macam di zaman 80-an. sempoi saja. jalan2 sekejap di pantai sambil membaca sedikit sejarah labuan. menarik. selesai training, kami ke bandar sekali lagi. o'o kedai byk yg dah tutup. masa tu baru pukul 6.30 macam tu. hari sudah malam. kami pun makan dah rehat. esoknya. kami ada masa utk shopping sekejap. kami ke bandar. lokasi : bazar labuan. shopping sikit beberapa barang menarik yg ada antaranya tshirt labuan, fridge magnet, key chain. lain2 benda biasa juge seperti di tempat2 lain. seronok shopping, tahu2 kereta sewa kami disaman. alahai, pacik polis, kamu memang mengecewakan. xpe, redho saja. seterusnya kami melepak jap di dataran labuan dan kemudian ke muzium chimney. ada peninggalan sejarah arang batu di sini. laluan pulang kami menandakan kami sudah pusing bahagian hujung labuan. terbaik bukan. training hari kedua, kami memanfaatkan training dgn aktiviti. sampai la ke pukul 6 ptg. sempat juge bergambar beramai2. tak dilupakan survenir utk kami. wee. terima kasih warga pd kg sg labu. jumpe kamu lagi nanti. terima kasih atas perkongsian perkara menarik, makanan menarik serta mengembirakan kami sepanjang kami di labuan. petang ni, melepak sekejap di peace park. tempat ni nama damai. ada beberapa peninggalan sejarah juga di sini. cik cak sekejap di tempat penyerahan ni. ok. lapar makan di medan selera. makan kepak ayam & mee grg. layan... selesai makan2 balik n pergi bataras store. cari makanan sikit. hee last night kat labuan. lepak tgk picture. gelak2 kan gambar. hee smp time, tidur. esok nak jalan jauh kan. bangun pagi, siapkan beberapa kerja n bersiap utk ke kk. cubaan utk bayar saman tidak berjaya. kami jalan2 di dataran walk sambil breakfast. kenyang, kami terus ke airport. airport labuan ni agak bosan jua. hanya ada mcd, old town n beberapa kedai makan, coklat n perfume. flight kali ni on time. terbaik. ok jom ke kk. smp di kk, kami update balik ye. |
La-TaHZaN: KL - Labuan - KK - Blog <b>Makanan di Labuan</b> - Blogger Posted: 12 Feb 2014 01:13 AM PST Assalamualaikum dan salam sejahtera, Rasanya sudah banyak pos mengenai jalan jalan ke luar Negara, dan pos kali ini saya membawa anda nun jauh ke Kelantan…Kalau naik kenderaan seperti bas, kereta memakan masa 8 jam daripada Kuala Lumpur, tapi hanya 45minit sahaja menggunakan pesawat Mas, Air Asia atau Firefly. Banyak orang mengaitkan Kelantan dengan makanan yang pelik, manis dan "sedap/best". Ya, memang kebanyakan makanan orang Kelantan pelik, manis dan sedap (mengikut selera saya). Mungkin ini dipengaruhi oleh factor kedudukannya yang berjiran dengan Thailand…dan juga factor kekreatifan orang Kelantan. Kuih Muih Kalau ke Kelantan dan tak singgah di Pasar Siti Khadijah memang tak sah. Dan saya setiap kali balik Kelantan memang akan ke pasar ini. Sebabnya ingin membeli aneka kuih muih. Disini anda boleh juga membeli pelbagai jenis kuih muih yang berbagai bentuk dan warna. Kuih Badak, Kuih Lompat Tikam, Kuih Serabe (Serabai), Kuih Mulong (buah Melaka), Tepong Boko (Talam Santan), Nekbat, Akok kedut (paling sedap), akak pandan, ambon, mihun talam, pulut manis, pulut bakar, Kuih Katon, Buah Tanjong, Tahi Itik, Pulut Seri Kaya, Cik Mek, aneka nasi bungkus dan lain-lain. Memang rasa nak beli semua…huhu..dan harganya adalah bermula daripada 50sen hingga RM2 sahaja…tiada yang lebih daripada harga tersebut. Murah bukan? Dan peniaga nya adalah semua wanita yang akan memulakan perniagaan seawal 8 pagi…jika dah petang macam tu banyak kuih dah habis… Laksa dan Laksam, Laksa Kelantan mungkin sedikit berbeza dengan laksa negeri lain…iaitu kuahnya pekat, bersantan, dan bahan utama ikan selayang…dan ianya dimakan dengan laksa khas Kelantan..laksa beras…Dan harga sekilo laksa Cuma RM2-RM3 sahaja. Ada kilang yang membuat laksa dan laksam ini di Beris Bachok. Ianya dimakan dengan belacan, sedikit garam, dan ulam-ulaman seperti bunga kantan, daun kesum, timun, kacang panjang dan daun serai pokok (bukan serai lemongrass yer). Memang sedap menjilat jari dan yang paling saya suka ialah Laksa Maheran Tingkat 1, Pasar Siti Khadijah. Dan laksa ini juga dijadikan hidangan untuk kenduri menyambut menantu, kenduri sambut YB,…dan lain-lain. Manakala laksam pulak boleh juga dibuat sendiri selain dibeli, iaitu batter yang dikukus, digulung, sejukkan dan dipotong menggunakan gunting..Memang wallah..dan jangan tak tahu laksa dan laksam makanan orang Kelantan tak kira untuk sarapan, minum petang atau makan malam. Nasi kerabu Sebut nasi kerabu siapa tak kenal kan..semua kenal terutama rakyat Kelantan yang sebati dengan nasi kerabu sejak kecil. Nasi kerabu juga boleh dimakan tak kira untuk sarapan, lunch atau dinner…memang boleh masuk. Dan nasi kerabu ada pelbagai jenis iaitu nasi kerabu tumis (biru atau kuning), nasi kerabu hitam (tanpa tumis, tapi warnanya biru) dan nasi kerabu siam (banyak cili). Dan dikelantan sememangnya rakyatnya suka makan nasik…nasik dan nasik…jesteru itu setiap 400 meter anda akan temui banyak gerai menjual nasi bungkus untuk sarapan pagi…di pondok2 kecil atau gerai kecil. Harga sebungkus nasi kerabu ialah bermula daripada RM1 hingga RM6 iaitu yang pakej cukup seperti ayam goreng panas, solok lada sebiji, sebiji bawang putih jeruk, kerepok goreng, dan bumbu pelengkapnya. Dan ianya dibungkus dengan kertas berwarna perang tu, sebab bungkus dengan polisterin tak "kick". Nasi Berlauk Di Kelantan juga anda akan dihidangkan atau boleh membeli nasi berlauk pagi yang dijual di tepi jalan atau di warung kopi. Nasi berlauk memang kegemaran saya…memang boleh menambah tau terutama jika lauk ikan aye gulai lemak kuning..huhuhu…Selain itu ada juga lauk lain seperti gulai ayam, gulai serati. Di sini juga terdapat nasi Kak Wok, Nasi Tumpang dan Nasi Paku…jangan terkejut kerana nasik bungkus tidak disematkan getah urat tapi disematkan paku….Ya…"real nail" yang buat rumah tu… Nasi Kukus Ni satu lagi nasi yang boleh menghilang niat diet..nasi kukus ialah sejenis nasi menggunakan beras siam dan dikukus..tidak ditanak yer..dan dihidangkan bersama ayam goreng berempah panas-panas, kuah kari dan sambal belacan serta 2 hiris timun. Tadaa…memang sedap. Banyak restoran nasi kukus yang terkenal di Kelantan seperti Nasi Kukus Zeeman dan Nasi Kukus Rizal. Nasi Ulam Nasi kampong yang dihidangkan bersama ikan singgang, ikan keli goreng, ikan keli gulai daun kesom, budu dan pelbagai ulam-ulaman seperti pegaga, timun, selom, daun serai, terung rebus, dan dll. Memang fuhh…sedap…Alhamdulilah. Colek Colek memang terkenal dan makin menjadi-jadi di bulan Ramadhan..biasanya restoran atau warung yang menjual colek akan dipenuhi warga masjid yang pulang terawih dan berlanjutan ke pagi..atau sehingga colek habis…siapa cepat dia dapat. Colek ialah makanan sepeti seafood yang digoreng dan dimakan bersama ayam bakar , sos cili dan timun serta salad. Rasanya itu sahaja…Melanconglah di dalam Negara, semua ada disini…tapi ingat makan jangan berlebihan… Cheers, Zia Anis |
Blog <b>Makanan di Labuan</b> - Blogger Posted: 12 Feb 2014 11:06 AM PST 1.LAKSA SARAWAK update skit mkn2 kt labuan bg owg senang skit nk dtg labuan 1 lg sarapan y terbaik laksa sarawak..mmg superb nk mkn kene perah limau + sambal kalo x nti x bpe nk menjadi..nk cr laksa ni dekat kedai Raff Restaurant..lokasi aku update later..x pon kol je aku sng..sbb gmbr ada dlm handfon y telah dicuri..upsett 2. SUP AYAM GORENG + SAYAP AYAM photo Credit 2 catzscafe Medan selera labuan btl2 berhadapan dgn Ujana Kewangan kalo ikot gmbr ni aku pon confuse kedai mane y slaloo aku mkn...btw korg tanye la mn ade jual sup ayam goreng. n sayap ayam y sedap 2 mst wane merah pekat skit..kene pandai pilih sbb kt situ mmg ramai y jual sayap ayam... sayap ayam y sedap 2 bkn warne ni k...if korg nmpk die panggang jd warne ni cube try p kedai lain... mkn sayap kene mkn dgn sambal die..smbl owg labuan ni masam dan pedas mmg fav aku ler...hahhaha if makan sup ayam goreng kene perah limau + kicap + sambal...bru superb! nk elak muak kot btw mkn sampai berpeluh ler 3. KETAM BUTTER MILK Lokasi seafud terkenal jauh skit dr bandar..kene ada transport nk dtg sini Anjung ketam Terumbu warisan ketam butter milk Antara 2 kedai 2 korg bleh pilih mane2 je sbb lebih kurang sama rase n hargenye..hehheh btw dtg tmpt org try ler mknn dowg. jgn ler korg asyik nk mkn bende y sm mcm kowg mkn kt tmpt korang k..cnthnye mentang2 org johor..nk cr asam pedas kt labuan...mmg ade tp x kene la dgn asenye...sbb bkn mknan dorg... 4. Puding Kelapa + soft shell crab ni puding kelapa dlm kelapa y sedap gmbr ni sume amik kt google k..sume koleksi gmbr mkn ku dicurini cr puding kelapa n soft shell crab p ler kedai ni..x de jual babi k DONE ENTRY AKU PASAL MAKAN KT LABUAN Hopefully membantu korg...kedai mknan mmg byk tp aku x suggest kn sbb mkn kureng ler utk kte owg semenanjung... |
Visit Malaysia Year 2014 - Blog <b>Makanan di Labuan</b> - Blogger Posted: 06 Feb 2014 03:36 PM PST awal tahun haritu aku sepatutnya kena pegi audit di penang...so dah plan dengan sue, alang-alang ke sana, nak jalan-jalan la lepas tu, suruh dia naik penang sekali...tapi last minute tak jadi, sebab jadual aku tak ngam dengan tarikh company dan lead auditor...so bila bagitau sue, dia pun cakap 'takpela...next time la kita pegi...tapi kena make sure pergi tahun ini juga sebab kita nak kena sokong Tahun Melawat Malaysia 2014!'ewah kemain kan...terus lepas tu menderu-deru idea aku mana tempat-tempat menarik dalam Malaysia ini yang boleh dikunjungi tahun ini...so far tempat-tempat menarik yang terpikir di pikiran aku adalah Melaka, Terengganu, Kedah, Penang, Johor dan Sarawak!dan aku jumpa website VMY2014 yang boleh beri kita idea mana nak diterjah di seluruh Malaysia ini...so apa lagi kawan-kawan, mari sama-sama menyokong Visit Malaysia Year 2014 a.k.a Tahun Melawat Malaysia 2014! so sebagai permulaan bagi tahun 2014 ini, aku telah ke Melaka weekend lepas bersama asie dan irma...sepatutnya kenduri kawin adik dayaho adalah agenda utama kami ke Melaka...tapi bila bincang-bincang, terus kenduri kawin tu jadi agenda kecil sahaja!selebihnya kami ambil kesempatan menjadi tourist di Melaka Bandaraya Bersejarah!ecewah!so pagi sabtu, jam 10.30 pagi irma dan asie datang ambil aku kat rumah dan kitorang gerak menuju ke Melaka...sempat dalam kereta makan cekodok cili api mak aku goreng...pastu tak kenyang lagi, kami singgah breakfast di R&R Seremban pula...kemudian barulah kami meneruskan perjalanan terus ke Kg Solok, Duyong, Melaka...sampai di sana jam 1.15 tengahari!apa lagi, lepas jumpa tuan rumah, jumpa member lain, kami terus ke tempat makan!sedapnya nasi minyak dengan kari daging dan ayam masak merah...siap ada tapai lagi..lepas lepak jap...kami pergi jumpa mak pengantin, dapat door gift dan berkat, pastu sempat ambil gambar di pelamin bersama pengantin!dan kami pun gerak meninggalkan kenduri....sampai di kereta, jam menunjukkan pukul 2 petang...check in time adalah 3 petang...so aku call Bayou Lagoon Park Resort, Bukit Katil nak tahu bilik kami dah ready ke...bila diorang cakap dah ready, terus la pecut ke sana!tak jauh pun dari rumah dayaho...aku dah booking through Agoda penginapan ini..ambil studio room sahaja dengan harga RM200.20...kalo walk in, RM320 tau aku call tanya haritu...sampai je, check in...aku minta extra bed, sekali habis daa...ada big group masuk situ habes semua extra bed...so just tambah RM15 untuk entry water theme park dan RM25 untuk breakfast...untuk seorang je la...sebab 2 orang lagi dah include dalam harga bilik...kalo ambil extra bed dan include 2 items tu, harga dia RM70...selesai urusan check in, terus angkut beg naik bilik...sampai je bilik...wah best...besar...dulu pernah ke sini dengan family, aku ambil apartment 3 bilik...now studio room sahaja sebab 3 orang je pun...tapi tetap cantik dan luas!memang bestlah!siap ada pantry lagi...so then kami just lepak dan siap-siap...sempat layan cerita Ketika Gajah Bertasbih...gitu kan...hehehe jam 4 petang, kami pun bergerak keluar...terus menuju ke Perkampungan Hang Tuah yang terletak di Duyong, Melaka...memang dekat la dengan rumah dayaho tadi...masuk je kawasan ni, akan berjumpa dengan Masjid Jamek Laksamana Hang Tuah yang berwarna kuning di tepi jalan...menurut cerita madsah, laki si dayaho...Perigi Hang Tuah yang sebenarnya terletak dalam masjid ini...di kawasan solat perempuan...tapi dah ditutup la...sebabnya taknak orang datang buat aktiviti puja memuja, khurafat semua tu...sebab tu dia buat replika untuk tujuan pelancongan berhampiran kawasan tu!wallahualam! then kami pun terus menuju ke Perigi Hang Tuah di hujung jalan!tempat yang telah diwartakan sebagai Warisan, di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005!sampai di sini, dah tak ramai orang...terus kami bergambar di kawasan perigi tu...kecil je kawasan dia...ada cerita mengenai sejarah Hang Tuah...pastu perigi siap berlecak sebab budak-budak main air!hehehe so apa lagi, kami pun tak lepas peluang bergambar di Perigi Hang Tuah!seriau juga takut terjatuh!dalam wo....air dia hijau je... di sekeliling kawasan perigi tu terdapat banyak kedai menjual cenderahati...tapi aku tak beli apa la...then sempat ambil gambar di Pusat Kebudayaan kat situ...cantik bangunan dia diperbuat dari kayu...klasik la sangat pada aku...tapi sayangnya tak dibuka untuk orang ramai pun..adik jual air depan tu la yang cakap....tapi adik tu suggest aku pergi Muzium Hang Tuah kat belakang kawasan tu!nampak la atap dia dari kawasan perigi ni...adik tu cakap baru dibuka...pada Ogos 2013!patut laa aku macam tak pernah tahu pun ada tempat ini...so kami terus ke muzium mengikut arah signage...dah alang-alang sampai kan... actually, sebelum sampai kawasan perigi ni kita akan nampak dah signage ke Hang Tuah Centre (HTC) di mana terletaknya Muzium Hang Tuah tu...so sampai je di HTC, kami terus mengambil gambar dari luar pagar...kagum dengan kegahan rekabentuk muzium itu!terus masuk menuju ke kaunter tiket...adik tu cakap pukul 5 ke 5.30 petang muzium akan tutup...tengok jam dah 4.30 petang...so cepat-cepat beli tiket berharga RM5 seorang...dan masuk ke muzium dahulu...masa ini, nothing to expect...bajet macam muzium-muzium lain di Malaysia...bergambar sekejap di hadapan muzium, kami pun terus masuk... masuk je dalam tu, tetiba rasa excited dan kagum!semua pameran di dalam muzium itu telah disuntik dengan elemen interaktif yang sangat menarik!bukan lagi tipikal muzium yang aku tahu dan kenal selama ini!penuh dengan perkara-perkara boring...pelbagai skrin interaktif untuk kita bermain, untuk kita sertai dalam menyelami sejarah berkaitan Hang Tuah!gambar-gambar yang dipamerkan dalam bentuk kartun, dalam bentuk yang sangat menarik!penuh dengan warna-warni! terdapat juga tempat untuk belajar silat menerusi skrin layar yang menarik!siap boleh pakai baju silat lagi...tapi kami tak pakai la...tapi try juga la bersilat mengikut tayangan...memang best!selain itu penggunaan laser, membentuk animasi juga banyak digunakan dalam muzium ini...seperti penerangan mengenai keris, perlawanan antara Hang Tuah dan Hang Jebat...haish menarik!sampai leka dibuatnya! di tengah-tengah muzium itu juga terletaknya Teater Hang Tuah yang menayangkan cerita mengenai Hang Tuah di layar besar!memang seronok layan cerita Hang Tuah dalam bentuk kartun ini..menarik!terdapat juga maklumat mengenai pakaian melayu lama dan menariknya, kita boleh ambil gambar dan super imposed dengan pakaian melayu lama tu!hahahaha walaupun tak berapa menjadi gambarnya, tapi seronok je kami melayan menda-menda macam ni...hehehe wah memang seronok sangat kami berada di sini!sampai sejam berlalu, langsung tak terasa!aku rasa semua muzium di Malaysia perlu secara serius, mentransformasikan tipikal muzium kita ada sekarang ini kepada something yang new dan fresh seperti Muzium Hang Tuah ini...memang tak menyesallah bayar RM5 dan spend masa di sini!sesiapa yang ke Melaka tu, aku cadangkan supaya korang ke muzium ini!sangat berbaloi-baloi! =D kami pun keluar dari muzium dengan gembiranya!sempat bergambar bersama Bang Hang Tuah di luar muzium... lepas puas melihat kisah Hang Tuah di dalam muzium, kami pun berjalan sekitar HTC dan melihat 5 buah rumah yang dinamakan sempena Hang Tuah dan sahabatnya!setiap rumah ada aktiviti tersendiri...ada yang dibuat kedai jual cenderamata....ada juga gazebo untuk anak-anak muda bermain muzik tradisional, ada lapangan untuk bersilat...memang menarik...sepanjang di situ, aku jumpa 2 couples sedang ambil post wedding photoshoot!memang cantik!dan kami pun berjalan kembali untuk ke kereta...sekali di pintu pagar dah ada yang menanti...rupanya dah jam 5.30 petang!haha cepat-cepat kami keluar! lepas tu kami pun mula bergerak menuju ke Pantai Klebang!perjalanan memang bergantung kepada Waze sahaja!memang la Waze ke GPS semua ini membuatkan kita malas berfikir dah!hahaha selama ini aku selalu suka ikut gerak hati je kalo berjalan bawak kereta tu...but now, bergantung 100% kepada Waze!terus sampai di Pantai Klebang...kami singgah membeli belacan, cencalok dan makanan tradisional Melaka di tepi jalan...memang banyak kedai menjual makanan-makanan ini...pilih je mana nak...murah-murah pula tu... dah selesai membeli, kami pun terus menuju ke gerai Klebang Original Coconut Shake...kiranya antara perkara wajib cuba kalau ke Melaka ni...aku dulu iba yang ajar minum sini..masa kami sampai, gerai dah nak tutup...kul 6.30 petang diorang dah tutup rupanya...nasib baik sempat beli sorang satu coconut shake dengan harga RM2.50 sahaja...ermmm memang sedappp....lagi kalo masa panas....dengan aiskrim vanilla....air kelapa...ais....pastu isi kelapa tu dia blend...so memberi rasa kesat-kesat dalam setiap sedutan...sedap.... sambil minum, sambil kami menuju ke Melaka Raya pula...bersebelahan dengan Mahkota Medical Centre!kali ini dengan tujuan mencari Restoran Ee Ji Ban!ada apa di sini?haaa di sinilah tempat kami nak makan chicken rice ball!aku pernah tengok KekNis a.k.a Hanis Zalika makan di sini dalam Mad Market, JJCM pun pernah datang..so harus la terujakan nak ke sini!hehehe dah la susah nak jumpa chicken rice ball yang halal di Melaka....sampai je depan kedai, sangat teruja dah!terus masuk...disebabkan bukan masa makan lagi, tak ramai sangat orang dalam kedai...so kami tengok menu, dan terus order 15 biji chicken rice ball (RM0.30/ball)....1/2 mix chicken (RM24)...ada roasted dan steam...lepas tu order small Nyonya Cili Garam Prawn + Squid (RM21)....tak lama tunggu, makanan pun sampai...siap pekerja situ offer ambilkan gambar kami...then dia ajar cara makan...jangan hancurkan nasi tu..just potong 2, dan makan dengan ayam dan sambal...nyummeh...ayam dia sedap sangat!sambal pun sedap...nasi pun unik...cuma prawn dan squid tu, pada aku kuat sangat belacan dan pedas....so aku tak suka sangat...makan ngan nasi putih ok kot...ni nasi ayam kan, macam kureng seswai kat tekak aku laaa...hehehe so total makan adalah RM53.90...irma yang pemurah belanja kami...Alhamdulillah.... dah kenyang, kami berhajat nak berjalan di sekitar A Famosa dan bangunan-bangunan bersejarah di sekitarnya...walaupun dah mula gelap...tapi bajet ada lampu kan...so kami parking di Mahkota Parade...sebelum menuju ke A Famosa, kami ke toilet dalam Mahkota Parade dulu...selesai urusan, keluar je dari toilet, terus aku ke kedai sling bag kat tepi tu..macam menarik jee...untuk bawak travel...hehehe tengah beli, asie cakap kat depan toilet tu ada kedai Sony!alkisah, malam sebelum ke Melaka, hp aku masuk jamban!hohoho sadis!so pergi ke Melaka tanpa hp bernyawa...so sebelum masuk Mahkota Parade aku ada sebut (main-main je sebenarnya), kalo ada laaa kedai Sony dalam ni, memang aku terus je beli hp!haaaa kau...sekali depan mata!terus pergi usha, harga untuk model A, lebih murah RM300 berbanding di Alamnda!wahh tergoda betul!tapi aku sebenarnya dah lama teringin A1...sama je mahal dengan harga kat Alamada pun..pastu tengok juga model lain...ada ultra, ZR dan lain-lain...last sekali, aku buat keputusan nak beli je!itu pun penat aku justify dengan diri sendiri...sangap takde hp ni kan....hohoho terpaksa laaa....walaupun tetiba aku terbayang harga hp sama dengan pergi beberapa kali Seoul..oh...terus takde mood nak sambung cerita.....hahaha ok la nanti aku sambung lagi dalam next entry ye! #emo |
Maka Terimalaaaaaahhhhhh - Blog <b>Makanan di Labuan</b> - Blogger Posted: 10 Feb 2014 03:04 PM PST Waaaahhhhhhh ... Tajuk .... Ingat Labuan tu Paris ker??? Insya Allah, pada hari Sabtu nih, aku akan balik ke KL ... dan Insya Allah juga ler , mungkin assignment aku di Mega Methanol Project dah abis kot .... leceh jugak duduk jauh jauh nih ... (Lain ler dulu, walaupun jauh ... tapi USD kaaaaannnnnnn .... dasar Madonna ...!!!) Since dah nak balik dah .... seperti biasa kalau ke Labuan ala ala kalau tak beli kain batik tu macam tak sah ajer .... so sampai ajer kat Hotel dari tempat kerja, aku terus bergegas untuk ke Bandar mencari sehelai dua kain batik ..... (sehelai dua ker????) Maka Terimaaalllaaaahhhhhh ............ Sampai ajer kat hotel , kad pintu aku tak boleh nak bukak .... so ala ala malas nak turun balik ke Lobby ... suruh ajer housekeeping ker budak mana ntah , tukarkan kad aku ... sementara dia pergi tukar kad aku kat Lobby, aku ambik ler gambar ni dari tkt 7 ... sebab kalau viewdari bilik aku menghadap ke Dataran Labuan .... Sibuk jugak perairan dia ... banyak kapal kapal dan tug boat .... Inilah lobby tingkat 7 .... dan yg ada beg tu, adalah bilik aku hehehhehee ... tak lama lagi, selamat tinggal ler 723 ..... Budak ni ler tolong tukarkan kad aku .... aku lupa lak nama dia .... sebab bunyi ala ala filipino gitu ... Lobby Hotel Sheraton Labuan .... Bunga Lily yang senantiasa menjadi kegemaran aku .... bunga ini juga ada mengeluarkan haruman segar .... ala ala maca aku tertarik and terpaksa ambil gambar gitu .... boolleeyyyy Bunga Kekwa ... tapi dia tak ler KEKWAT .... ... Jambangan bunga penghias ruang lobby hotel ... masuk masuk ajer kita akan nampak bouquet bunga ni .... Ini orang panggil daisy kan .... Aiiiyyyyyoooooo bulatan ni lagi ker????? Tapi kali ni ala ala silhouette gitu .... Memory Lane? Boleh di katakan setaip petang untuk pergi makan ke Malindo, aku akan melalui lorong ni .... ianya akan menjadi suatu kenangan yg indah apabila aku balik esok ... macam ler aku tgk koleksi gambar2 Sudan .... ala ala boleh mengalir air mata gitu ... terutama bila tgk gambar gambar kat P2 Camp ... Sepasang kekasih melalui Memory Lane .... (Bila aku main kasi nama ni ... teringat lak kat Sudan waktu nak ke Rubkona atau Heglieg .... dalam kete kita orang menamakan kampung kampung ngan nama Melayu yang Unik ... Kampung Teratai ..... ... masih kah kau ingaaatttt ...) Aku suka tgk pokok pisang ni ... dari jauh nampak ala ala batang dia licin dan lembut macam batang pisang .... tapi bila gi dekat kita akan dapati ada duri duri gak kat batang dia nih .... Bangunan Perbandaran Labuan .... kat sini jugak ada Perpustakaan Awam .... bila sebut perpustakaan Awam, teringat lak Bintulu ... teringat lak kat Peon ... teringat lak kat Saiful Library BDA .... Kalau perlu kan apa apa pasal Labuan nih, jangan segan segan untuk singgah di sini dan ambil brochure dia .... aku suka brochures dia ... cantik dan agak bermutu kertas nyer .... Tapi waktu ni dah tutup ler ... dah nak dekat kul 6 petang kaaannn .... Seperti aku kata , Labuan ni agak bersih jalan jalan nyer ..... Gadis gadis ni melayan aku tentang kain batik yg nak di beli .... tapi aku tak beli kat kedai dia orang , sebab agak mahal sedikit ..... Dalam menghala hala kamera aku, aku telah di sapa oleh dua adik adik nih ... very peramah ... siap ala ala mempromosi kan Labuan kat mana kedai kain Batik yang murah gitu ... Bila aku dah process gambar ni, baru aku perasan kening dia orang ala ala kening maut gitu ..... Pernah pergi Langkawi dan beli poskad gambar Mashuri tak???? Actually adik ni telah aku suruh mengenakan tudung biru yang aku belikan untuk wife aku (RM 35) ... then bila aku balik, baru aku perasan muka dia / pose dia ala ala pose Mashuri dalam poskad yang banyak di jual di langkawi ajer ... or am I dreaming .... Inilah makanan malam rutin aku ... Nasi bersama Butter Prawn di Malindo (RM 8.00) |
You are subscribed to email updates from Makanan di Labuan - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment