La-TaHZaN: KL - Labuan - KK - Blog <b>Makanan di Labuan</b> - Blogger - Blog Makanan di Labuan |
- La-TaHZaN: KL - Labuan - KK - Blog <b>Makanan di Labuan</b> - Blogger
- <b>Labuan</b> pun ada Kari Kepala Ikan ! | JuadahMalaysia.com
- Trip to <b>Labuan</b> – part 2 | MyMekar.com
La-TaHZaN: KL - Labuan - KK - Blog <b>Makanan di Labuan</b> - Blogger Posted: 29 Jan 2014 01:19 AM PST first time ke labuan. tentunya sangat teruja, tp ada masalah sikit pula bila flight delayed. sepatutnya naik belon pukul 11.50 tapi pukul 1 baru naik. penerbangan kl - labuan menaiki boeing 737 mengambil masa selama 2 jam 30 minit. kami dijamu nasi beryani, em x selera makan sgt. layan air je. sampai di labuan. wah. comel je airport, tp jgn x percaya ia international airport. keluar airport terus jumpe orang pd kg sg labu. incik muzaide, marni & din. hallo... dapat jumpe sekali owner kereta sewa kami, reen. destinasi pertama - homestay tp x boleh chk in lagi, sebab owner homestay ni dj labuan fm. incik tgh on air, jadi kami terus ke pd kg sg labu dulu. kawasan pd di tepi pantai. wah... agak panas ye di sini, tp ada wifi. seronok sikit la kan. hehehe. selesai perbincangan serba ringkas. kami kembali ke homestay dah chk in. rumah incik dj besar jua, bilik kami di bahagian depan sebelah kanan rumah beliau (pandangan dari jalan utama). bilik agak besar, boleh memuatkan 7-8 orang, ada air cond, ada air sejuk dan panas. cuma tiada water heater. kalau mandi, sgt sejuk. brrr... selesai cerita pasal homestay, kita cerita pasal makan. makanan pertama kami cuba di sini ialah ketam butter milk. bunyi pelik, apa kata kita cuba. lokasi makan kami adalah di anjung ketam, tanjung aru. minimum order di sini ialah 300 gm. jadi kami makan ketam & udang masak steam. sebab kat sini style dia ada 4 kedai ala2 medan selera gitu kan. tp kite order makanan di kedai kite makan saja. ok la jua makanan, cuma servis lambat sikit. mungkin kita dtg awal sgt kut - around 5 lebih. habis makan, rehat dan prepare utk training esok. training kami ternyata perkara biasa sahaja. maklumlah dah pakar. hee. 7 orang peserta, macam2 karenah. gelak saja. hahaha. mkn tgh hari pertama. kfc saje. em, ke bandar labuan. macam di zaman 80-an. sempoi saja. jalan2 sekejap di pantai sambil membaca sedikit sejarah labuan. menarik. selesai training, kami ke bandar sekali lagi. o'o kedai byk yg dah tutup. masa tu baru pukul 6.30 macam tu. hari sudah malam. kami pun makan dah rehat. esoknya. kami ada masa utk shopping sekejap. kami ke bandar. lokasi : bazar labuan. shopping sikit beberapa barang menarik yg ada antaranya tshirt labuan, fridge magnet, key chain. lain2 benda biasa juge seperti di tempat2 lain. seronok shopping, tahu2 kereta sewa kami disaman. alahai, pacik polis, kamu memang mengecewakan. xpe, redho saja. seterusnya kami melepak jap di dataran labuan dan kemudian ke muzium chimney. ada peninggalan sejarah arang batu di sini. laluan pulang kami menandakan kami sudah pusing bahagian hujung labuan. terbaik bukan. training hari kedua, kami memanfaatkan training dgn aktiviti. sampai la ke pukul 6 ptg. sempat juge bergambar beramai2. tak dilupakan survenir utk kami. wee. terima kasih warga pd kg sg labu. jumpe kamu lagi nanti. terima kasih atas perkongsian perkara menarik, makanan menarik serta mengembirakan kami sepanjang kami di labuan. petang ni, melepak sekejap di peace park. tempat ni nama damai. ada beberapa peninggalan sejarah juga di sini. cik cak sekejap di tempat penyerahan ni. ok. lapar makan di medan selera. makan kepak ayam & mee grg. layan... selesai makan2 balik n pergi bataras store. cari makanan sikit. hee last night kat labuan. lepak tgk picture. gelak2 kan gambar. hee smp time, tidur. esok nak jalan jauh kan. bangun pagi, siapkan beberapa kerja n bersiap utk ke kk. cubaan utk bayar saman tidak berjaya. kami jalan2 di dataran walk sambil breakfast. kenyang, kami terus ke airport. airport labuan ni agak bosan jua. hanya ada mcd, old town n beberapa kedai makan, coklat n perfume. flight kali ni on time. terbaik. ok jom ke kk. smp di kk, kami update balik ye. |
<b>Labuan</b> pun ada Kari Kepala Ikan ! | JuadahMalaysia.com Posted: 01 Dec 2013 06:34 PM PST Fuh..fuh..sapu habuk sikit. lama sangat tuan blog tak update blog dia nih.. ! ok..ok.. Sila abaikan masalah dia tuh Baru-baru ni daku & mr suami telah 'terbang' ke Pulau Labuan. Tujuan utama kami ke Labuan bukanlah utk cuti2 Malaysia semata tapi lebih kepada urusan kerja. Tak lama pun kami di sana..cuma 3 hari. -kedudukan Labuan dlm peta Borneo-Bila dah berada di luar kawasan, maka aktiviti jalan2 cari makan kembali menampakkan sinarnya. Hari pertama sampai di Pulau Bebas Cukai ni, kami bercadang nak menapak ke Kompleks Ujana Kewangan iaitu salah satu kompleks yg famous di Labuan. Pada firasat kami mungkin ada banyak kedai2 makan di situ. Tapi tiba-tiba mr suami bertukar fikiran. Katanya sepanjang menaiki teksi dari airport ke hotel penginapan kami di Dorsett, beliau terpandang sebuah restoran kari kepala ikan, tak jauh dari Hotel Dorsett ni. Hahaha… ingatkan bila dah sampai Labuan, mr suami dpt melupakan seketika makanan kesukaannya iaitu gulai kari, namun jangkaanku meleset. Gulai kari juga yg beliau idam2kan..adeh Usai solat Magrib, kami berjalan kaki utk ke restoran tersebut. Nasib baik restoran tu tak jauh mana…cuma 5 minit. Gambar restoran ni lupa nak ambik. lagipun waktu malam, cahaya juga agak berkurangan membuatkan daku 'malas' nak snap gambar pemandangan. Seingat daku restoran ni namanya Restoran Warisan Kari Kepala Ikan. Ia terletak di Jalan Merdeka. di pintu masuk restoran, kami dah terpandangkan beraneka seafood yg segar. termasuk udang ni… gebu betulll… pilih la nak masak camner Antara yang kami order utk mkn malam tu :- sup tulang – boleh tahan kacang panjang bertelur – tidak mengecewakan sotong masak sambal – menu ni yg paling sedap. sambal dia tak pedas dan permintaan kami agar sotong tu tidak dipotong terlalu kecil telah ditunaikan… mmm memang puas makan ish.. gambar pecah pulak !! gambar atas ni kami order udang 3 ekor.. masa pilih2 lauk tadi nampak udang ni sangat menyelerakan tapi bila dah di goreng kunyit, rasanya tak berapa menangkap.. maybe kami perlu order buttermilk prawn utk next visit last but not lease… inilah kari kepala ikan yg diidam2 mr suami. dari segi rupa memang dah perfect gulai nih cuma dari segi "rasa" ia agak hambar.. Daku tak pasti apa yg kurang ( mungkin penggunaan rempah kot ). Pada pendapat kami memang gulai kari adalah sedap & terbaik di masak oleh org penang/kedah. Biasa la tu..masing2 tempat ada masakkan kebanggaan mereka. Masa kami makan, orang makin ramai memenuhi ruang restoran. nasib baik haritu kami tak perlu tunggu lama selepas membuat pesanan. Dari segi harga, makanan yg di atas ni keseluruhan harga berjumlah RM 80 ++ termasuk 3 pinggan nasi dan minuman. Walaupun sedikit mahal tapi tetap berpatutan dengan seafood-seafood segar yg kami pilih. Selamat Menjamu Selera. . Bookmark the . |
Trip to <b>Labuan</b> – part 2 | MyMekar.com Posted: 21 Dec 2013 02:37 AM PST 1. Mawila Restoran 2. Ujana Kewangan Hari Kedua Selepas solat zohor, sahabat kami (org Labuan) sedia menjemput kami di Dorsett Hotel. Mereka datang utk membawa kami ke sebuah Restoran makanan laut. Nama tempat tu Restoran Mawila yg terletak di Jln Tanjung Batu, Labuan Town. Kata mereka, tetamu2 yg dtg ke Labuan, pasti akan dibawa makan ke Mawila. Daku pun ada terbaca review drpd blogger yg mengesyorkan utk makan di sini juga. Namun haritu memandangkan daku masih belum biasa dgn sahabat2 mr suami tu, membuatkan daku kekok utk menjamu selera sekaligus mengambil foto spti kebiasaannya (sudahnya gambar kat bawah ni pun ambik dr google). Kerana asyik bersembang dgn mereka membuatkan daku tak dpt nak fokus pd makanan. Sedar2 perut dah kenyang walaupun nasi/lauk tak habis. acamner tu…huhu. Lps habis makan, sahabat kami tadi hantar kami balik hotel semula. Sesampai di hotel, mr suami mendapat panggilan telefon dr sahabatnya mengatakan yg mereka baru sebentar tiba ke Labuan. Mereka ni laki bini warga Arab tp dah beberapa bulan duduk di KL. Mereka memilih utk menginap di Palm Beach Resort yg mana resort ni terletak jauh sikit dgn hotel penginapan kami. Mr suami segera dapatkan teksi utk berjumpa mereka di sana (tuan rumah mesti la sambut tetamu dtg..ya dak !). Daku tak ikut sama ke Palm Beach krn daku ada agenda lain..hihi. Memandangkan dah biasa dengan Pulau Labuan (padahal baru 1x je dtg sini), maka slps peninggalan mr suami, daku berjalan sendirian ke sebuah Kompleks yg berhampiran hotel penginapan kami. Kompleks ni memang menjadi kebanggaan org Labuan. Namanya Ujana Kewangan (Financial Park) atau lebih sedap di sebut UK sahaja. Di UK ni rupanya ada banyak pintu masuk. Sebelah sini ada kompleks membeli-belah manakala di sebelah sinun ada bangunan pejabat (dalam bangunan ni daku perasan ada Pejabat Pos & MayBank juga). masuk2 je bangunan UK, terus nampak kedai duty free nih. macam2 ada…Mengikut cerita orang, perfume & coklat mmg wajib beli di sini sbb harganya murah. Daku sebenarnya tak masuk pun kedai ni..tgk dari luar je..heh. Lagipun daku kan ada 'kampung' di Langkawi, jadi dah biasa sangat membeli brg2 duty free di sana. pastu, ronda-ronda lagi. Nampak org jual cenderahati spti keychain, fridge magnet, aksesori wanita spti gelang mutiara, t-shirt dll (tp daku xbeli apa2 pon). Kemudian daku masuk Giant & Parkson. Ohh…rupanya ada juga supermarket ni di sini tapi saiz mini aje, brg pun tak banyak. Boleh dikatakan separuh dr bangunan UK ni daku dah ronda. Byk juga kedai2 jualan. Pengunjung pula tak berapa ramai dlm UK membuatkan aktiviti santai daku berjalan lancar. Hampir dua jam berjalan, tiba2 mr suami telefon menyatakan yg beliau dah balik Hotel. Dia pesan beli makanan utk dinner kami malam nanti. Pikir punya pikir akhirnya daku membeli KFC saje sbgai santapan (akibat malas nk cari kedai mkn lain sbb kaki dah teramat penat !)…Bila sampai di bilik, mr suami mengusik daku. Katanya, kita ni dtg jauh2 tp bila nak makan tetap mencari KFC juga. hihi.. Apa2 pun, yg bestnya KFC di sini xde tax tau ! manakala saiz ayamnya tetap sama Okeylah…. aktiviti di hari kedua berakhir di sini kerana sebelah malam kami hanya lepak di bilik hotel sahaja. Tunggu penulisan terakhir utk kisah selanjutnya pada episod akan datang. Trip to Labuan – part 1, klik SINI Trip to Labuan – part 3, klik SINI . Bookmark the . |
You are subscribed to email updates from Makanan di Labuan - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment