</b> - Blog <b> - Blog <b> - Blog <b>Makanan di Labuan</b> - Blogger - Blog Makanan di Labuan |
- </b> - Blog <b> - Blog <b> - Blog <b>Makanan di Labuan</b> - Blogger
- Blog <b>Makanan di Labuan</b>: Blog Rasmi Jabatan Muzium Malaysia
- <b> - Blog <b> - Blog <b> - Blog <b>Makanan di Labuan</b> - Blogger
</b> - Blog <b> - Blog <b> - Blog <b>Makanan di Labuan</b> - Blogger Posted: 09 Jun 2014 11:40 AM PDT awal tahun haritu aku sepatutnya kena pegi audit di penang...so dah plan dengan sue, alang-alang ke sana, nak jalan-jalan la lepas tu, suruh dia naik penang sekali...tapi last minute tak jadi, sebab jadual aku tak ngam dengan tarikh company dan lead auditor...so bila bagitau sue, dia pun cakap 'takpela...next time la kita pegi...tapi kena make sure pergi tahun ini juga sebab kita nak kena sokong Tahun Melawat Malaysia 2014!'ewah kemain kan...terus lepas tu menderu-deru idea aku mana tempat-tempat menarik dalam Malaysia ini yang boleh dikunjungi tahun ini...so far tempat-tempat menarik yang terpikir di pikiran aku adalah Melaka, Terengganu, Kedah, Penang, Johor dan Sarawak!dan aku jumpa website VMY2014 yang boleh beri kita idea mana nak diterjah di seluruh Malaysia ini...so apa lagi kawan-kawan, mari sama-sama menyokong Visit Malaysia Year 2014 a.k.a Tahun Melawat Malaysia 2014! so sebagai permulaan bagi tahun 2014 ini, aku telah ke Melaka weekend lepas bersama asie dan irma...sepatutnya kenduri kawin adik dayaho adalah agenda utama kami ke Melaka...tapi bila bincang-bincang, terus kenduri kawin tu jadi agenda kecil sahaja!selebihnya kami ambil kesempatan menjadi tourist di Melaka Bandaraya Bersejarah!ecewah!so pagi sabtu, jam 10.30 pagi irma dan asie datang ambil aku kat rumah dan kitorang gerak menuju ke Melaka...sempat dalam kereta makan cekodok cili api mak aku goreng...pastu tak kenyang lagi, kami singgah breakfast di R&R Seremban pula...kemudian barulah kami meneruskan perjalanan terus ke Kg Solok, Duyong, Melaka...sampai di sana jam 1.15 tengahari!apa lagi, lepas jumpa tuan rumah, jumpa member lain, kami terus ke tempat makan!sedapnya nasi minyak dengan kari daging dan ayam masak merah...siap ada tapai lagi..lepas lepak jap...kami pergi jumpa mak pengantin, dapat door gift dan berkat, pastu sempat ambil gambar di pelamin bersama pengantin!dan kami pun gerak meninggalkan kenduri....sampai di kereta, jam menunjukkan pukul 2 petang...check in time adalah 3 petang...so aku call Bayou Lagoon Park Resort, Bukit Katil nak tahu bilik kami dah ready ke...bila diorang cakap dah ready, terus la pecut ke sana!tak jauh pun dari rumah dayaho...aku dah booking through Agoda penginapan ini..ambil studio room sahaja dengan harga RM200.20...kalo walk in, RM320 tau aku call tanya haritu...sampai je, check in...aku minta extra bed, sekali habis daa...ada big group masuk situ habes semua extra bed...so just tambah RM15 untuk entry water theme park dan RM25 untuk breakfast...untuk seorang je la...sebab 2 orang lagi dah include dalam harga bilik...kalo ambil extra bed dan include 2 items tu, harga dia RM70...selesai urusan check in, terus angkut beg naik bilik...sampai je bilik...wah best...besar...dulu pernah ke sini dengan family, aku ambil apartment 3 bilik...now studio room sahaja sebab 3 orang je pun...tapi tetap cantik dan luas!memang bestlah!siap ada pantry lagi...so then kami just lepak dan siap-siap...sempat layan cerita Ketika Gajah Bertasbih...gitu kan...hehehe jam 4 petang, kami pun bergerak keluar...terus menuju ke Perkampungan Hang Tuah yang terletak di Duyong, Melaka...memang dekat la dengan rumah dayaho tadi...masuk je kawasan ni, akan berjumpa dengan Masjid Jamek Laksamana Hang Tuah yang berwarna kuning di tepi jalan...menurut cerita madsah, laki si dayaho...Perigi Hang Tuah yang sebenarnya terletak dalam masjid ini...di kawasan solat perempuan...tapi dah ditutup la...sebabnya taknak orang datang buat aktiviti puja memuja, khurafat semua tu...sebab tu dia buat replika untuk tujuan pelancongan berhampiran kawasan tu!wallahualam! then kami pun terus menuju ke Perigi Hang Tuah di hujung jalan!tempat yang telah diwartakan sebagai Warisan, di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005!sampai di sini, dah tak ramai orang...terus kami bergambar di kawasan perigi tu...kecil je kawasan dia...ada cerita mengenai sejarah Hang Tuah...pastu perigi siap berlecak sebab budak-budak main air!hehehe so apa lagi, kami pun tak lepas peluang bergambar di Perigi Hang Tuah!seriau juga takut terjatuh!dalam wo....air dia hijau je... di sekeliling kawasan perigi tu terdapat banyak kedai menjual cenderahati...tapi aku tak beli apa la...then sempat ambil gambar di Pusat Kebudayaan kat situ...cantik bangunan dia diperbuat dari kayu...klasik la sangat pada aku...tapi sayangnya tak dibuka untuk orang ramai pun..adik jual air depan tu la yang cakap....tapi adik tu suggest aku pergi Muzium Hang Tuah kat belakang kawasan tu!nampak la atap dia dari kawasan perigi ni...adik tu cakap baru dibuka...pada Ogos 2013!patut laa aku macam tak pernah tahu pun ada tempat ini...so kami terus ke muzium mengikut arah signage...dah alang-alang sampai kan... actually, sebelum sampai kawasan perigi ni kita akan nampak dah signage ke Hang Tuah Centre (HTC) di mana terletaknya Muzium Hang Tuah tu...so sampai je di HTC, kami terus mengambil gambar dari luar pagar...kagum dengan kegahan rekabentuk muzium itu!terus masuk menuju ke kaunter tiket...adik tu cakap pukul 5 ke 5.30 petang muzium akan tutup...tengok jam dah 4.30 petang...so cepat-cepat beli tiket berharga RM5 seorang...dan masuk ke muzium dahulu...masa ini, nothing to expect...bajet macam muzium-muzium lain di Malaysia...bergambar sekejap di hadapan muzium, kami pun terus masuk... masuk je dalam tu, tetiba rasa excited dan kagum!semua pameran di dalam muzium itu telah disuntik dengan elemen interaktif yang sangat menarik!bukan lagi tipikal muzium yang aku tahu dan kenal selama ini!penuh dengan perkara-perkara boring...pelbagai skrin interaktif untuk kita bermain, untuk kita sertai dalam menyelami sejarah berkaitan Hang Tuah!gambar-gambar yang dipamerkan dalam bentuk kartun, dalam bentuk yang sangat menarik!penuh dengan warna-warni! terdapat juga tempat untuk belajar silat menerusi skrin layar yang menarik!siap boleh pakai baju silat lagi...tapi kami tak pakai la...tapi try juga la bersilat mengikut tayangan...memang best!selain itu penggunaan laser, membentuk animasi juga banyak digunakan dalam muzium ini...seperti penerangan mengenai keris, perlawanan antara Hang Tuah dan Hang Jebat...haish menarik!sampai leka dibuatnya! di tengah-tengah muzium itu juga terletaknya Teater Hang Tuah yang menayangkan cerita mengenai Hang Tuah di layar besar!memang seronok layan cerita Hang Tuah dalam bentuk kartun ini..menarik!terdapat juga maklumat mengenai pakaian melayu lama dan menariknya, kita boleh ambil gambar dan super imposed dengan pakaian melayu lama tu!hahahaha walaupun tak berapa menjadi gambarnya, tapi seronok je kami melayan menda-menda macam ni...hehehe wah memang seronok sangat kami berada di sini!sampai sejam berlalu, langsung tak terasa!aku rasa semua muzium di Malaysia perlu secara serius, mentransformasikan tipikal muzium kita ada sekarang ini kepada something yang new dan fresh seperti Muzium Hang Tuah ini...memang tak menyesallah bayar RM5 dan spend masa di sini!sesiapa yang ke Melaka tu, aku cadangkan supaya korang ke muzium ini!sangat berbaloi-baloi! =D kami pun keluar dari muzium dengan gembiranya!sempat bergambar bersama Bang Hang Tuah di luar muzium... lepas puas melihat kisah Hang Tuah di dalam muzium, kami pun berjalan sekitar HTC dan melihat 5 buah rumah yang dinamakan sempena Hang Tuah dan sahabatnya!setiap rumah ada aktiviti tersendiri...ada yang dibuat kedai jual cenderamata....ada juga gazebo untuk anak-anak muda bermain muzik tradisional, ada lapangan untuk bersilat...memang menarik...sepanjang di situ, aku jumpa 2 couples sedang ambil post wedding photoshoot!memang cantik!dan kami pun berjalan kembali untuk ke kereta...sekali di pintu pagar dah ada yang menanti...rupanya dah jam 5.30 petang!haha cepat-cepat kami keluar! lepas tu kami pun mula bergerak menuju ke Pantai Klebang!perjalanan memang bergantung kepada Waze sahaja!memang la Waze ke GPS semua ini membuatkan kita malas berfikir dah!hahaha selama ini aku selalu suka ikut gerak hati je kalo berjalan bawak kereta tu...but now, bergantung 100% kepada Waze!terus sampai di Pantai Klebang...kami singgah membeli belacan, cencalok dan makanan tradisional Melaka di tepi jalan...memang banyak kedai menjual makanan-makanan ini...pilih je mana nak...murah-murah pula tu... dah selesai membeli, kami pun terus menuju ke gerai Klebang Original Coconut Shake...kiranya antara perkara wajib cuba kalau ke Melaka ni...aku dulu iba yang ajar minum sini..masa kami sampai, gerai dah nak tutup...kul 6.30 petang diorang dah tutup rupanya...nasib baik sempat beli sorang satu coconut shake dengan harga RM2.50 sahaja...ermmm memang sedappp....lagi kalo masa panas....dengan aiskrim vanilla....air kelapa...ais....pastu isi kelapa tu dia blend...so memberi rasa kesat-kesat dalam setiap sedutan...sedap.... sambil minum, sambil kami menuju ke Melaka Raya pula...bersebelahan dengan Mahkota Medical Centre!kali ini dengan tujuan mencari Restoran Ee Ji Ban!ada apa di sini?haaa di sinilah tempat kami nak makan chicken rice ball!aku pernah tengok KekNis a.k.a Hanis Zalika makan di sini dalam Mad Market, JJCM pun pernah datang..so harus la terujakan nak ke sini!hehehe dah la susah nak jumpa chicken rice ball yang halal di Melaka....sampai je depan kedai, sangat teruja dah!terus masuk...disebabkan bukan masa makan lagi, tak ramai sangat orang dalam kedai...so kami tengok menu, dan terus order 15 biji chicken rice ball (RM0.30/ball)....1/2 mix chicken (RM24)...ada roasted dan steam...lepas tu order small Nyonya Cili Garam Prawn + Squid (RM21)....tak lama tunggu, makanan pun sampai...siap pekerja situ offer ambilkan gambar kami...then dia ajar cara makan...jangan hancurkan nasi tu..just potong 2, dan makan dengan ayam dan sambal...nyummeh...ayam dia sedap sangat!sambal pun sedap...nasi pun unik...cuma prawn dan squid tu, pada aku kuat sangat belacan dan pedas....so aku tak suka sangat...makan ngan nasi putih ok kot...ni nasi ayam kan, macam kureng seswai kat tekak aku laaa...hehehe so total makan adalah RM53.90...irma yang pemurah belanja kami...Alhamdulillah.... dah kenyang, kami berhajat nak berjalan di sekitar A Famosa dan bangunan-bangunan bersejarah di sekitarnya...walaupun dah mula gelap...tapi bajet ada lampu kan...so kami parking di Mahkota Parade...sebelum menuju ke A Famosa, kami ke toilet dalam Mahkota Parade dulu...selesai urusan, keluar je dari toilet, terus aku ke kedai sling bag kat tepi tu..macam menarik jee...untuk bawak travel...hehehe tengah beli, asie cakap kat depan toilet tu ada kedai Sony!alkisah, malam sebelum ke Melaka, hp aku masuk jamban!hohoho sadis!so pergi ke Melaka tanpa hp bernyawa...so sebelum masuk Mahkota Parade aku ada sebut (main-main je sebenarnya), kalo ada laaa kedai Sony dalam ni, memang aku terus je beli hp!haaaa kau...sekali depan mata!terus pergi usha, harga untuk model A, lebih murah RM300 berbanding di Alamnda!wahh tergoda betul!tapi aku sebenarnya dah lama teringin A1...sama je mahal dengan harga kat Alamada pun..pastu tengok juga model lain...ada ultra, ZR dan lain-lain...last sekali, aku buat keputusan nak beli je!itu pun penat aku justify dengan diri sendiri...sangap takde hp ni kan....hohoho terpaksa laaa....walaupun tetiba aku terbayang harga hp sama dengan pergi beberapa kali Seoul..oh...terus takde mood nak sambung cerita.....hahaha ok la nanti aku sambung lagi dalam next entry ye! #emo |
Blog <b>Makanan di Labuan</b>: Blog Rasmi Jabatan Muzium Malaysia Posted: 30 May 2014 10:24 PM PDT SELAIN televisyen, radio dan internet, muzium antara medium perantaraan popular digunakan sebagai tempat menyimpan sejarah atau saluran maklumat tepat kepada masyarakat. Namun, perubahan masa dan arus kemodenan merentasi zaman menyebabkan sesetengah masyarakat semakin meminggirkan muzium yang dianggap tidak penting dan terpaksa keluar untuk mengunjunginya berbanding teknologi sedia ada yang hanya menggunakan hujung jari sebagai sumber rujukan. Justeru, sebagai alternatif mengajak semula orang ramai mengunjungi muzium, Muzium Negara dengan kerjasama Jabatan Muzium Malaysia Wilayah Labuan mengadakan program Jom Santai bersama media dan Pengusaha Industri Pelancongan Labuan yang diadakan di Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah. Program yang diadakan tiga hari dua malam itu turut disertai Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Abdul Ghaffar Abdul Tambi, Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia, Datuk Ibrahim Ismail dan wakil media. Ia diadakan sebagai langkah mewujudkan semula minat masyarakat mengunjungi muzium yang sememangnya tempat peninggalan dan menyimpan sejarah. Lawatan ke tiga muzium utama di Labuan iaitu Muzium Marin Labuan, Muzium Chimney dan Muzium Labuan selain Muzium Negara memberi pengalaman dan perspektif berbeza mengenai Wilayah Persekutuan Labuan. Sebagai contoh, Muzium Labuan yang kaya dengan sejarah dan kebudayaan. Dilengkapi dengan teknik pameran yang pelbagai dan menggabungkan panel grafik teks dan gambar, kiosk maklumat, persembahan cahaya di samping bunyi, pameran sentuh serta sistem audio visual. Lawatan ke tiga muzium utama di Labuan iaitu Muzium Marin Labuan, Muzium Chimney dan Muzium Labuan selain Muzium Negara memberi pengalaman dan perspektif berbeza mengenai Wilayah Persekutuan Labuan. Sebagai contoh, Muzium Labuan yang kaya dengan sejarah dan kebudayaan. Dilengkapi dengan teknik pameran yang pelbagai dan menggabungkan panel grafik teks dan gambar, kiosk maklumat, persembahan cahaya di samping bunyi, pameran sentuh serta sistem audio visual. Pada awal penubuhannya, kakitangan JMA membabitkan tiga pegawai iaitu kurator merangkap Pengarah, Pembantu Muzium dan Jurufoto. Antara objektif awal penubuhan muzium berkenaan ialah membuat penyelidikan mengenai sejarah Labuan, adat resam, kebudayaan serta flora fauna di perairan Labuan. Menurut Abdul Ghaffar, muzium adalah institusi penting yang berperanan menyebarkan ilmu pengetahuan kepada orang ramai mengenai sejarah, budaya dan alam semula jadi. "Senario kehidupan masyarakat masa kini berbeza dengan dulu. Terlalu banyak pilihan tempat mengisi waktu lapang seperti taman tema, kompleks membeli-belah dan pusat permainan video. "Fenomena ini menjadi cabaran kepada muzium untuk bersaing. Disebabkan faktor itu, usaha konsisten perlu dilaksanakan bagi terus menghidupkan muzium supaya tidak terus sepi di samping memerlukan publisiti. "Program bersama media seperti ini dilihat sebagai wadah kerana secara tidak langsung melalui media, orang ramai akan tahu mengenai kewujudan muzium yang dapat dijadikan tarikan pengunjung," katanya. Selepas tamat di Muzium Labuan, rakan media dibawa pula ke Muzium Marin Labuan yang terletak di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Jalan Tanjung Purun. Menariknya, muzium ini satu-satunya muzium bertemakan hidupan laut yang ada di Malaysia. Ada 14 akuarium dan kolam sentuh yang membolehkan pengunjung merasai pengalaman menyentuh hidupan laut seperti tapak sulaiman, belangkas, siput, udang serta kerang selain lima seksyen dipamerkan mengikut kronologi habitat. Muzium Marin Labuan turut mempamerkan tulang anak ikan paus Indian Fin Whale berusia 110 tahun yang pernah dipamerkan di Muzium Nasional Singapura sebelum dihantar ke Muzium Negara pada 1972. Kumpulan media kemudian dibawa ke Muzium Chimney yang berfungsi sebagai muzium tapak mempamerkan sejarah awal Tanjung Kubong, sejarah perlombongan arang batu sejak 1847 dan sejarah Chimney. Antara yang diceritakan adalah pembinaan Muzium Chimney bermula 25 Januari 1999 dan siap pada 29 Ogos 2000. Reka bentuk bangunan pula bercirikan sekolah zaman kolonial di Labuan manakala kerja konservasi Menara Chimney bermula Ogos 1997 dan siap sepenuhnya pada Oktober 1999 yang dirasmikan Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman pada 26 Oktober 2002. Selain muzium, ada juga menara Chimney yang masih dianggap misteri oleh penduduk setempat kerana fungsinya yang belum diketahui hingga kini serta kerja ekskavasi arkeologi. Menariknya, tiada yuran dikenakan kepada pengunjung untuk memasuki muzium di samping tiada tempoh melawat ditetapkan. Pengunjung turut bebas mendapatkan maklumat di samping layanan baik daripada pegawai yang ditugaskan memberi bantuan jika diperlukan. Sementara itu, Ibrahim berharap penyertaan media dalam mempromosikan aktiviti muzium dapat menyalurkan maklumat berguna kepada masyarakat mengenai kepentingan muzium. "Kita sangat menghargai media yang mengikuti program kali ini kerana peranan mereka bukan saja paling penting, malah sebagai sumber rujukan masyarakat tidak kira sama ada media elektronik mahupun media cetak. "Diharap program seperti ini dapat membantu menarik semula orang ramai supaya lebih kerap mengunjungi muzium bersama keluarga kerana banyak sejarah dan maklumat berguna perlu diterapkan kepada anak muda yang semakin kurang mengunjungi muzium," katanya sewaktu ditemui media selepas tamat program. Dalam masa sama, Jabatan Muzium Malaysia akan mengadakan pameran sepanjang tahun ini seperti pameran Orang Asli di Muzium Negara, pameran mamalia Malaysia di Muzium Alam Semula Jadi Putrajaya, pameran Koleksi Lukisan Cina di Galeria Perdana dan beberapa pameran lain. |
<b> - Blog <b> - Blog <b> - Blog <b>Makanan di Labuan</b> - Blogger Posted: 24 May 2014 04:20 PM PDT Pin.. Pin.. bunyi hon sudah kedengaran, perlahan-lahan aku selak langsir bilik. Dari jendela kaca, kereta Victor tersapa di ruang mata. Tanpa berlengah lagi, aku kembali menancap cermin lalu tudung yang senget ku perkemaskan, dan hujung fabrik kapas itu, ku pin ke kanan bahu. Puas hati dengan penampilan diri, beg tangan ku gapai dan kaki ku hayun keluar dari kamar. Sejurus mendekati muka pintu, sandal ku dapatkan dan daun pintu ku luaskan. "Sya, malam ni aku keluar kejap! Mungkin balik lambat. Apa-apa hal, call je aku okey." Pesan ku pada Syani yang sedang menonton tv. "Okey, Rina! Kau keluar dengan siapa?" Syani di atas sofa bertanya sambil anak mata masih tidak lepas memerhatikan kaca tv. "Dengan kawan aku! Aku pergi dulu tau!" "Iyalah, jaga diri!" sahutnya ringkas. "Okey Syani. Insyallah, bye!" "Bye, Rina!" Lalu daun pintu ku rapatkan semula. Sandal ku sarung dan kaki ku hayun mendekati pintu pagar. Victor sedang bersandar ke keretanya. "Hai Karina," ucapnya menyambut kedatangan aku. "Hai Victor," balas ku sambil memandang penampilannya yang agak formal! "Nak kemana? Ke.. you dari office?" soal ku hairan. "Err. Ha'a I dari office tadi!" gumamnya kedengaran teragak-agak sahaja nadanya. "Eh, masuklah!" Victor kelam kabut menuju ke pintu kereta di sebelah kiri. Dibuka dan dipersilakan aku masuk ke dalamnya. Aku hanya menurut tanpa banyak kata. "Terima kasih bukakan dan tutupkan pintu kereta untuk I." Ucap ku terharu dengan hati yang sudah kembang setaman. Pertama kali dilayani seperti ratu. Along kata, kalau mahu menjadi ratu, biarkan kita dilayani sebagai ratu. Ya, ketika ini aku persis ratu. Ah, seronoknya! "Small matter, Karina." Sahut Victor tenang mengundur kereta. Sesekali dia kerling aku yang hanya mengenakan jeans hitam dan juga jaket denim. "So, kita nak makan di mana?" soal ku sambil memandang ke tengah jalan raya. Tak banyak kereta. "You nak makan apa, dan di mana? I ikut saja," lelaki itu memberi kesempatan untuk aku memilih lokasi makan malam kami. Aku yang tidak cerewet, segera membalas ringkas. "Apa-apa pun boleh, kedai mamak pun okey!" balas ku bersahaja. Namun nada jawapan Victor, kedengaran tidak berapa mempersetujuinya. "Kedai mamak?" Victor menyoal persis dia tidak pernah kenal apa itu kedai mamak. Apa yang peliknya dengan kedai mamak? Kedai yang beroperasi 24 jam itu! "Yes, kedai mamak!" Ulang ku meyakinkan dirinya. "Errr... kita ke tempat lainlah. Boleh kan?" Victor menyoal persetujuan aku. Aku pandang dia, dia pandang aku. "Boleh eh," pintanya dengan riak yang penuh mengharap dan aku akhirnya mengangguk juga. "Bolehlah, I tak kisah." Aju ku mententeramkan dia yang mungkin bosan untuk ke kedai mamak. Kereta terus dipecut membelah lebuhraya menuju ke satu destinasi yang tidak ku ketahui dimana lokasinya. Namun setibanya aku dikawasan meletak kenderaan itu, mata ku terpaku dengan kilauan lampu yang bergemerlapan. Cantik! "You boleh makan masakan cina?" soal Victor sebaik sahaja enjin kereta dimatikan. Aku menoleh ke arahnya, lelaki itu sedang menanggalkan tali pinggang keselamatan sebelum memandang ku sekilas. Dia tersenyum lagi. "I harap, you boleh terima masakan cina." Ajunya tenang. Aku hanya tersenyum lalu melafazkan sesuatu yang Victor harus tahu. "Victor, I boleh makan apa sahaja kecuali makanan pelik-pelik." Balas ku tersenyum nipis. "Baguslah, senanglah I gemukkan you nanti." gumamnya perlahan. "I tak mahu gemuk, nanti susah nak kurus tau." Sengih ku sudah tidak terbendung. "Iya, semua perempuan takut gemuk. I faham," ucap Victor tersenyum hingga menampakkan barisan giginya yang tersusun cantik. "Mestilah, produk menguruskan badan agak mahal tau. Rugi duit!" Ucap ku sambil menolak pintu kereta dari dalam. Victor pula tergesa-gesa keluar, pasti mahu membukakan pintu kereta untuk ku. Ah, tak payahlah! Mengada-ngada pula rasanya! "Baru nak bukakan pintu untuk you." gumam lelaki itu sebaik sahaja aku sudah menutup kembali pintu kereta. "Tak perlulah, Victor. I rasa terlalu gedik bila dilayan macam tu." Terang ku seikhlas hati. "Bukan ke semua perempuan suka dilayan macam tu?" Dahi lelaki itu berkerut lagi. Sah, dia telah dimomokkan cerita fairy tale. "Taklah, siapa cakap?" "Perempuan sukakan lelaki romantis? It is right?" Dia menyoal lagi dan aku menganguk sekali. "Memanglah, tapi romantis itu diharapkan dari pasangannya. Dari orang yang disayangi dan dicintai." Gumam ku menjawab pertanyaan Victor dengan sejelas-jelasnya. "Oh begitu," suara Victor perlahan namun aku lihat dia sembunyi senyum. Tak tahu kenapa dengan reaksi dia tu. "So, jomlah kita masuk." Pelawanya sambil menghulur tangan. Aku mendiamkan diri dan hanya memerhatikan tapak tangan yang halus mulus itu silih berganti dengan wajahnya. Aku harap Victor faham tentang adab-adab pergaulan. Aku tidak boleh bersentuhan dengan lelaki ajnabi. Lelaki yang bukan suami ku dan bukan juga mahramku. "Oppps... so sorry Karina. I terlupa lagi," ucapnya bersungguh-sungguh. Aku lihat dia urut dahinya, seolah-olah merasa cukup bersalah terhadap tindakannya. "It is okay Victor. Small matter," ujar ku mententeramkan dia yang dipagut rasa kesal. "Thanks Karina. Sorry, I betul-betul terlupa." "Takpe, I tak kisah, I faham!" Aku tahu dia tidak sedar akan hal itu. Victor bukan muslim, sudah tentulah dia terbiasa dengan cara yang sebegitu. Cuma aku yang muslim ini, haruslah beringat berjaga-jaga. "Come," serunya dan aku menurut. Kami melangkah masuk ke dalam restoran Cina Muslim. Pertama kali aku ke sini, dan pertama kali jugalah aku merasa masakan cina. "I harap you boleh makan masakan cina." Victor bersuara sebaik sahaja pesanan dibuat. "I cuba, Insyallah boleh. Kawan saya kata, masakan cina agak sedap." Ucap ku membuatkan Victor tersenyum panjang. Aku harus mempelajari budaya dan adat resam Victor andai aku mahu terus bersahabat dengannya. Jika dia boleh menikmati masakan melayu, kenapa tidak aku juga mencuba masakan bangsanya pula. Asalkan halal, itu sudah memadai. Ketika kami berbual, menu yang dipesan tiba. Satu persatu piring dan pinggan disusun di atas meja makan ku. Bulat mataku melihat pelbagai aneka warna. Mengiurkan! "Takut?" soal Victor saat melihat reaksi aku ketika ini. Aku angkat wajah menancap raut wajahnya. Kurang jelas dengan apa yang diperkatakannya seketika tadi. "Jangan risau, tak ada unsur 'haiwan comel' dalam menu ni!" gumamnya menerangkan bahawa tiada anasir-anasir tidak halal di dalam menu yang dipesan. Dengan makna lain, haiwan comel yang dimaksudkan adalah khinzir. Maaf, aku susah untuk menyebut nama haiwan itu, walau hakikat sebenar, ia langsung tidak bersalah dalam isu ini. Apatah lagi, khinzir adalah makhluk Tuhan juga! Dia layak dihormati tapi tetap haram dimakan kecuali ketika dalam keadaan darurat. Dimana, tiada makanan halal yang boleh dimakan lagi. Walaubagaimanapun, kelonggaran itu diberi atas dasar mengalas perut sehingga makanan halal betul-betul ditemui. "Don't worry Karina, semuanya halal!" Victor menyakinkan diriku. Tatkala ini, aku merasa sedikit keliru. Sejujurnya, aku sudah tidak sabar untuk menikmatinya, namun Victor yang melihat reaksi aku berfikir sebaliknya. Pasti dia memikirkan aku takut untuk menjamah! "Eh, I okey. I tak sabar nak makan!" Luah ku memperjelaskan kekeliruan sebentar tadi. "Really?" Dia teruja. "Yes, of course!" "I ingatkan, you takut nak makan! Muka you nampak macam orang takut-takut!" Ada tawa yang mengiringi bicaranya. "Eh, taklah! First time, mestilah I teruja! Bukan takut!" Nafiku ringkas. "Good girl! Okay, let's eat!" "Okey, jom!" "Tapi sebelum makan, biar I perkenalkan you dengan beberapa menu yang I suka. You pun mesti suka." Menu-menu yang dipesan kami perhatikan bersama-sama. "This is Baby Kailan Sos Tiram, Black Paper Ginger, Butter Prawn, and Chicken Lemon. You boleh try, I harap you suka." Ujar Victor lagi. "I tengok pun sudah menyelerakan, kalau rasa mesti tidak mengecewakan. So, jomlah makan! I tak sabar ni, Victor." Aju ku disambut senyuman lelaki itu dah akhirnya kami menjamu selera buat pertama kalinya semenjak kenal sebulan lepas. Sambil menikmati makan malam bersama, Victor tidak jemu-jemu menceritakan sedikit sebanyak susur galur keturunannya. Dari apa yang aku dengar, ibu Victor berasal daripada Filipina. Manakala, bapanya pula orang Malaysia yang berketurunan cina. Namun, dia dibesarkan oleh neneknya setelah kematian kedua ibu bapanya akibat kemalangan jalan raya 15 tahun yang lepas. Daripada apa yang diceritakan juga, Victor tidak memeliki saudara-maranya yang lain. Hanya di Filipina sahaja, keturunan disebelah ibunya yang masih ada. Namun hubungan mereka tidak begitu rapat kerana jarang-jarang bertemu. Kata Victor lagi, dia mewarisi perniagaan yang diusahakan sekarang adalah daripada nenek dan datuknya. Semenjak kecil lagi sudah didedahkan dengan dunia perniagaan dan sering kali juga dibawa menghadiri seminar, mesyuarat dan juga aktiviti luar syarikat. Oleh kerana sering kali terlibat secara tidak langsung, akhirnya minat meniaga itu muncul tanpa sedar. Dan kini, dia sudah bergelar CEO Dimension Holding Berhad. Cukup membanggakan! "Dah banyak cerita tentang I, you pula bagaimana?" Sambil menikmati jus buah, lelaki itu menyoal diri ku pula. "I?" aku unjuk diri sendiri dan Victor membalas dengan anggukan. "I anak bongsu dari dua orang adik beradik. I ada abang, yang tumbuk you hari tu. Ingat lagi tak?" soal ku padanya dan Victor terus sahaja ketawa kecil. Mestilah ingat, tak fasal-fasal ditumbuk along. Tragis sungguh! "Okey teruskan," gumamnya lagi. "I masih ada ayah dan masih ada ibu. Ayah I merupakan askar pencen, dan ibu I pula surirumah sepenuh masa. Mereka tinggal di Ipoh. Sebulan sekali, I akan balik melawat mereka. You nak ikut?" soal ku tiba-tiba. "Ikut you? Ulangnya semula sambil berfikir-fikir. "Yes, balik kampung I!" tawarku lagi. "Boleh juga, tapi you kenalah beritahu pada I awal-awal. Senang nak atur jadual, taklah bertcanggah nanti!" Terangnya lagi. "Okey, Insyallah nanti I aturkan. Oh ya, siang tadi you kata nak beritahu I sesuatu. Tentang apa ya?" Kerana teringatkan bicara Victor siang tadi, aku segera melepaskan pertanyaan kepadanya. "Actually, I cuma mahu.... Bripp.. Bripp... telefon bimbit ku bergetar dan aku segera memberi isyarat untuk menjawab panggilan. "Kejap tau!" gumam ku pdanya dan dia terus sahaja membalas dengan mengerdipkan matanya. "Hello Waalaikumusalam ayah. Rina sihat!" jawab ku pada pertanyaan ayah. Tiba-tiba sahaja ayah telefon aku, bagaikan ada perkara yang mustahak saja. "Balik? Bila?" soal ku bila ayah meminta aku pulang ke kampung. "Hujung minggu ni? Untuk apa yah?" aku masih tidak tahu tujuan apa ayah memanggil aku pulang. Sedangkan, minggu lepas barau sahaja aku pulang melawat mereka. "Ada orang masuk meminang!" Ulangku hampir terjerit. Victor yang masih berada di hadapan mata, ku pandang tanpa berkelip. Tetapi fokus ku masih pada panggilan yang masih berlangsung. "Okey Yah, nanti Rina balik." Aju ku lemah longlai. "Okey.. Okey, walaikumusalam." Sahut ku membalas ucapan salam ayah sebelum talian ditamatkan. Victor ku pandang dan dirinya ku renung dengan riak sedih. "Why? Anything happend?" soalnya serius. "Ayah I kata, ada orang masuk meminang hujung minggu ni. I kena balik," gumam ku tiba-tiba dipagut rasa sebak. Tak tahu kenapa. "Baliklah, mana tahu you pun sukakan lelaki tu?" Itu jawapan Victor yang membuatkan kesedihan ku bertambah-tambah. Bukan nak halang ke apa, dia galakkan lagi adalah! "I belum bersedia, dan kalau boleh I mahu pilih calon suami sendiri." Tukas ku menerangkan duduk perkara sebenar. "Tapi, you kena balik. Kalau you tak setuju, just tolak pinangan dia. Kalau seseorang masuk meminang, tak semestinya you harus terima! Pinangan lelaki tu, bukan pinangan mandatori yang you wajib terima. You boleh tolak, atau kalau you suka you boleh terima." Victor memberi pandangan. Kali ini dia kelihatan bertegas namun masih ada karismanya. Masih budiman pada pandangan mataku. "Betul juga kata you tu, tapi kalau I tak ada boyfriend pasti ayah I paksa terima pilihannya." Aku sudah bimbang mengenangkan masa hadapan sendiri. Hidup di sisi insan yang tak pernah dikenali. "You perlukan bantuan?" Victor menyoal dan aku bungkam seketika. Tidak lama kemudian, idea gila ku muncul dengan tiba-tiba. Aku harus membawa Victor pulang dan meminta agar dirinya berlakon sebagai kekasih aku. "Victor, you boleh tolong I?" soal ku berhati-hati. "Tolong you?" dia ulang semula dan aku mengangguk laju. "Tolong apa?" "Tolong jadi boyfriend I buat sementara waktu." "Jadi boyfriend you? Berapa lama?" "Dua hari sepanjang di rumah parents I nanti." "Quite good! Bila boleh mula?" Laju sahaja Victor bersetuju. "Hujung minggu ni, tapi you kena ikut I balik ke kampung dan identiti you kena tukar. Boleh tak?" aku menyoal kesudiannya lagi. "Boleh, apa-apa pun I sanggup demi you!" Ujar dia sudah ketawa mengusik. "Thanks Victor, susah jumpa lelaki sebaik you. Sudi tolong I dalam apa jua keadaan!" "Okey, apa nama melayu I sepanjang menjadi kekasih you nanti?" Victor sudah berfikir jauh ke hadapan. Aku diam sejenak, memikirkan nama yang baik-baik untuk Victor. "Ha, I dah jumpa!" ujar ku dengan hati gembira. "Hurm?" Victor meminta agar aku meneruskan bicara. "Hanan!" "Maksudnya?" "Kesayangan, kecintaan, rezeki dan berkah!" ucap ku untuk makna disebalik sepatah nama. "Wahh.. not bad! So lepas ni, you panggil I Hanan, ya?" Victor kelihatan teruja. "Kalau boleh, begitulah." Jawab ku bersama senyuman. Senyum kerana segala-galanya ada pada diri Victor. Dia seorang yang penyayang, penuh dengan rasa cinta dan rezeki, cuma hanya memerlukan berkah untuk menyinari hidupnya kelak. Moga suatu hari nanti, terbuka hati itu untuk menerima cahaya Islam pada dirinya. kepada yg mahu dapatkan Plaster Cinta Untuk Bos.. boleh Pm nama , alamat & no telefon kepada alamat email saya. ahn3914@gmail.com pesanan: Assalammualaikum. n salam sejahtera. terima kasih sudi baca Yang Budiman bab 4. Saya langkau dan masukkan bab 3 di blog. Bab 1 & 2, xde ya :) |
You are subscribed to email updates from Makanan tradisional di Labuan - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment