Sunday, 7 September 2014

Blog Makanan di Labuan: La-TaHZaN: KL - Labuan - KK - Blog ... - Blog Makanan di Labuan

Blog <b>Makanan di Labuan</b>: La-TaHZaN: KL - <b>Labuan</b> - KK - Blog <b>...</b> - Blog Makanan di Labuan


Blog <b>Makanan di Labuan</b>: La-TaHZaN: KL - <b>Labuan</b> - KK - Blog <b>...</b>

Posted: 18 Mar 2014 11:34 AM PDT

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Rasanya sudah banyak pos mengenai jalan jalan ke luar Negara, dan pos kali ini saya membawa anda nun jauh ke Kelantan…Kalau naik kenderaan seperti bas, kereta memakan masa 8 jam daripada Kuala Lumpur, tapi hanya 45minit sahaja menggunakan pesawat Mas, Air Asia atau Firefly. Banyak orang mengaitkan Kelantan dengan makanan yang pelik, manis dan "sedap/best". Ya, memang kebanyakan makanan orang Kelantan pelik, manis dan sedap (mengikut selera saya). Mungkin ini dipengaruhi oleh factor kedudukannya yang berjiran dengan Thailand…dan juga factor kekreatifan orang Kelantan.

Kuih Muih

Kalau ke Kelantan dan tak singgah di Pasar Siti Khadijah memang tak sah. Dan saya setiap kali balik Kelantan memang akan ke pasar ini. Sebabnya ingin membeli aneka kuih muih. Disini anda boleh juga membeli pelbagai jenis kuih muih yang berbagai bentuk dan warna. Kuih Badak, Kuih Lompat Tikam, Kuih Serabe (Serabai), Kuih Mulong (buah Melaka), Tepong Boko (Talam Santan), Nekbat, Akok kedut (paling sedap), akak pandan, ambon, mihun talam, pulut manis, pulut bakar, Kuih Katon, Buah Tanjong, Tahi Itik, Pulut Seri Kaya, Cik Mek, aneka nasi bungkus dan lain-lain. Memang rasa nak beli semua…huhu..dan harganya adalah bermula daripada 50sen hingga RM2 sahaja…tiada yang lebih daripada harga tersebut. Murah bukan? Dan peniaga nya adalah semua wanita yang akan memulakan perniagaan seawal 8 pagi…jika dah petang macam tu banyak kuih dah habis…

Laksa dan Laksam,

Laksa Kelantan mungkin sedikit berbeza dengan laksa negeri lain…iaitu kuahnya pekat, bersantan, dan bahan utama ikan selayang…dan ianya dimakan dengan laksa khas Kelantan..laksa beras…Dan harga sekilo laksa Cuma RM2-RM3 sahaja. Ada kilang yang membuat laksa dan laksam ini di Beris Bachok. Ianya dimakan dengan belacan, sedikit garam, dan ulam-ulaman seperti bunga kantan, daun kesum, timun, kacang panjang dan daun serai pokok (bukan serai lemongrass yer). Memang sedap menjilat jari dan yang paling saya suka ialah Laksa Maheran Tingkat 1, Pasar Siti Khadijah. Dan laksa ini juga dijadikan hidangan untuk kenduri menyambut menantu, kenduri sambut YB,…dan lain-lain. Manakala  laksam pulak boleh juga dibuat sendiri selain dibeli, iaitu batter yang dikukus, digulung, sejukkan dan dipotong menggunakan gunting..Memang wallah..dan jangan tak tahu laksa dan laksam makanan orang Kelantan tak kira untuk sarapan, minum petang atau makan malam.

Nasi kerabu

Sebut nasi kerabu siapa tak kenal kan..semua kenal terutama rakyat Kelantan yang sebati dengan nasi kerabu sejak kecil. Nasi kerabu juga boleh dimakan tak kira untuk sarapan, lunch atau dinner…memang boleh masuk. Dan nasi kerabu ada pelbagai jenis iaitu nasi kerabu tumis (biru atau kuning), nasi kerabu hitam (tanpa tumis, tapi warnanya biru) dan nasi kerabu siam (banyak cili). Dan dikelantan sememangnya rakyatnya suka makan nasik…nasik dan nasik…jesteru itu setiap 400 meter anda akan temui banyak gerai menjual nasi bungkus untuk sarapan pagi…di pondok2 kecil atau gerai kecil. Harga sebungkus nasi kerabu ialah bermula daripada RM1 hingga RM6 iaitu yang pakej cukup seperti ayam goreng panas, solok lada sebiji, sebiji bawang putih jeruk, kerepok goreng, dan bumbu pelengkapnya. Dan ianya dibungkus dengan kertas berwarna perang tu, sebab bungkus dengan polisterin tak "kick".

Nasi Berlauk

Di Kelantan juga anda akan dihidangkan atau boleh membeli nasi berlauk pagi yang dijual di tepi jalan atau di warung kopi. Nasi berlauk memang kegemaran saya…memang boleh menambah tau terutama jika lauk ikan aye gulai lemak kuning..huhuhu…Selain itu ada juga lauk lain seperti gulai ayam, gulai serati. Di sini juga terdapat nasi Kak Wok, Nasi Tumpang dan Nasi Paku…jangan terkejut kerana nasik bungkus tidak disematkan getah urat tapi disematkan paku….Ya…"real nail" yang buat rumah tu…

Nasi Kukus

Ni satu lagi nasi yang boleh menghilang niat diet..nasi kukus ialah sejenis nasi menggunakan beras siam dan dikukus..tidak ditanak yer..dan dihidangkan bersama ayam goreng berempah panas-panas, kuah kari dan sambal belacan serta 2 hiris timun. Tadaa…memang sedap. Banyak restoran nasi kukus yang terkenal di Kelantan seperti Nasi Kukus Zeeman dan Nasi Kukus Rizal.

Nasi Ulam

Nasi kampong yang dihidangkan bersama ikan singgang, ikan keli goreng, ikan keli gulai daun kesom, budu dan pelbagai ulam-ulaman seperti pegaga, timun, selom, daun serai, terung rebus, dan dll. Memang fuhh…sedap…Alhamdulilah.

Colek

Colek memang terkenal dan makin menjadi-jadi di bulan Ramadhan..biasanya restoran atau warung yang menjual colek akan dipenuhi warga masjid yang pulang terawih dan berlanjutan ke pagi..atau sehingga colek habis…siapa cepat dia dapat. Colek ialah makanan sepeti seafood yang digoreng dan dimakan bersama ayam bakar , sos cili dan timun serta salad.

Rasanya itu sahaja…Melanconglah di dalam Negara, semua ada disini…tapi ingat makan jangan berlebihan…


Cheers,

Zia Anis

Continue reading →

Saturday, 6 September 2014

</b> - Blog <b> - Blog <b> - Blog <b>Makanan di Labuan</b> - Blog Makanan di Labuan

</b> - Blog <b> - Blog <b> - Blog <b>Makanan di Labuan</b> - Blog Makanan di Labuan


</b> - Blog <b> - Blog <b> - Blog <b>Makanan di Labuan</b>

Posted: 19 Aug 2014 03:42 PM PDT

Pin.. Pin.. bunyi hon sudah kedengaran, perlahan-lahan aku selak langsir bilik. Dari jendela kaca, kereta Victor tersapa di ruang mata. Tanpa berlengah lagi, aku kembali menancap cermin lalu tudung yang senget ku perkemaskan, dan hujung fabrik kapas itu, ku pin ke kanan bahu. Puas hati dengan penampilan diri, beg tangan ku gapai dan kaki ku hayun keluar dari kamar. Sejurus mendekati muka pintu, sandal ku dapatkan dan daun pintu ku luaskan.

"Sya, malam ni aku keluar kejap! Mungkin balik lambat. Apa-apa hal, call je aku okey." Pesan ku pada Syani yang sedang menonton tv.

"Okey, Rina! Kau keluar dengan siapa?" Syani di atas sofa bertanya sambil anak mata masih tidak lepas memerhatikan kaca tv.

"Dengan kawan aku! Aku pergi dulu tau!"

"Iyalah, jaga diri!" sahutnya ringkas.

"Okey Syani. Insyallah, bye!"

"Bye, Rina!" Lalu daun pintu ku rapatkan semula. Sandal ku sarung dan kaki ku hayun mendekati pintu pagar. Victor sedang bersandar ke keretanya.

"Hai Karina," ucapnya menyambut kedatangan aku.

"Hai Victor," balas ku sambil memandang penampilannya yang agak formal!

"Nak kemana? Ke.. you dari office?" soal ku hairan.

"Err. Ha'a I dari office tadi!" gumamnya kedengaran teragak-agak sahaja nadanya.

"Eh, masuklah!" Victor kelam kabut menuju ke pintu kereta di sebelah kiri. Dibuka dan dipersilakan aku masuk ke dalamnya. Aku hanya menurut tanpa banyak kata.

"Terima kasih bukakan dan tutupkan pintu kereta untuk I." Ucap ku terharu dengan hati yang sudah kembang setaman. Pertama kali dilayani seperti ratu. Along kata, kalau mahu menjadi ratu, biarkan kita dilayani sebagai ratu. Ya, ketika ini aku persis ratu. Ah, seronoknya!

"Small matter, Karina." Sahut Victor tenang mengundur kereta. Sesekali dia kerling aku yang hanya mengenakan jeans hitam dan juga jaket denim.

"So, kita nak makan di mana?" soal ku sambil memandang ke tengah jalan raya. Tak banyak kereta.

"You nak makan apa, dan di mana? I ikut saja," lelaki itu memberi kesempatan untuk aku memilih lokasi makan malam kami. Aku yang tidak cerewet, segera membalas ringkas.

"Apa-apa pun boleh, kedai mamak pun okey!" balas ku bersahaja. Namun nada jawapan Victor, kedengaran tidak berapa mempersetujuinya.

"Kedai mamak?" Victor menyoal persis dia tidak pernah kenal apa itu kedai mamak. Apa yang peliknya dengan kedai mamak? Kedai yang beroperasi 24 jam itu!

"Yes, kedai mamak!" Ulang ku meyakinkan dirinya.

"Errr... kita ke tempat lainlah. Boleh kan?" Victor menyoal persetujuan aku. Aku pandang dia, dia pandang aku.

"Boleh eh," pintanya dengan riak yang penuh mengharap dan aku akhirnya mengangguk juga.

"Bolehlah, I tak kisah." Aju ku mententeramkan dia yang mungkin bosan untuk ke kedai mamak.

Kereta terus dipecut membelah lebuhraya menuju ke satu destinasi yang tidak ku ketahui dimana lokasinya. Namun setibanya aku dikawasan meletak kenderaan itu, mata ku terpaku dengan kilauan lampu yang bergemerlapan. Cantik!

"You  boleh makan masakan cina?" soal Victor sebaik sahaja enjin kereta dimatikan. Aku menoleh ke arahnya, lelaki itu sedang menanggalkan tali pinggang keselamatan sebelum memandang ku sekilas. Dia tersenyum lagi.

"I harap, you boleh terima masakan cina." Ajunya tenang.

Aku hanya tersenyum lalu melafazkan sesuatu yang Victor harus tahu.

"Victor, I boleh makan apa sahaja kecuali makanan pelik-pelik." Balas ku tersenyum nipis.

"Baguslah, senanglah I gemukkan you nanti." gumamnya perlahan.

"I tak mahu gemuk, nanti susah nak kurus tau." Sengih ku sudah tidak terbendung.

"Iya, semua perempuan takut gemuk. I faham," ucap Victor tersenyum hingga menampakkan barisan giginya yang tersusun cantik.

"Mestilah, produk menguruskan badan agak mahal tau. Rugi duit!" Ucap ku sambil menolak pintu kereta dari dalam. Victor pula tergesa-gesa keluar, pasti mahu membukakan pintu kereta untuk ku. Ah, tak payahlah! Mengada-ngada pula rasanya!

"Baru nak bukakan pintu untuk you." gumam lelaki itu sebaik sahaja aku sudah menutup kembali pintu kereta.

"Tak perlulah, Victor. I rasa terlalu gedik bila dilayan macam tu." Terang ku seikhlas hati.

"Bukan ke semua perempuan suka dilayan macam tu?" Dahi lelaki itu berkerut lagi. Sah, dia telah dimomokkan cerita fairy tale.

"Taklah, siapa cakap?"

"Perempuan sukakan lelaki romantis? It is right?" Dia menyoal lagi dan aku menganguk sekali.

"Memanglah, tapi romantis itu diharapkan dari pasangannya. Dari orang yang disayangi dan dicintai." Gumam ku menjawab pertanyaan Victor dengan sejelas-jelasnya.

"Oh begitu," suara Victor perlahan namun aku lihat dia sembunyi senyum. Tak tahu kenapa dengan reaksi dia tu.

"So, jomlah kita masuk." Pelawanya sambil menghulur tangan. Aku mendiamkan diri dan hanya memerhatikan tapak tangan yang halus mulus itu silih berganti dengan wajahnya. Aku harap Victor faham tentang adab-adab pergaulan. Aku tidak boleh bersentuhan dengan lelaki ajnabi. Lelaki yang bukan suami ku dan bukan juga mahramku.

"Oppps... so sorry Karina. I terlupa lagi," ucapnya bersungguh-sungguh. Aku lihat dia urut dahinya, seolah-olah merasa cukup bersalah terhadap tindakannya.

"It is okay Victor. Small matter," ujar ku mententeramkan dia yang dipagut rasa kesal.

"Thanks Karina. Sorry, I betul-betul terlupa."

"Takpe, I tak kisah, I faham!" Aku tahu dia tidak sedar akan hal itu. Victor bukan muslim, sudah tentulah dia terbiasa dengan cara yang sebegitu. Cuma aku yang muslim ini, haruslah beringat berjaga-jaga.

"Come," serunya dan aku menurut.

Kami melangkah masuk ke dalam restoran Cina Muslim. Pertama kali aku ke sini, dan pertama kali jugalah aku merasa masakan cina.

"I harap you boleh makan masakan cina." Victor bersuara sebaik sahaja pesanan dibuat.

"I cuba, Insyallah boleh. Kawan saya kata, masakan cina agak sedap." Ucap ku membuatkan Victor tersenyum panjang. Aku harus mempelajari budaya dan adat resam Victor andai aku mahu terus bersahabat dengannya. Jika dia boleh menikmati masakan melayu, kenapa tidak aku juga mencuba masakan bangsanya pula. Asalkan halal, itu sudah memadai.

Ketika kami berbual, menu yang dipesan tiba. Satu persatu piring dan pinggan disusun di atas meja makan ku. Bulat mataku melihat pelbagai aneka warna. Mengiurkan!

"Takut?" soal Victor saat melihat reaksi aku ketika ini. Aku angkat wajah menancap raut wajahnya. Kurang jelas dengan apa yang diperkatakannya seketika tadi.

"Jangan risau, tak ada unsur 'haiwan comel' dalam menu ni!" gumamnya menerangkan bahawa tiada anasir-anasir tidak halal di dalam menu yang dipesan. Dengan makna lain, haiwan comel yang dimaksudkan adalah khinzir. Maaf, aku susah untuk menyebut nama haiwan itu, walau hakikat sebenar, ia langsung tidak bersalah dalam isu ini. Apatah lagi, khinzir adalah makhluk Tuhan juga! Dia layak dihormati tapi tetap haram dimakan kecuali ketika dalam keadaan darurat. Dimana, tiada makanan halal yang boleh dimakan lagi. Walaubagaimanapun, kelonggaran itu diberi atas dasar mengalas perut sehingga makanan halal betul-betul ditemui.

"Don't worry Karina, semuanya halal!" Victor menyakinkan diriku. Tatkala ini, aku merasa sedikit keliru. Sejujurnya, aku sudah tidak sabar untuk menikmatinya, namun Victor yang melihat reaksi aku berfikir sebaliknya. Pasti dia memikirkan aku takut untuk menjamah!

"Eh, I okey. I tak sabar nak makan!" Luah ku memperjelaskan kekeliruan sebentar tadi.

"Really?" Dia teruja.

"Yes, of course!"

"I ingatkan, you takut nak makan! Muka you nampak macam orang takut-takut!" Ada tawa yang mengiringi bicaranya.

"Eh, taklah! First time, mestilah I teruja! Bukan takut!" Nafiku ringkas.

"Good girl! Okay, let's eat!"

"Okey, jom!"

"Tapi sebelum makan, biar I perkenalkan you dengan beberapa menu yang I suka. You pun mesti suka." Menu-menu yang dipesan kami perhatikan bersama-sama.

"This is Baby Kailan Sos Tiram, Black Paper Ginger, Butter Prawn, and Chicken Lemon. You boleh try, I harap you suka." Ujar Victor lagi.

"I tengok pun sudah menyelerakan, kalau rasa mesti tidak mengecewakan. So, jomlah makan! I tak sabar ni, Victor." Aju ku disambut senyuman lelaki itu dah akhirnya kami menjamu selera buat pertama kalinya semenjak kenal sebulan lepas.

Sambil menikmati makan malam bersama, Victor tidak jemu-jemu menceritakan sedikit sebanyak susur galur keturunannya. Dari apa yang aku dengar, ibu Victor berasal daripada Filipina. Manakala, bapanya pula orang Malaysia yang berketurunan cina.  Namun, dia dibesarkan oleh neneknya setelah kematian kedua ibu bapanya akibat kemalangan jalan raya 15 tahun yang lepas.

Daripada apa yang diceritakan juga, Victor tidak memeliki saudara-maranya yang lain. Hanya di Filipina sahaja, keturunan disebelah ibunya yang masih ada. Namun hubungan mereka tidak begitu rapat kerana jarang-jarang bertemu.

Kata Victor lagi, dia mewarisi perniagaan yang diusahakan sekarang adalah daripada nenek dan datuknya. Semenjak kecil lagi sudah didedahkan dengan dunia perniagaan dan sering kali juga dibawa menghadiri seminar, mesyuarat dan juga aktiviti luar syarikat. Oleh kerana sering kali terlibat secara tidak langsung, akhirnya minat meniaga itu muncul tanpa sedar. Dan kini, dia sudah bergelar CEO Dimension Holding Berhad. Cukup membanggakan!

"Dah banyak cerita tentang I, you pula bagaimana?" Sambil menikmati jus buah, lelaki itu menyoal diri ku pula.

"I?" aku unjuk diri sendiri dan Victor membalas dengan anggukan.

"I anak bongsu dari dua orang adik beradik. I ada abang, yang tumbuk you hari tu. Ingat lagi tak?" soal ku padanya dan Victor terus sahaja ketawa kecil. Mestilah ingat, tak fasal-fasal ditumbuk along. Tragis sungguh!

"Okey teruskan," gumamnya lagi.

"I masih ada ayah dan masih ada ibu. Ayah I merupakan askar pencen, dan ibu I pula surirumah sepenuh masa. Mereka tinggal di Ipoh. Sebulan sekali, I akan balik melawat mereka. You nak ikut?" soal ku tiba-tiba.

"Ikut you? Ulangnya semula sambil berfikir-fikir.

"Yes, balik kampung I!" tawarku lagi.

"Boleh juga, tapi you kenalah beritahu pada I awal-awal. Senang nak atur jadual, taklah bertcanggah nanti!" Terangnya lagi.

"Okey, Insyallah nanti I aturkan. Oh ya, siang tadi you kata nak beritahu I sesuatu. Tentang apa ya?" Kerana teringatkan bicara Victor siang tadi, aku segera melepaskan pertanyaan kepadanya.

"Actually, I cuma mahu....

Bripp.. Bripp... telefon bimbit ku bergetar dan aku segera memberi isyarat untuk menjawab panggilan.

"Kejap tau!" gumam ku pdanya dan dia terus sahaja membalas dengan mengerdipkan matanya.

"Hello Waalaikumusalam ayah. Rina sihat!" jawab ku pada pertanyaan ayah. Tiba-tiba sahaja ayah telefon aku, bagaikan ada perkara  yang mustahak saja.

"Balik? Bila?" soal ku bila ayah meminta aku pulang ke kampung.

"Hujung minggu ni? Untuk apa yah?" aku masih tidak tahu tujuan apa ayah memanggil aku pulang. Sedangkan, minggu lepas barau sahaja aku pulang melawat mereka.

"Ada orang masuk meminang!" Ulangku hampir terjerit. Victor yang masih berada di hadapan mata, ku pandang tanpa berkelip. Tetapi fokus ku masih pada panggilan yang masih berlangsung.

"Okey Yah, nanti Rina balik." Aju ku lemah longlai.

"Okey.. Okey, walaikumusalam." Sahut ku membalas ucapan salam ayah sebelum talian ditamatkan.

Victor ku pandang dan dirinya ku renung dengan riak sedih.

"Why? Anything happend?" soalnya serius.

"Ayah I kata, ada orang masuk meminang hujung minggu ni. I kena balik," gumam ku tiba-tiba dipagut rasa sebak. Tak tahu kenapa.

"Baliklah, mana tahu you pun sukakan lelaki tu?" Itu jawapan Victor yang membuatkan kesedihan ku bertambah-tambah. Bukan nak halang ke apa, dia galakkan lagi adalah!

"I belum bersedia, dan kalau boleh I mahu pilih calon suami sendiri." Tukas ku menerangkan duduk perkara sebenar.

"Tapi, you kena balik. Kalau you tak setuju, just tolak pinangan dia. Kalau seseorang masuk meminang, tak semestinya you harus terima! Pinangan lelaki tu, bukan pinangan mandatori yang you wajib terima. You boleh tolak, atau kalau you suka you boleh terima." Victor memberi pandangan. Kali ini dia kelihatan bertegas namun masih ada karismanya. Masih budiman pada pandangan mataku.

"Betul juga kata you tu, tapi kalau I tak ada boyfriend pasti ayah I paksa terima pilihannya." Aku sudah bimbang mengenangkan masa hadapan sendiri. Hidup di sisi insan yang tak pernah dikenali.

"You perlukan bantuan?" Victor menyoal dan aku bungkam seketika. Tidak lama kemudian, idea gila ku muncul dengan tiba-tiba. Aku harus membawa Victor pulang dan meminta agar dirinya berlakon sebagai kekasih aku.

"Victor, you boleh tolong I?" soal ku berhati-hati.

"Tolong you?" dia ulang semula dan aku mengangguk laju.

"Tolong apa?"

"Tolong jadi boyfriend I buat sementara waktu."

"Jadi boyfriend you? Berapa lama?"

"Dua hari sepanjang di rumah parents I nanti."

"Quite good! Bila boleh mula?" Laju sahaja Victor bersetuju.

"Hujung minggu ni, tapi you kena ikut I balik ke kampung dan identiti you kena tukar. Boleh tak?" aku menyoal kesudiannya lagi.

"Boleh, apa-apa pun I sanggup demi you!" Ujar dia sudah ketawa mengusik.

"Thanks Victor, susah jumpa lelaki sebaik you. Sudi tolong I dalam apa jua keadaan!"

"Okey, apa nama melayu I sepanjang menjadi kekasih you nanti?" Victor sudah berfikir jauh ke hadapan. Aku diam sejenak, memikirkan nama yang baik-baik untuk Victor.

"Ha, I dah jumpa!" ujar ku dengan hati gembira.

"Hurm?" Victor meminta agar aku meneruskan bicara.

"Hanan!"

"Maksudnya?"

"Kesayangan, kecintaan, rezeki dan berkah!" ucap ku untuk makna disebalik sepatah nama.

"Wahh.. not bad! So lepas ni, you panggil I Hanan, ya?" Victor kelihatan teruja.

"Kalau boleh, begitulah." Jawab ku bersama senyuman.

Senyum kerana segala-galanya ada pada diri Victor. Dia seorang yang penyayang, penuh dengan rasa cinta dan rezeki, cuma hanya memerlukan berkah untuk menyinari hidupnya kelak. Moga suatu hari nanti, terbuka hati itu untuk menerima cahaya Islam pada dirinya.

kepada yg mahu dapatkan Plaster Cinta Untuk Bos.. boleh Pm nama , alamat & no telefon kepada alamat email saya.

ahn3914@gmail.com

pesanan: Assalammualaikum. n salam sejahtera. terima kasih sudi baca Yang Budiman bab 4. Saya langkau dan masukkan  bab 3 di blog. Bab 1 & 2, xde ya :)

Blog <b>Makanan di Labuan</b>: Buras jamuan <b>tradisi</b> hari raya <b>...</b>

Posted: 02 Feb 2014 03:02 PM PST

Buras jamuan <b>tradisi</b> hari raya masyarakat Bugis <b>di Labuan</b>

Posted: 04 Dec 2009 10:05 PM PST

Sambutan hari raya Aidil Adha dan Aidil Fitri tidak akan lengkap sekiranya makanan tradisi masyarakat Bugis di Labuan tidak disajikan dengan buras mahupun tapai. Buras yang diperbuat daripada beras atau pulut (pulut putih atau hitam) yang dibaluti dengan daun pisang, dikukus selama 6 jam. Kalau masa dulu, ianya dikukus menggunakan kayu api tetapi sekarang hanya menggunakan dapur gas. Kebiasaannya buras akan dimakan bersama ayam masak likku (lengkuas) dan kalau ada tapai lagi bagus.


sedang menggaul beras bersama santan dengan api yang
perlahan (sehingga santan telah meresap dalam beras). Awas kena hati2
sebab nanti hangus pula di bahagian bawahnya.
Daun pisang sedang dilap untuk membersihkannya dari kotoran debu.
Daun pisang mudah untuk lapisan dalam buras. Untuk daun pisang tua di bahagian luar.

Inilah bentuk buras yang telah siap diikat.

Dan inilah buras yang telah siap dikukus selama 6 jam dan sedia
untuk dimakan bersama ayam masak likku (lengkuas)

Dan ini pula tapai, ada 2 jenis sama ada guna beras pulut putih atau pun pulut hitam.

Continue reading →

</b></b> - Blog <b> - Blog <b>Makanan di Labuan</b> - Blog Makanan di Labuan

</b></b> - Blog <b> - Blog <b>Makanan di Labuan</b> - Blog Makanan di Labuan


</b></b> - Blog <b> - Blog <b>Makanan di Labuan</b>

Posted: 02 Aug 2014 01:34 AM PDT

first time ke labuan. tentunya sangat teruja, tp ada masalah sikit pula bila flight delayed. sepatutnya naik belon pukul 11.50 tapi pukul 1 baru naik. penerbangan kl - labuan menaiki boeing 737 mengambil masa selama 2 jam 30 minit. kami dijamu nasi beryani, em x selera makan sgt. layan air je. 

sampai di labuan. wah. comel je airport, tp jgn x percaya ia international airport. keluar airport terus jumpe orang pd kg sg labu. incik muzaide, marni & din. hallo... dapat jumpe sekali owner kereta sewa kami, reen. destinasi pertama - homestay   tp x boleh chk in lagi, sebab owner homestay ni dj labuan fm. incik tgh on air, jadi kami terus ke pd kg sg labu dulu. kawasan pd di tepi pantai. wah... agak panas ye di sini, tp ada wifi. seronok sikit la kan. hehehe. 

selesai perbincangan serba ringkas. kami kembali ke homestay dah chk in. rumah incik dj besar jua, bilik kami di bahagian depan sebelah kanan rumah beliau (pandangan dari jalan utama). bilik agak besar, boleh memuatkan 7-8 orang, ada air cond, ada air sejuk dan panas. cuma tiada water heater. kalau mandi, sgt sejuk. brrr...

selesai cerita pasal homestay, kita cerita pasal makan. makanan pertama kami cuba di sini ialah ketam butter milk. bunyi pelik, apa kata kita cuba. lokasi makan kami adalah di anjung ketam, tanjung aru. minimum order di sini ialah 300 gm. jadi kami makan ketam & udang masak steam. sebab kat sini style dia ada 4 kedai ala2 medan selera gitu kan. tp kite order makanan di kedai kite makan saja. ok la jua makanan, cuma servis lambat sikit. mungkin kita dtg awal sgt kut - around 5 lebih. 

habis makan, rehat dan prepare utk training esok. training kami ternyata perkara biasa sahaja. maklumlah dah pakar. hee. 7 orang peserta, macam2 karenah. gelak saja. hahaha. mkn tgh hari pertama. kfc saje. em, ke bandar labuan. macam di zaman 80-an. sempoi saja. jalan2 sekejap di pantai sambil membaca sedikit sejarah labuan. menarik. selesai training, kami ke bandar sekali lagi. o'o kedai byk yg dah tutup. masa tu baru pukul 6.30 macam tu. hari sudah malam. kami pun makan dah rehat. 

esoknya. kami ada masa utk shopping sekejap. kami ke bandar. lokasi : bazar labuan. shopping sikit beberapa barang menarik yg ada antaranya tshirt labuan, fridge magnet, key chain. lain2 benda biasa juge seperti di tempat2 lain. seronok shopping, tahu2 kereta sewa kami disaman. alahai, pacik polis, kamu memang mengecewakan. xpe, redho saja. seterusnya kami melepak jap di dataran labuan dan kemudian ke muzium chimney. ada peninggalan sejarah arang batu di sini. laluan pulang kami menandakan kami sudah pusing bahagian hujung labuan. terbaik bukan. 

training hari kedua, kami memanfaatkan training dgn aktiviti. sampai la ke pukul 6 ptg. sempat juge bergambar beramai2. tak dilupakan survenir utk kami. wee. terima kasih warga pd kg sg labu. jumpe kamu lagi nanti. terima kasih atas perkongsian perkara menarik, makanan menarik serta mengembirakan kami sepanjang kami di labuan. 

petang ni, melepak sekejap di peace park. tempat ni nama damai. ada beberapa peninggalan sejarah juga di sini. cik cak sekejap di tempat penyerahan ni. ok. lapar makan di medan selera. makan kepak ayam & mee grg. layan... selesai makan2 balik n pergi bataras store. cari makanan sikit. hee

last night kat labuan. lepak tgk picture. gelak2 kan gambar. hee smp time, tidur. esok nak jalan jauh kan. bangun pagi, siapkan beberapa kerja n bersiap utk ke kk. cubaan utk bayar saman tidak berjaya. kami jalan2 di dataran walk sambil breakfast. kenyang, kami terus ke airport. airport labuan ni agak bosan jua. hanya ada mcd, old town n beberapa kedai makan, coklat n perfume. flight kali ni on time. terbaik. ok jom ke kk. smp di kk, kami update balik ye. 

indah. langit merah di labuan. 


Continue reading →

</b></b> - Blog <b> - Blog <b>Makanan di Labuan</b> - Blog Makanan di Labuan

</b></b> - Blog <b> - Blog <b>Makanan di Labuan</b> - Blog Makanan di Labuan


</b></b> - Blog <b> - Blog <b>Makanan di Labuan</b>

Posted: 02 Aug 2014 01:34 AM PDT

first time ke labuan. tentunya sangat teruja, tp ada masalah sikit pula bila flight delayed. sepatutnya naik belon pukul 11.50 tapi pukul 1 baru naik. penerbangan kl - labuan menaiki boeing 737 mengambil masa selama 2 jam 30 minit. kami dijamu nasi beryani, em x selera makan sgt. layan air je. 

sampai di labuan. wah. comel je airport, tp jgn x percaya ia international airport. keluar airport terus jumpe orang pd kg sg labu. incik muzaide, marni & din. hallo... dapat jumpe sekali owner kereta sewa kami, reen. destinasi pertama - homestay   tp x boleh chk in lagi, sebab owner homestay ni dj labuan fm. incik tgh on air, jadi kami terus ke pd kg sg labu dulu. kawasan pd di tepi pantai. wah... agak panas ye di sini, tp ada wifi. seronok sikit la kan. hehehe. 

selesai perbincangan serba ringkas. kami kembali ke homestay dah chk in. rumah incik dj besar jua, bilik kami di bahagian depan sebelah kanan rumah beliau (pandangan dari jalan utama). bilik agak besar, boleh memuatkan 7-8 orang, ada air cond, ada air sejuk dan panas. cuma tiada water heater. kalau mandi, sgt sejuk. brrr...

selesai cerita pasal homestay, kita cerita pasal makan. makanan pertama kami cuba di sini ialah ketam butter milk. bunyi pelik, apa kata kita cuba. lokasi makan kami adalah di anjung ketam, tanjung aru. minimum order di sini ialah 300 gm. jadi kami makan ketam & udang masak steam. sebab kat sini style dia ada 4 kedai ala2 medan selera gitu kan. tp kite order makanan di kedai kite makan saja. ok la jua makanan, cuma servis lambat sikit. mungkin kita dtg awal sgt kut - around 5 lebih. 

habis makan, rehat dan prepare utk training esok. training kami ternyata perkara biasa sahaja. maklumlah dah pakar. hee. 7 orang peserta, macam2 karenah. gelak saja. hahaha. mkn tgh hari pertama. kfc saje. em, ke bandar labuan. macam di zaman 80-an. sempoi saja. jalan2 sekejap di pantai sambil membaca sedikit sejarah labuan. menarik. selesai training, kami ke bandar sekali lagi. o'o kedai byk yg dah tutup. masa tu baru pukul 6.30 macam tu. hari sudah malam. kami pun makan dah rehat. 

esoknya. kami ada masa utk shopping sekejap. kami ke bandar. lokasi : bazar labuan. shopping sikit beberapa barang menarik yg ada antaranya tshirt labuan, fridge magnet, key chain. lain2 benda biasa juge seperti di tempat2 lain. seronok shopping, tahu2 kereta sewa kami disaman. alahai, pacik polis, kamu memang mengecewakan. xpe, redho saja. seterusnya kami melepak jap di dataran labuan dan kemudian ke muzium chimney. ada peninggalan sejarah arang batu di sini. laluan pulang kami menandakan kami sudah pusing bahagian hujung labuan. terbaik bukan. 

training hari kedua, kami memanfaatkan training dgn aktiviti. sampai la ke pukul 6 ptg. sempat juge bergambar beramai2. tak dilupakan survenir utk kami. wee. terima kasih warga pd kg sg labu. jumpe kamu lagi nanti. terima kasih atas perkongsian perkara menarik, makanan menarik serta mengembirakan kami sepanjang kami di labuan. 

petang ni, melepak sekejap di peace park. tempat ni nama damai. ada beberapa peninggalan sejarah juga di sini. cik cak sekejap di tempat penyerahan ni. ok. lapar makan di medan selera. makan kepak ayam & mee grg. layan... selesai makan2 balik n pergi bataras store. cari makanan sikit. hee

last night kat labuan. lepak tgk picture. gelak2 kan gambar. hee smp time, tidur. esok nak jalan jauh kan. bangun pagi, siapkan beberapa kerja n bersiap utk ke kk. cubaan utk bayar saman tidak berjaya. kami jalan2 di dataran walk sambil breakfast. kenyang, kami terus ke airport. airport labuan ni agak bosan jua. hanya ada mcd, old town n beberapa kedai makan, coklat n perfume. flight kali ni on time. terbaik. ok jom ke kk. smp di kk, kami update balik ye. 

indah. langit merah di labuan. 


<b><b>Makanan pelik</b></b> - Blog Makanan <b>di Labuan</b>

Posted: 06 Apr 2014 01:35 AM PDT

5

"AWAK tinggal beritahu kereta yang mana awak inginkan. Kita pandu keluar." Confident sahaja dia offer sebuah kereta buat Aisha. Mahu babah tahu, kelu lidah dia hendak menjawab. Duit tidak menjadi masalah buat Ivan, leteran dari babah sahaja yang buat dia pening kepala.

"Kereta kebal ada?" Aisha sekadar memerhati ruangan showroom. Kereta-kereta mewah yang terpamer di situ hanya memberi satu makna sahaja kepada Aisha iaitu kemudahan.

"Awak nak pergi berperang ke?"

"Hihihi... tak adalah. Saja bergurau. Saya dah biasa ke mana-mana dengan LRT mahupun pengangkutan awam yang lain."

"Laaa... saya nak bagi awak kereta, awak tolak pula?"

"Awak nak bagi tapi saya tak cakap saya nak terima."

"Habis ke mana-mana kita pergi, saya kena naik pengangkutan awamlah kalau begitu?"

"Ya, Encik Ivan Hayden. Kalau tak pun, awak masih boleh naik kereta awak dan saya naik public transport. Kita bertemu di mana sahaja lokasi yang dijanjikan. Saya rasa tiada masalah."

Pertemuan yang diatur cukup mudah. Sama seperti apa yang berlaku kepada mereka setiap kali ingin berjumpa. Hari ini, Aisha hanya meminta Ivan mengirimkan mesej akan lokasi syarikat Brittany. Tidak menjadi masalah bila ada pengangkutan awam yang melalui kawasan menempatkan syarikat tersebut. Bas ada, teksi pun banyak.

"Encik Hayden..." Aneesa yang merupakan setiausaha syarikat mendekati kedudukan dirinya dan Aisha di sebelah kiri ruang showroom.

Ivan menoleh, "Ya, saya."

"Boleh semak beberapa dokumen yang saya kepilkan sebelum Encik Hayden turunkan tandatangan di sini?"

"Sekejap ya, awak."

"Oh, okey."

Aisha mengambil jarak bila Ivan ke bahagian front desk syarikat Brittany. Dia memerhatikan Ivan meneliti dokumen-dokumen yang ada dari jauh. Aura lelaki itu semasa bekerja ternyata berbeza berbanding saat berada di universiti. Jika di universiti, Ivan kelihatan sangat relaks dan kasual. Berada di sini, terserlah sisi yang lain daripada yang sebiasa Aisha lihat.

Semuanya melibatkan urus niaga pengeksportan kereta-kereta keluaran syarikat ke Eropah. Ia membuatkan Ivan berfikir tentang sesuatu sebelum menurunkan tandatangannya.

"Aneesa, awak ada dapat panggilan daripada kilang kita di Kedah?"

"Belum lagi Encik Hayden, mungkin petang sedikit rasanya."

"Kalau mereka telefon, maklumkan kepada saya secepat mungkin sebab kapasiti pengeluaran kereta di kilang yang terletak di Sik tu akan ditambah. Jadi, untuk barisan pertama selepas perubahan dibuat, saya nak tahu sama ada terdapat masalah atau tidak untuk jenama Mercury dan Prestigue disiapkan mengikut tarikh yang ditetapkan."

"Baiklah, saya akan maklumkan sekiranya terdapat panggilan yang dibuat."

"Oh, ya... hari ni babah saya masuk lambat ke?" Baru Ivan perasan, sejak dia tiba tidak sampai setengah jam tadi, tidak kelihatan pula Datuk Rill Hayden membuat rondaan di ruang showroom. Selalunya, itu antara hobi babahnya yang tidak dapat dikikis saban hari.

"Datuk dah masuk awal pagi dan sejam selepas itu keluar bertemu klien di Subang Jaya. Katanya akan terus ke Kelana Jaya. Khabarnya ingin berjumpa dengan wakil dari kilang di Thailand pula untuk berbincang akan kontrak edaran kereta ke pasaran Asia Tenggara. Rasanya Datuk tak masuk pejabat selepas itu."

"Terima kasih, Aneesa."

"Ada apa-apa lagi yang boleh saya bantu Encik Hayden?"

"Hmmm... rasanya tak ada. Nanti kalau saya perlukan bantuan, saya akan panggil awak semula."

"Baiklah kalau begitu."

Ivan beralih dari front desk menuju ke arah Aisha. Gadis itu masih tekun memerhati kereta-kereta yang ada terpamer di ruang tersebut.

"So, dah fikir nak pilih kereta yang mana?"

"Awak nak buat apa beli kereta banyak-banyak? Kereta yang awak pandu setiap hari tu dah cukup untuk memudahkan awak ke mana-mana."

"Tapi, saya nak berikan hadiah untuk awak."

"Awak nak berikan saya hadiah?" Aisha ingin mengetahui sebab-musabab Ivan ingin memberikan hadiah kepadanya. Hari lahirnya lambat lagi dan tak mungkin Aisha berbesar hati menerima sebuah kereta sebagai hadiah hari lahir. Itu bukan cara Aisha. "But, why? Hanya kerana saya selalu gunakan public transport?"

Ivan terus mengangguk. Dia risau setiap kali Aisha ke mana-mana malah menemuinya dengan menaiki pengangkutan awam. Kalau Aisha memiliki kenderaan sendiri, kuranglah sedikit rusuh di hatinya memikirkan keadaan gadis itu di jalan raya.

"Hihihi... niat baik awak saya hargai. Tetapi, jujur saya katakan saya selesa dengan cara saya dan saya tak mahu termakan budi manusia dengan mudah. Saya harap awak hormati pendirian saya."

Nampaknya pertemuan mereka berdua di syarikat Brittany tidak memberikan hasil seperti yang diharapkan oleh Ivan. Hendak mengeluh pun tiada guna. Sedikit sebanyak dia memahami dengan lebih mendalam akan keperibadian Aisha dari kaca matanya sendiri. Memang tidak silap dia berusaha mengenali Aisha kerana dia nampak banyak kelebihan gadis itu berbanding gadis-gadis lain di luar sana.

"Awak..."

"Ya, saya."

"Boleh saya minta izin untuk gunakan ruang solat di bangunan ni?" Dalam hati, Aisha mengharapkan bahawa ada disediakan ruang solat untuk pekerja-pekerja muslim di syarikat Brittany. Maklum bahawa bangunan tersebut cukup besar dan luas, rugi sekiranya tidak dimanfaatkan dengan menyediakan ruang solat untuk tujuan beribadah.

Ivan jadi tak pasti pula. "Hmmm... sekejap ya?" Macam mana dia nak pastikan, kalau dahi tu dah lama tak menyentuh sejadah dalam erti kata ikhlas beribadah. Solat yang lima waktu, sering kali bertebaran entah ke mana. Apa yang dia tahu, setiap hari Jumaat dia dan Eric ditarik mengikuti Ted ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat, itu sahaja

Aisha hanya memerhati bila Ivan mendekati kedudukan meja Aneesa. Mereka berbicara seketika. Sesekali kelihatan Ivan menganggukkan kepala namun Aisha tidak mendengar langsung butir perbualan di antara mereka berdua. Dia hanya memandang ke lain bila langkah Ivan diatur kembali ke arahnya.

"Ruang untuk solat ada di tingkat dua. Telekung pun ada disediakan. Awak nak saya tunjukkan arahnya?"

"Awak tak nak solat sekali?"

"Maksud awak berjemaah?"

"Ya. Bukankah pahalanya lebih berlipat kali ganda jika hendak dibandingkan dengan solat bersendirian?"

"Tapi memikul tugas sebagai seorang imam bukan perkara mudah, Cik Aisha. Besar tanggungjawabnya. Saya tak boleh nak sesuka hati mengimamkan awak sedangkan solat sendiri pun belum tentu saya dapat khusyuk apatah lagi hendak berjemaah." Malu memanglah malu, tetapi benda betul takkanlah Ivan nak ambil ringan sahaja.

"Kalau macam tu, tak apalah. Lain kali mungkin."

Nada ayat 'lain kali mungkin' itu kedengaran semacam sahaja di telinga Ivan.

"Sekarang ni, kita solat zohor dahulu. Asing-asing pun tak mengapa, janji kita tunaikan apa yang wajib." Sempat lagi Aisha tersenyum. Dia nampak banyak lompang kekurangan yang cuba disembunyikan oleh Ivan tetapi itu lebih baik dari tersimpan. Mana yang elok, Aisha akan cuba sehabis baik untuk membantu. Sama-sama memperbaiki kelemahan dalam diri dengan saling memberi dan menerima. Selagi Allah SWT memberikan kesempatan buatnya memperbaiki diri, tiada ruginya jika hamba-Nya beriltizam untuk berubah ke arah yang lebih baik. Di samping itu mengajak orang lain untuk sama-sama berubah ke jalan yang diredai-Nya.

"Kita ke tingkat dualah kalau begitu..." Ivan sudah melajukan langkah berjalan di bahagian hadapan. Aisha hanya mengekori.

Mereka mendaki tangga ke tingkat dua dan Aisha dapat melihat ruangan di tingkat atas nyata berbeza dengan ruangan showroom di tingkat bawah. Di sini terdapat banyak bilik yang digunakan untuk pekerja-pekerja juga bahagian pentadbiran. Kelihatan beberapa orang pekerja Brittany berada di meja masing-masing, melunaskan tanggungjawab seharian. Sempat jugalah mereka memandang ke arah Ivan dan Aisha yang baharu sahaja tiba ke ruangan tersebut.

"Kalau awak nak tahu, inilah ruang kerja saya jika saya masuk ofis." Ivan menunjukkan sebuah bilik yang menampilkan nama juga jawatannya di muka pintu. Belum masanya dia mengajak Aisha masuk apatah lagi mereka berdua sahaja sekarang ini.

"Oooh... okey."

Mereka meneruskan langkah ke sebelah kiri. Terdapat ruang pantry juga ruang solat yang terletak saling berhampiran. Kalaulah Aneesa tidak memaklumkan, pasti Ivan sendiri tidak perasan ruang tersebut adalah tempat untuk warga Brittany mengerjakan solat. Ivan pun hanya sesekali sahaja ke bahagian pantry, jadi dia memang tak ambil pusing sangat akan lokasi tersebut.

"Awak solatlah dahulu, take turn..." Tak bolehlah nak main serbu masuk berdua kerana ruang solat itu hanya boleh memuatkan seorang sahaja dalam satu-satu masa dan tak manis pula jika ada pekerja lain yang melihat. "Saya tunggu awak dekat pantry."

Aisha hanya mengiyakan sebelum dia melangkah masuk ke ruang solat yang ada. Pintu dikunci dari dalam. Dia bergerak ke tempat mengambil wudhuk dan berwudhuk sebelum menyegerakan memakai telekung. Solat zohor empat rakaat itu ditunaikan dengan rasa lapang di dalam hati.

Segelas air masak berjaya dihabiskan saat Aisha menunggu di ruang pantry. Aisha tidak tahu hendak membuat apa bila bersendirian di situ. Dia hanya memerhati dekorasi pantry yang nampak ringkas dan mudah. Sebuah meja bulat disertakan dengan lima buah kerusi mengelilingi. Peti sejuk, singki mencuci dan rak pengering terletak saling berdekatan. Kabinet pula menempatkan barang-barang seperti water purifier, coffee maker, rak pinggan dan cawan malah bekas berisi pelbagai barangan termasuk biskut dan kuih-muih. Mungkin sahaja ada tea lady yang menguruskan bahagian tersebut.

"Jom?" Muncul Ivan di situ mengajaknya untuk keluar.

"Dah fikir nak kereta jenis yang mana? Sporty, classy, casual, compact, SUV, MPV tapi jangan tanya jenis eco car pula... memang tak ditawarkan dekat Brittany."

"Awak."

"Hmmm..." Ivan memandang Aisha yang bergerak menuruni tangga di sebelahnya.

"Saya tak nak kereta, jauh sekali memandu kereta."

"Tapi kenapa?"

"Memandu di tengah kesesakan kota raya sangat berbahaya dan, saya mana ada lesen kereta..."

"Laaa... ye ke?"

"Sebab itu saya rasa pelik, kenapa awak ajak saya ke syarikat awak. Ingatkan awak ada urusan penting, sebab tu kita berjumpa di sini."

"Jadi sia-sia sahajalah saya bawa awak ke mari?" Ivan mengeluh.

"Eh, tak adalah. Saya tak rasa sia-sia pun. Sekurang-kurangnya saya tahu awak bekerja sambil belajar. Tak mudah nak uruskan dua perkara dalam satu masa. Tapi, mungkin sebab awak antara ketua di sini jadi tiada masalah untuk bahagikan masa awak di universiti mahupun syarikat."

"Nak kata susah tu tak adalah susah mana. Selagi saya faham dan cepat tangkap, semuanya boleh berjalan dengan mudah tak kira di universiti atau syarikat. Cuma part yang susah bila papa saya minta idea untuk luaskan pasaran syarikat malah fikirkan cara untuk meningkatkan jualan setiap suku tahun. Masa tu, baharu pecah kepala nak manage sekali gus."

"I'm always believe that you will do well in whatever you're doing."

"Oh, thanks." Ivan tidak sedar sejak bila dia tersenyum.

"So, shall we hit the road now? Saya dah rasa lapar." Comel sahaja riak di wajah Aisha mempotretkan dirinya yang berasa lapar.

"Okay, let's go!" Ivan menolak daun pintu dan mempersilakan Aisha untuk keluar terlebih dahulu.

"Terima kasih." Aisha yang melangkah keluar terlebih dahulu sudah mengucapkan terima kasih di atas perhatian yang diberikan oleh Ivan.

Ivan tersengih. Mereka mendekati kereta yang diparkir berdepanan dengan bangunan syarikat. Dia mmboloskan diri ke dalam kereta. Aisha turut melakukan perkara yang sama dengan duduk di sebelah pemandu.

"Kita nak makan di mana?"

"Selera Rastaaaaaaaaaaa!" Dalam nada bergurau Ivan menjawab seiring dengan jari telunjuknya sudah diisyaratkan akan lokasi yang hendak dituju. Mindanya sudah merencana untuk makan di Hotel Applegate.

"Manalah Selera Rasta buka waktu-waktu begini?" Seketika kedengaran tawa Ivan meletus bila Aisha mengetap bibir. Geram dirinya dipermainkan oleh lelaki itu.

Tidak dinafikan Selera Rasta menjadi lokasi favourite pelajar-pelajar Unitadz untuk makan dan hang out bersama rakan-rakan di waktu malam dan hanya beroperasi bermula jam enam petang.

Baharu sahaja Ivan hendak membuat pusingan U di persimpangan hadapan, telefon bimbitnya berbunyi. Lantas iPhone yang berada di dalam saku seluar slack ditarik dan diserahkan kepada Aisha.

"Saya tak bawa handsfree, tolong swipe dan pegangkan, boleh?"

"Err... ah, okey." Aisha menyambut telefon yang dihulur. Tertera nama Lucy di permukaannya. Tanpa menunggu lama Aisha menyentuh permukaan skrin sebelum dilaraskan kepada speaker.

"Lucy..." Aisha menyebut sebaris nama tersebut agar Ivan tahu siapa pemanggilnya. Dalam hatinya tertanya-tanya. Siapalah Lucy yang membuat panggilan sekarang ini?

"Haaa... Lucy. Awat call?"

"Papa Eric masuk hospital, heart attack. Aku on the way ke KPJ."

Aisha yang mendengar terus menekup mulut dan beristighfar. Walaupun dia tidak kenal individu yang dimaksudkan, tetapi lelaki itu orang tua Eric. Sedikit sebanyak terpalit rasa bimbang di dalam dirinya bila melihatkan wajah Ivan berubah mendadak. Dari ceria bertukar muram mendengarkan perkhabaran tersebut.

"Kalau macam tu, aku datang sekarang. Jumpa dekat sana."

Tak sempat hendak bertukar salam, panggilan sudah terlebih dahulu ditamatkan oleh Ted. Aisha merenung skrin telefon bimbit yang bertukar gelap di tangan. Biarlah telefon itu dipegangnya terlebih dahulu. Dia perasan perubahan besar di wajah Ivan dan dia tidak mahu mengganggu tumpuannya memandu sekarang.

"Aisha, boleh awak temankan saya ke sana?"

"Iyalah, saya temankan. Awak pandu kereta ni elok-elok. Saya rasa dah laju semacam awak drive sekarang..." Walaupun hendak segera tiba ke hospital, keselamatan diri di jalan raya sekarang patut sama-sama dititik beratkan.

"Sorry." Ivan tidak melanjutkan kata selepas itu. Tumpuannya tetap di jalan raya walaupun fikirannya sudah melayang teringatkan perihal Eric juga papanya, Datuk Abdullah.

IVAN nampak Eric tertunduk sugul di luar bilik pemeriksaan. Aisha yang mengekorinya turut tertanya-tanya akan keadaan papa Eric yang masih lagi menjalani rawatan.

"Eric." Ivan datang dekat seraya memeluk Eric yang kelihatan lemah. Saat pelukan dileraikan, Eric nampak ada gadis yang berdiri di sebelah kanan Ivan.

"Lucy dah sampai dan dia ke surau. Kau dari mana dengan Aisha?" Baru dia perasan akan kehadiran Aisha sama.

"Aku dari main office Brittany tadi. Hajat nak pergi makan. Tapi bila dapat panggilan dari Lucy fasal papa kau terus kami ke mari. Macam mana dengan keadaan papa kau?"

"Masih lagi menjalani pemeriksaan di dalam. Driver yang jumpa papa aku di bilik hotel sebab tak turun-turun selepas lunch." Eric sedaya-upaya cuba menyembunyikan rasa sedihnya di depan Ivan.

"Dah lama kau sampai?" Ted tiba-tiba menegur. Dia yang baru sahaja kembali dari surau langsung tidak berlengah untuk lama-lama berada di bawah.

"Baru je." Ivan menjawab sedang Aisha hanya diam dan tersenyum nipis. Baru dia tahu siapa Lucy yang menelefon sebentar tadi.

"Ivan, Aisha... kamu berdua belum makan lagi, kan? Ajak Lucy sekali turun makan." Eric berasa kasihan mengenangkan mereka bertiga terpaksa bergegas ke KPJ menemuinya setelah dimaklumkan tentang keadaan papanya.

"Aku okey lagi." Ivan menjawab seraya memandang tepat ke wajah Eric. Tidak tegar membiarkan temannya itu keseorangan.

"Aku pun." Ted menjawab walhal dari semenjak di surau perutnya sudah berkeriuk-keriuk minta diisi.

"Kau memanglah okey tapi Aisha tu yang aku kasihan. Pergilah turun dahulu. Apa-apa nanti aku call. Papa aku masih dirawat dekat dalam jadi jangan risau. Pergi makan..." Eric menolak tubuh Ivan juga Ted agar segera bergerak ke kafeteria. Tidak elok jika dibiarkan perut kosong semata-mata kerana dirinya.

Ivan yang sedar akan situasi Aisha terus sahaja menurut. Bukankah gadis itu benar-benar lapar sebelum mereka keluar dari Brittany? Kasihan pula mengenangkan bila dia dengan perut kosong terpaksa menemankan Ivan menemui Eric di KPJ.

"Kalau macam tu, aku bawa Aisha dengan Lucy ke kafe. Sekejap lagi selesai makan kami naik balik. Kalau ada apa-apa jangan lupa untuk beritahu sesegera mungkin. Faham?"

"Iyalah. Kau ni kalau mengarah, memang macam mak nenek."

"Ingat apa yang Ivan pesan?" Ted menepuk bahu Eric yang cuba untuk tersenyum.

"Yalah..."

Eric memerhatikan Ivan, Ted dan Aisha yang bergerak ke arah lif di sebelah kanannya. Saat mereka hilang dari pandangan, terbit keluhan keluar dari bibirnya.

"Maafkan Aiman, papa..." Dia masih ingat akan kata-kata yang diucapkan kepada papanya petang semalam. Akibat merajuk dengan teguran papanya, dia tidak pulang ke rumah apatah lagi ke hotel. Sebagai tanda protes sengaja dia bermalam di studio seni Unitadz seorang diri.

Eric bimbang jika perkataan 'Goodbye' yang dilafazkan semalam menjadi perbualan terakhir di antara papa dan dirinya. Dia jadi betul-betul takut. Air mata yang cuba ditahan dari dilihat teman-temannya sejak tadi kini mengalir juga. Lekas-lekas dikesat dengan belakang tapak tangan. Tidak mahu ada yang melihat.

"Aiman takut papa akan tinggalkan Aiman. Sama macam mama..." Matanya kini fokus ke hadapan. Memandang tepat ke arah pintu bilik pemeriksaan.

Ivan dah bergerak ke bahagian kaunter. Beberapa jenis lauk-pauk yang tersedia dalam tray diperhati sebelum dia menimbang hendak memilih yang mana. Lewat hari ini mereka menikmati hidangan makanan tengah hari.

Aisha sudah lama berlalu mengambil tempat duduk. Itu pun setelah selesai dia memilih makanan yang diinginkan. Ted yang baharu sahaja selesai memilih makanannya turut duduk di meja yang sama. Dia hanya membiarkan kerusi di sebelah kosong agar mudah untuk Ivan duduk setentang dengan Aisha.

"Aisha, kalau saya tanya sesuatu boleh?" Melihatkan Ivan belum ke meja, Ted mengambil kesempatan untuk bertanyakan sesuatu kepada Aisha.

"Erm... tanyalah."

"Awak kenal Hannah?"

"Hannah? Maksud awak, Kak Hannah? Ya, saya kenal dia. Satu fakulti." Tanpa berselindung Aisha memaklumkan.

"Dia ambil jurusan apa dekat Fakulti Bahasa & Kesusasteraan tu? Maksud saya, major? Bahasa atau Sastera?"

"Kalau tanya majoring, Bahasa. So, awak tahulah apa yang minor, kan?"

"Err... ya."

"Kenapa tanya fasal Kak Hannah? Awak kenal Kak Hannah ke?" Rasa unik pula ada yang bertanya fasal seniornya itu. Aisha sendiri sedia maklum, Hannah susah untuk rapat dengan orang lain. Terutamanya jika berlainan fakulti. Sebab itu dia rasa semacam apabila Ted menunjukkan minat untuk mengetahui lebih lanjut tentang Hannah.

"Sort of." Sejak bila dah terbiasa dengan 'sort of' ni? Ted pun naik hairan.

"Sebenarnya, jarang orang tanya fasal Kak Hannah. Lebih-lebih lagi kalau pelajar dari fakulti lain."

"Dia tak campur orang ke?"

"Hmmm... susah nak cakap sama ada campur atau tidak. Tak ramai yang kenal dia di luar. Tetapi, bebudak fakulti memang hormat dia sebagai senior. She's one of the excellent students in our faculty. Boleh dikatakan role model pelajar junior."

"Oh, okey. Terima kasih untuk infonya. Err... maaflah sebab buat Aisha tergendala hendak makan." Baru Ted perasan, disebabkan hendak mengetahui perihal Hannah, tidak sempat Aisha menjamah makanan di dalam pinggannya apatah lagi dirinya.

"Tak apa. Benda kecil sahaja."

"Aik, borakkan apa sampai nasi pun tak sentuh lagi?" Ivan yang baharu sahaja tiba di meja, melabuh punggung di depan Aisha. Seketika dia memandang wajah Ted dan Aisha berselang-seli. Apa kenalah mereka berdua ni?

"Saja bual-bual kosong fasal fakulti Aisha." Ted menjawab.

"Fasal fakulti ke fasal pelajar fakulti? Ayat tu biar jelas sikit." Mulalah Ivan dengan perangai mengusiknya. Arif dirinya akan sikap Ted yang jarang ambil kisah fasal pelajar Unitadz.

"Dah, jangan banyak cakap. Baca doa makan, sekejap lagi kita nak naik atas semula. Tak sedap hati pula aku tinggalkan Eric seorang diri dekat atas."

"Bismillahirahmanirrahim..." Ivan menadah tangan untuk mengetuai bacaan doa makan. Aisha dan Ted sekadar mengaminkan. Sempat lagi Ivan menoleh ke arah Ted di sebelah sambil tersengih-sengih. Ingin memaklumkan bahawa dia boleh membaca doa makan. Mujur makanan yang disuap ke mulut Ted tidak tersembur melihatkan aksi Ivan waktu itu.

Hampir ke petang Ted menemankan Eric di hospital. Selepas sahaja solat asar di surau, Ivan meminta diri untuk pulang terlebih dahulu. Dia ingin menghantar Aisha ke perhentian bas seperti yang diminta oleh gadis itu dan berjanji akan sama-sama menemankan Eric di hospital pada sebelah malamnya.

Beberapa orang penting di Hotel Applegate turut datang melihat-lihat keadaan Datuk Abdullah yang kini dikatakan stabil selepas pemeriksaan menyeluruh dilakukan. Lega hati Eric bila mengetahui papanya tidak lagi berada dalam keadaan bahaya dan kini sedang tidur.

"Malam nanti aku datang temankan kau. Aku bawakan sekali pakaian dari Suite."

"Thanks. Aku tak tahu macam mana nak berterima kasih dengan kau dan Ivan sebab sudi temankan aku dari tadi."

"Relakslah, kita kan kawan. Hari ini hari kau, mana tahu esok lusa hari aku pula susah..."

Ted dapat melihat Eric senyum segaris mendengarkan kata-katanya tadi. Dia tahu, temannya itu berusaha untuk kelihatan tabah dan kuat. Segala kepayahan yang dilalui kalau boleh hendak disorok dari dilihat oleh orang lain. Begitulah sikap Eric dan Ted sendiri rasa kagum.

Mereka bertiga membesar jauh dari rasa kasih seorang ibu. Jadi masing-masing sangat bergantung kepada insan yang digelar ayah semenjak kecil sehinggalah menginjak ke usia dewasa.

Eric kehilangan mamanya semenjak dia berusia tujuh tahun akibat kanser perut. Ivan pula kehilangan uminya akibat kemalangan jalan raya saat dia memasuki tingkatan satu manakala Ted langsung tidak pernah mendapat kasih sayang seorang ibu semenjak dilahirkan. Ini kerana ibunya meninggal dunia selepas mengalami pendarahan teruk saat bersalin.

"Aku gerak dulu. Kalau ada apa-apa telefon aku tahu!"

"Hati-hati..."

"And, one more thing Eric... don't forget to pray. Allah will always listen to your prayer." Di antara mereka bertiga, hanya Eric sahaja yang jarang menunaikan solat walau kerap kali diingatkan oleh Ted. Setakat Ivan bolehlah juga jika kena caranya Ted mengajak. Tetapi Eric agak liat untuk menunaikan Rukun Islam yang ke dua itu.

"Hmmm..." Eric tidak terus menjawab. Dia sekadar menggumam sebelum melihat Ted melangkah keluar dari wad peribadi yang menempatkan dirinya juga Datuk Abdullah.

HAMPIR pukul sepuluh barulah Ted melangkah keluar dari Suite 1601 dengan beg berisi pakaian juga toiletries buat Eric. Setengah jam tadi Ivan memaklumkan bahawa dia sudah tiba di hospital manakala Ted akan singgah ke Suite terlebih dahulu. Gerakan kakinya kini dibawa menuju ke bahagian lif. Setelah memboloskan diri dalam lif, dia terus sahaja menekan butang L yang mewakili ruang lobby hotel.

Pintu lif berdenting sebelum terbuka di tingkat 14. Ini menunjukkan ada pengunjung hotel yang ingin menaiki lif untuk turut serta turun. Ted bergerak sedikit ke sebelah kanan. Seorang gadis melangkah masuk dan Ted cukup terkejut bila mereka berdua kini berkongsi lif yang sama.

Hannah merasakan bahawa dirinya menjadi mangsa renungan Ted. Terlupa dirinya seketika bahawa lelaki di sebelahnya itu merupakan anak kepada pemilik universiti di mana dia belajar sekarang. Rasa pelik adalah setiap kali menemui lelaki itu di sini seperti tiada rumah sendiri.

"Kau dari mana?" Tidak tahu mengapa, sejak dua menjak ini dia merasakan bahawa dia terlalu ramah berbicara bila bertemu dengan Hannah. Situasi sekarang tidak terkecuali.

"Jumpa kawan."

"Kawan yang tempoh hari tu ke?"

"Ya."

"Oh, lupa nak cakap... puisi semalam, simple dan boleh tahan." Ted tidak tahu hendak memuji yang bagaimana. Janji dia dapat menyatakan apa yang dia rasa setelah mendengar gadis itu melantunkan puisi dalam gaya tersendiri.

"Saya 'taram' aje asalkan kena dengan tajuk. I'm quite good when dealing with improvisation." Tidak menjadi masalah buat Hannah untuk hadir dengan idea spontan. Janji tahu nak cakap fasal apa, itu sudah memadai.

"Sekarang ni kerap betul aku jumpa kau." Rasanya dah banyak kali dia nyatakan perkara yang sama.

"Hmmm... saya pun rasa macam tu juga. Tetapi kalau awak rasa tak selesa, saya akan cuba untuk elakkan diri dari kita bertembung di mana-mana." Hannah sendiri rasa tidak selesa bila kerap menemui lelaki itu kebelakangan ini.

"Heh! Macam mana kau nak elak? Cuba kau beritahu aku..." Lainlah gadis itu tahu 'tentatif program' dirinya saban waktu, pasti tiada masalah.

"Ha'ah ek! Saya tak terfikir pula sampai ke situ." Kenapa dirasakan lif bergerak terlalu perlahan ketika ini?

Hannah memandang Ted yang berdiri di sisi sambil menjinjit sebuah beg di tangan kiri. "Awak nak ke mana dengan bawa beg ni? Lari dari rumah?"

"Hahaha..." Seketika terhambur ketawa Ted.

"Kau ni suka betul buat assumptions yang bukan-bukan. Bawa beg tak semestinya nak lari dari rumah. Sama macam duduk lepak dekat tembok rooftop, bukan bermakna nak bunuh diri." Sempat juga kata-katanya diselitkan dengan ayat berbaur sindiran. "Aku nak bawa pakaian untuk kawan aku, Eric. Papanya masuk hospital akibat serangan jantung..."

Belum sempat Hannah ingin membuka mulut bertanyakan keadaan papa temannya itu, lif sudah membawa mereka sehingga ke aras lobby. Mereka melangkah keluar dengan Hannah mendahului di hadapan. Tidak sedar bahawa kehadiran mereka di ruang tersebut menarik perhatian beberapa pasang mata yang juga merupakan pelajar-pelajar Unitadz.

"Kau nak balik terus ke?"

"Ha'ah."

"Nak aku hantarkan?" Sejak bila Tengku Edzfareel bin Tengku Adzlan berani offer seat untuk hantar orang lain balik? Ada hati nak jadi pemandu 'teksi sapu' ke?

"Tak apa. Ada kawan yang akan ambil saya nanti."

Mendengarkan perkataan 'kawan' kening Ted terangkat sedikit.

"Okeylah kalau macam tu. Aku gerak dahulu. Ciao!"

Modal kata lelaki itu selalu sahaja berakhir dengan perkataan 'ciao' dan ia sedikit sebanyak membuatkan Hannah merasa jengkel. Tak boleh ke beri salam elok-elok?

"Assalamualaikum." Harap-harap salamnya berbalas kerana Hannah pasti Ted mendengar ucapan yang disampaikan.

"Wa'alaikumsalam warrahmatullah..." Rendah sahaja Ted membalas sambil melangkah keluar dari pintu utama hotel menuju ke kereta yang dipandu oleh seorang valet attendant Hotel Applegate.

Hannah yang menunggu kehadiran Arya sekadar memerhatikan lelaki itu hilang dari pandangan. Seketika dia tersenyum mengingatkan puisi yang dibaca semalam juga kenangan berada di rooftop bersama-sama lelaki itu tempoh hari. Tidak sedar bila otaknya bekerja sehingga Biru Langit Dia kembali terngiang-ngiang di telinga.

Awan putih, biru langit,

Terang, hangat dan bahang,

Kau dan aku, larut dalam irama kicauan.

Sedang diri tertanya-tanya,

Suara itu milik kau, atau

Sekadar desir angin menyapa?

Sekali lagi aku merenung,

Sekian kali engkau memandang,

Arah yang sama,

Biru langit milik Dia,

Jauh di atas sana.

ps: Maaf, dah berkarat dengan puisi. Sudah lama zaman itu ditinggalkan. Untuk chapter 6 akan datang, ada kuiz 'happy-happy' menanti. Tunggu!

Continue reading →

Friday, 5 September 2014

</b></b> - Blog <b> - Blog <b>Makanan di Labuan</b> - Blog Makanan di Labuan

</b></b> - Blog <b> - Blog <b>Makanan di Labuan</b> - Blog Makanan di Labuan


</b></b> - Blog <b> - Blog <b>Makanan di Labuan</b>

Posted: 02 Aug 2014 01:34 AM PDT

first time ke labuan. tentunya sangat teruja, tp ada masalah sikit pula bila flight delayed. sepatutnya naik belon pukul 11.50 tapi pukul 1 baru naik. penerbangan kl - labuan menaiki boeing 737 mengambil masa selama 2 jam 30 minit. kami dijamu nasi beryani, em x selera makan sgt. layan air je. 

sampai di labuan. wah. comel je airport, tp jgn x percaya ia international airport. keluar airport terus jumpe orang pd kg sg labu. incik muzaide, marni & din. hallo... dapat jumpe sekali owner kereta sewa kami, reen. destinasi pertama - homestay   tp x boleh chk in lagi, sebab owner homestay ni dj labuan fm. incik tgh on air, jadi kami terus ke pd kg sg labu dulu. kawasan pd di tepi pantai. wah... agak panas ye di sini, tp ada wifi. seronok sikit la kan. hehehe. 

selesai perbincangan serba ringkas. kami kembali ke homestay dah chk in. rumah incik dj besar jua, bilik kami di bahagian depan sebelah kanan rumah beliau (pandangan dari jalan utama). bilik agak besar, boleh memuatkan 7-8 orang, ada air cond, ada air sejuk dan panas. cuma tiada water heater. kalau mandi, sgt sejuk. brrr...

selesai cerita pasal homestay, kita cerita pasal makan. makanan pertama kami cuba di sini ialah ketam butter milk. bunyi pelik, apa kata kita cuba. lokasi makan kami adalah di anjung ketam, tanjung aru. minimum order di sini ialah 300 gm. jadi kami makan ketam & udang masak steam. sebab kat sini style dia ada 4 kedai ala2 medan selera gitu kan. tp kite order makanan di kedai kite makan saja. ok la jua makanan, cuma servis lambat sikit. mungkin kita dtg awal sgt kut - around 5 lebih. 

habis makan, rehat dan prepare utk training esok. training kami ternyata perkara biasa sahaja. maklumlah dah pakar. hee. 7 orang peserta, macam2 karenah. gelak saja. hahaha. mkn tgh hari pertama. kfc saje. em, ke bandar labuan. macam di zaman 80-an. sempoi saja. jalan2 sekejap di pantai sambil membaca sedikit sejarah labuan. menarik. selesai training, kami ke bandar sekali lagi. o'o kedai byk yg dah tutup. masa tu baru pukul 6.30 macam tu. hari sudah malam. kami pun makan dah rehat. 

esoknya. kami ada masa utk shopping sekejap. kami ke bandar. lokasi : bazar labuan. shopping sikit beberapa barang menarik yg ada antaranya tshirt labuan, fridge magnet, key chain. lain2 benda biasa juge seperti di tempat2 lain. seronok shopping, tahu2 kereta sewa kami disaman. alahai, pacik polis, kamu memang mengecewakan. xpe, redho saja. seterusnya kami melepak jap di dataran labuan dan kemudian ke muzium chimney. ada peninggalan sejarah arang batu di sini. laluan pulang kami menandakan kami sudah pusing bahagian hujung labuan. terbaik bukan. 

training hari kedua, kami memanfaatkan training dgn aktiviti. sampai la ke pukul 6 ptg. sempat juge bergambar beramai2. tak dilupakan survenir utk kami. wee. terima kasih warga pd kg sg labu. jumpe kamu lagi nanti. terima kasih atas perkongsian perkara menarik, makanan menarik serta mengembirakan kami sepanjang kami di labuan. 

petang ni, melepak sekejap di peace park. tempat ni nama damai. ada beberapa peninggalan sejarah juga di sini. cik cak sekejap di tempat penyerahan ni. ok. lapar makan di medan selera. makan kepak ayam & mee grg. layan... selesai makan2 balik n pergi bataras store. cari makanan sikit. hee

last night kat labuan. lepak tgk picture. gelak2 kan gambar. hee smp time, tidur. esok nak jalan jauh kan. bangun pagi, siapkan beberapa kerja n bersiap utk ke kk. cubaan utk bayar saman tidak berjaya. kami jalan2 di dataran walk sambil breakfast. kenyang, kami terus ke airport. airport labuan ni agak bosan jua. hanya ada mcd, old town n beberapa kedai makan, coklat n perfume. flight kali ni on time. terbaik. ok jom ke kk. smp di kk, kami update balik ye. 

indah. langit merah di labuan. 


Blog <b>Makanan di Labuan</b>: Travel My Way: Brunei Part 3 - Blog <b>...</b>

Posted: 14 Feb 2014 04:23 PM PST

awal tahun haritu aku sepatutnya kena pegi audit di penang...so dah plan dengan sue, alang-alang ke sana, nak jalan-jalan la lepas tu, suruh dia naik penang sekali...tapi last minute tak jadi, sebab jadual aku tak ngam dengan tarikh company dan lead auditor...so bila bagitau sue, dia pun cakap 'takpela...next time la kita pegi...tapi kena make sure pergi tahun ini juga sebab kita nak kena sokong Tahun Melawat Malaysia 2014!'ewah kemain kan...terus lepas tu menderu-deru idea aku mana tempat-tempat menarik dalam Malaysia ini yang boleh dikunjungi tahun ini...so far tempat-tempat menarik yang terpikir di pikiran aku adalah Melaka, Terengganu, Kedah, Penang, Johor dan Sarawak!dan aku jumpa website VMY2014 yang boleh beri kita idea mana nak diterjah di seluruh Malaysia ini...so apa lagi kawan-kawan, mari sama-sama menyokong Visit Malaysia Year 2014 a.k.a Tahun Melawat Malaysia 2014!
so sebagai permulaan bagi tahun 2014 ini, aku telah ke Melaka weekend lepas bersama asie dan irma...sepatutnya kenduri kawin adik dayaho adalah agenda utama kami ke Melaka...tapi bila bincang-bincang, terus kenduri kawin tu jadi agenda kecil sahaja!selebihnya kami ambil kesempatan menjadi tourist di Melaka Bandaraya Bersejarah!ecewah!so pagi sabtu, jam 10.30 pagi irma dan asie datang ambil aku kat rumah dan kitorang gerak menuju ke Melaka...sempat dalam kereta makan cekodok cili api mak aku goreng...pastu tak kenyang lagi, kami singgah breakfast di R&R Seremban pula...kemudian barulah kami meneruskan perjalanan terus ke Kg Solok, Duyong, Melaka...sampai di sana jam 1.15 tengahari!apa lagi, lepas jumpa tuan rumah, jumpa member lain, kami terus ke tempat makan!sedapnya nasi minyak dengan kari daging dan ayam masak merah...siap ada tapai lagi..lepas lepak jap...kami pergi jumpa mak pengantin, dapat door gift dan berkat, pastu sempat ambil gambar di pelamin bersama pengantin!dan kami pun gerak meninggalkan kenduri....
sampai di kereta, jam menunjukkan pukul 2 petang...check in time adalah 3 petang...so aku call Bayou Lagoon Park Resort, Bukit Katil nak tahu bilik kami dah ready ke...bila diorang cakap dah ready, terus la pecut ke sana!tak jauh pun dari rumah dayaho...aku dah booking through Agoda penginapan ini..ambil studio room sahaja dengan harga RM200.20...kalo walk in, RM320 tau aku call tanya haritu...sampai je, check in...aku minta extra bed, sekali habis daa...ada big group masuk situ habes semua extra bed...so just tambah RM15 untuk entry water theme park dan RM25 untuk breakfast...untuk seorang je la...sebab 2 orang lagi dah include dalam harga bilik...kalo ambil extra bed dan include 2 items tu, harga dia RM70...selesai urusan check in, terus angkut beg naik bilik...sampai je bilik...wah best...besar...dulu pernah ke sini dengan family, aku ambil apartment 3 bilik...now studio room sahaja sebab 3 orang je pun...tapi tetap cantik dan luas!memang bestlah!siap ada pantry lagi...so then kami just lepak dan siap-siap...sempat layan cerita Ketika Gajah Bertasbih...gitu kan...hehehe
jam 4 petang, kami pun bergerak keluar...terus menuju ke Perkampungan Hang Tuah yang terletak di Duyong, Melaka...memang dekat la dengan rumah dayaho tadi...masuk je kawasan ni, akan berjumpa dengan Masjid Jamek Laksamana Hang Tuah yang berwarna kuning di tepi jalan...menurut cerita madsah, laki si dayaho...Perigi Hang Tuah yang sebenarnya terletak dalam masjid ini...di kawasan solat perempuan...tapi dah ditutup la...sebabnya taknak orang datang buat aktiviti puja memuja, khurafat semua tu...sebab tu dia buat replika untuk tujuan pelancongan berhampiran kawasan tu!wallahualam!
then kami pun terus menuju ke Perigi Hang Tuah di hujung jalan!tempat yang telah diwartakan sebagai Warisan, di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005!sampai di sini, dah tak ramai orang...terus kami bergambar di kawasan perigi tu...kecil je kawasan dia...ada cerita mengenai sejarah Hang Tuah...pastu perigi siap berlecak sebab budak-budak main air!hehehe so apa lagi, kami pun tak lepas peluang bergambar di Perigi Hang Tuah!seriau juga takut terjatuh!dalam wo....air dia hijau je...
di sekeliling kawasan perigi tu terdapat banyak kedai menjual cenderahati...tapi aku tak beli apa la...then sempat ambil gambar di Pusat Kebudayaan kat situ...cantik bangunan dia diperbuat dari kayu...klasik la sangat pada aku...tapi sayangnya tak dibuka untuk orang ramai pun..adik jual air depan tu la yang cakap....tapi adik tu suggest aku pergi Muzium Hang Tuah kat belakang kawasan tu!nampak la atap dia dari kawasan perigi ni...adik tu cakap baru dibuka...pada Ogos 2013!patut laa aku macam tak pernah tahu pun ada tempat ini...so kami terus ke muzium mengikut arah signage...dah alang-alang sampai kan...

actually, sebelum sampai kawasan perigi ni kita akan nampak dah signage ke Hang Tuah Centre (HTC) di mana terletaknya Muzium Hang Tuah tu...so sampai je di HTC, kami terus mengambil gambar dari luar pagar...kagum dengan kegahan rekabentuk muzium itu!terus masuk menuju ke kaunter tiket...adik tu cakap pukul 5 ke 5.30 petang muzium akan tutup...tengok jam dah 4.30 petang...so cepat-cepat beli tiket berharga RM5 seorang...dan masuk ke muzium dahulu...masa ini, nothing to expect...bajet macam muzium-muzium lain di Malaysia...bergambar sekejap di hadapan muzium, kami pun terus masuk...
masuk je dalam tu, tetiba rasa excited dan kagum!semua pameran di dalam muzium itu telah disuntik dengan elemen interaktif yang sangat menarik!bukan lagi tipikal muzium yang aku tahu dan kenal selama ini!penuh dengan perkara-perkara boring...pelbagai skrin interaktif untuk kita bermain, untuk kita sertai dalam menyelami sejarah berkaitan Hang Tuah!gambar-gambar yang dipamerkan dalam bentuk kartun, dalam bentuk yang sangat menarik!penuh dengan warna-warni!
terdapat juga tempat untuk belajar silat menerusi skrin layar yang menarik!siap boleh pakai baju silat lagi...tapi kami tak pakai la...tapi try juga la bersilat mengikut tayangan...memang best!selain itu penggunaan laser, membentuk animasi juga banyak digunakan dalam muzium ini...seperti penerangan mengenai keris, perlawanan antara Hang Tuah dan Hang Jebat...haish menarik!sampai leka dibuatnya!
di tengah-tengah muzium itu juga terletaknya Teater Hang Tuah yang menayangkan cerita mengenai Hang Tuah di layar besar!memang seronok layan cerita Hang Tuah dalam bentuk kartun ini..menarik!terdapat juga maklumat mengenai pakaian melayu lama dan menariknya, kita boleh ambil gambar dan super imposed dengan pakaian melayu lama tu!hahahaha walaupun tak berapa menjadi gambarnya, tapi seronok je kami melayan menda-menda macam ni...hehehe
wah memang seronok sangat kami berada di sini!sampai sejam berlalu, langsung tak terasa!aku rasa semua muzium di Malaysia perlu secara serius, mentransformasikan tipikal muzium kita ada sekarang ini kepada something yang new dan fresh seperti Muzium Hang Tuah ini...memang tak menyesallah bayar RM5 dan spend masa di sini!sesiapa yang ke Melaka tu, aku cadangkan supaya korang ke muzium ini!sangat berbaloi-baloi! =D kami pun keluar dari muzium dengan gembiranya!sempat bergambar bersama Bang Hang Tuah di luar muzium...
lepas puas melihat kisah Hang Tuah di dalam muzium, kami pun berjalan sekitar HTC dan melihat 5 buah rumah yang dinamakan sempena Hang Tuah dan sahabatnya!setiap rumah ada aktiviti tersendiri...ada yang dibuat kedai jual cenderamata....ada juga gazebo untuk anak-anak muda bermain muzik tradisional, ada lapangan untuk bersilat...memang menarik...sepanjang di situ, aku jumpa 2 couples sedang ambil post wedding photoshoot!memang cantik!dan kami pun berjalan kembali untuk ke kereta...sekali di pintu pagar dah ada yang menanti...rupanya dah jam 5.30 petang!haha cepat-cepat kami keluar!
lepas tu kami pun mula bergerak menuju ke Pantai Klebang!perjalanan memang bergantung kepada Waze sahaja!memang la Waze ke GPS semua ini membuatkan kita malas berfikir dah!hahaha selama ini aku selalu suka ikut gerak hati je kalo berjalan bawak kereta tu...but now, bergantung 100% kepada Waze!terus sampai di Pantai Klebang...kami singgah membeli belacan, cencalok dan makanan tradisional Melaka di tepi jalan...memang banyak kedai menjual makanan-makanan ini...pilih je mana nak...murah-murah pula tu...
dah selesai membeli, kami pun terus menuju ke gerai Klebang Original Coconut Shake...kiranya antara perkara wajib cuba kalau ke Melaka ni...aku dulu iba yang ajar minum sini..masa kami sampai, gerai dah nak tutup...kul 6.30 petang diorang dah tutup rupanya...nasib baik sempat beli sorang satu coconut shake dengan harga RM2.50 sahaja...ermmm memang sedappp....lagi kalo masa panas....dengan aiskrim vanilla....air kelapa...ais....pastu isi kelapa tu dia blend...so memberi rasa kesat-kesat dalam setiap sedutan...sedap....
sambil minum, sambil kami menuju ke Melaka Raya pula...bersebelahan dengan Mahkota Medical Centre!kali ini dengan tujuan mencari Restoran Ee Ji Ban!ada apa di sini?haaa di sinilah tempat kami nak makan chicken rice ball!aku pernah tengok KekNis a.k.a Hanis Zalika makan di sini dalam Mad Market, JJCM pun pernah datang..so harus la terujakan nak ke sini!hehehe dah la susah nak jumpa chicken rice ball yang halal di Melaka....sampai je depan kedai, sangat teruja dah!terus masuk...disebabkan bukan masa makan lagi, tak ramai sangat orang dalam kedai...so kami tengok menu, dan terus order 15 biji chicken rice ball (RM0.30/ball)....1/2 mix chicken (RM24)...ada roasted dan steam...lepas tu order small Nyonya Cili Garam Prawn + Squid (RM21)....tak lama tunggu, makanan pun sampai...siap pekerja situ offer ambilkan gambar kami...then dia ajar cara makan...jangan hancurkan nasi tu..just potong 2, dan makan dengan ayam dan sambal...nyummeh...ayam dia sedap sangat!sambal pun sedap...nasi pun unik...cuma prawn dan squid tu, pada aku kuat sangat belacan dan pedas....so aku tak suka sangat...makan ngan nasi putih ok kot...ni nasi ayam kan, macam kureng seswai kat tekak aku laaa...hehehe so total makan adalah RM53.90...irma yang pemurah belanja kami...Alhamdulillah....
dah kenyang, kami berhajat nak berjalan di sekitar A Famosa dan bangunan-bangunan bersejarah di sekitarnya...walaupun dah mula gelap...tapi bajet ada lampu kan...so kami parking di Mahkota Parade...sebelum menuju ke A Famosa, kami ke toilet dalam Mahkota Parade dulu...selesai urusan, keluar je dari toilet, terus aku ke kedai sling bag kat tepi tu..macam menarik jee...untuk bawak travel...hehehe tengah beli, asie cakap kat depan toilet tu ada kedai Sony!alkisah, malam sebelum ke Melaka, hp aku masuk jamban!hohoho sadis!so pergi ke Melaka tanpa hp bernyawa...so sebelum masuk Mahkota Parade aku ada sebut (main-main je sebenarnya), kalo ada laaa kedai Sony dalam ni, memang aku terus je beli hp!haaaa kau...sekali depan mata!terus pergi usha, harga untuk model A, lebih murah RM300 berbanding di Alamnda!wahh tergoda betul!tapi aku sebenarnya dah lama teringin A1...sama je mahal dengan harga kat Alamada pun..pastu tengok juga model lain...ada ultra, ZR dan lain-lain...last sekali, aku buat keputusan nak beli je!itu pun penat aku justify dengan diri sendiri...sangap takde hp ni kan....hohoho terpaksa laaa....walaupun tetiba aku terbayang harga hp sama dengan pergi beberapa kali Seoul..oh...terus takde mood nak sambung cerita.....hahaha ok la nanti aku sambung lagi dalam next entry ye!  #emo
Continue reading →

Post Popular